Pendaftaran Pelajar SKTTA 2010

 
Hari ni sesi pendaftaran pelajar SKTTA telah dibuat kat sekolah. Semua guru terlibat. Iqa pun masuk mendaftar gak hari ni. Kalau ikut memang tak nak bawak pasal Cikgu Fazilah kata tak bawak pun takpe. Tapi aku bawak jugak, pasal pastu leh gi bawak daftar sekolah agama.

Sesampai jer kat sekolah dah ramai parent. Huh.. Tak sangka la.. Ingatkan kita dah awai dah sampai sekolah. Rupanya.. dah nak last-last kopek dah camtu. Terus pi daftar iqa dulu. Dapat nombor 8. Haaa.. kira ok lagi la tu kan. Pastu terus suruh iqa dok kat dalam dewan pasal aku nak gi menyibuk pasang lcd untuk taklimat nanti.

Pas semua dah settle kat dewan. Semua parent bergerak ke pendaftaran pelajar tahun 1 kat kelas depa la. Aku terus kemaskan apa yang patut tadi. Pastu gi kelas jap untuk tengok apa yang boleh aku buat. Tanya cikgu Fazilah, camner ngan Iqa. Tak kisah la. Hantar semua hari Isnin jer la. Kira ok ler tu kan.

Pastu aku terus mintak kebenaran nak kuar ngan GB. Terus gi kuar mendaftar iqa kek sekolah agamo.. Apa nak buat ni.. Aku blank kejap kat sekolah agama. Hahahaha.. cari nama kat list, memang dah sure pun tarak; pasai, mana pernah aku pi dok daftar iqa. Nak tanya sapa lak ni. Semua kelas lebih kurang jer. Pastu aku terus jer masuk. Alamak, semua kaunter penuh la pulak. Aku aim jer kaunter 1 ni. Ustazah ni habis jer cakap aku nak gi serbu tanya dia.

Baru jer nak sibuk gi tanya, ada lak suara panggil nama aku. Kak Yah la pulak. Aku tanya jer la kat dia. Ropernyer pejabat sebelah ni jer. Lehh.. Sekali tanya, aku kena gi Pejabat pendidikan agama la pulak. Mana aku tau. staf tu cakap kat larkin. Larkin mana? Tau stesen bas. tau. Tau balai polis. tau. sebelah balai tu ada sekolah agama. OKeeyyy.. Belakang sekolah tu la pejabat pendidikan tu. OK. Aku cuba. Kena gi sini isi borang lewat daftar. siap kena sahkan kat situ jugak.

Terus aku wak keter gi sana. Sekali sampai. Macam sardin daa.. ingatkan aku sorang jer yang hampeh.. hahahaha.. last-last aku lak yang jadi pro kat sana. mana taknyer.. aku sorang jer pakai nametag kat luar tu. semua pakat dok tanya aku. kebetulan akunyer borang pun dah siap submit pun kan. Sementara tunggu tu apa salah tolong menolonh sesama islam.. cewahh. ayat tak ingat tu.. hahahaha. apapapun memang ini merupakan pengalaman bermakna untuk aku..

Enjoice..


Posted by Picasa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Memakan Daging Saudara SeIslam