T-shirt merangkap Jersi Team Takraw


Akhirnya siap gak design baju untuk t-shirt merangkap jersi team takraw aku. Penat gak la aku mendesign bola tu jer. Hahaha.. design bola takraw la pulak. Sesaja jer nak bikin lain sikit dari yang lain. Kurang-kurang bebudak pun rasa best la masa main nanti kan.

Tukang buat dia aku kasik kat member lama aku, sapa lagi kalau bukan Che Li bikintshirt. Nak tengok gak hasil kerja tangan memember sendiri kan. Kalau best, banyak lagi aku nak buat. Setakat ni aku nak buat untuk 8 bebudak aku + 4 cikgu jer dulu.

Masa dok buat design ni tadi ustaz pun masuk.

Waa... best eekk kalau tangan aku cam kau.
Alah.. biasa-biasa jer ustaz..
Ye lah. Tu kata kau..
Ni tahap celah kaki orang lain jer ustaz.. ramai lagi yang design cantik..
OK ler tu..

Kelakor jugak. Yang paling tak ingat ayat aku dengan ustaz.. Tak menang game pun, menang baju lawa jadi la.. Hahahaha.. Ingat parti pakaian beragam ka.. Siap boleh menang baju la pulak.. Apa-apa pun aku harap bebudak aku perform dengan lebih baik lagi tahun ni..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP