CISS main problem..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besarContinuous Ink Supply System atau lebih mudah dikenali dengan CISS ni ada beberapa problem utama. Ramai yang tanya kat aku dulu tentang problem benda ni. Tapi aku taknak cakap lagi sampai aku betul-betul sure apa yang aku nak tulis.. Setakat ni ada dua main problem dia..

Pertama ... Ink tak keluar

Ada beberapa perkara utama yang menyebabkan kejadian ni berlaku.. First dan yang selalunya kena.. cartridge kaler korang rosak.. Cartridge hitam memang amat jarang rosak, tapi akan rosak jugak, tapi cartridge kaler ni memang lebih cepat rosak. Aku dah pakai printer ni dua tahun. dah dua kali aku tukar cartridge kaler.. yang pertama tu lam 5 bulan jer kot, pasal aku yang suruh dia ganti yang seken hand jer.. tu salah aku sendiri la kan.. Secondly mungkin kabel kat kepala cartridge dah tercabut.. ni disebabkan korang pasang terlalu ketat kabel dia untuk mengatasi problem kedua dia yang akan aku ceritakan nanti.. Pastikan setiap hari korang print something.. paling bodoh.. setiap hari mesti buat cleaning dan deep cleaning dan print satu page kaler.. ini untuk mengelakkan dari ink mengeras kat kepala cartridge dia. Inkjet ni korang mesti jalankan dia sekurang2nya sekali sehari, cam korang panaskan enjin kereta la jugak..

Kedua ... kabel tersangkut

Ni paling common la akan berlaku menyebabkan banyak masalah lain pulak yang akan menyusul. Pastikan korang pasang dengan kemas kabel ciss tu.. yang kat dalam la. test run untuk memastikan kabel tu memang ngam2 jalan tanpa ada risiko untuk sangkut. 2 bijik printer kat sekolah aku selalu gak aku betulkan balik tempat dia.. bila banyak tangan ni, penjagaan pun kena lebih la kan. dan yang paling penting.. pastikan letaknya ink kat luar tu mesti separas dengan cartridge kat dalam yer...

::Klik untuk cerita penuh::





©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Dah kuar workshop balik dah.. ni memang aku dah nengok hasil print dia sebelum aku kuar kedai tadi.. hampeh tul la.. test and ok..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Tu cartridge baru kaler yang baru ditukar..

©2010mknaceunlimited : Klik untuk melihat imej yang lebih besar
Testrun sekali untuk tengok pergerakan kabel dia.. nampak ok dan ngam..



Enjoice...Sharing is power!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP