Haplod besar-besaran .. satu minggu punyaa..

Huu... Tak sempat tul aku nak hapdet blog aku untuk minggu ni secepat sebelumnya. Maybe pasal mama kena refer ke hospital hari senin lepas. Tu yang jadi cam terkejar-kejar sikit mencari masa senggang. Walaupun hari Selasa mama dapat MC, masa masih tak cukup untuk aku. Still kena pandai manage masa sekarang ni. Keduanya, mungkin sebab aku pakai dua medium, first; aku nyer DSLR, takde masalah sangat nak hapdet. Biasanya pun aku akan terus hapdet jer terus tanpa editing; kecuali letakkan trademark aku tu kan. seken, aku nyer henpon kamera; pun tarak masalah sangat pasal medium dia pun masih kat memory stick pro duo. Kebarangkalian besar pasal aku berhijrah ke Window 7. Pasal kat situ, aku tak install photoshop lagi untuk aku jalankan rademark action aku. Kot la.. kan.. (Alasan semata-mata). So, sudah-sudah la merepek tu kan. Kita mulakan penceritaan semula ni.

Selasa...

Pagi tu aku kuar ngan Iqa jer pasal mama dapat MC, aku tak kejut pun pasal nak bagi dia rehat lebih lagi. Sian. Doktor pun suruh dia banyakkan berehat. Baby boy (insyaAllah) sangat aktif kat dalam tu. Bergelombang perut alam-malam. Flying kick, sumo, wrestling sumer kar agaknya. Lam kul 11.00 pagi Dila call bagitau ada shipment datang. Shipment apa lak ni. Sekali turun rupernya orang CNN. Bawak bebarang untuk Fiber Optik. OK la.. Check sesatu. Sign dan settle.

Pastu naik balik ke atas, dua kertas kerja aku kerjakan. Dedua mintak peruntukan. Satu, nak mintak duit beli bahan habis guna. Nombor dua, nak mintak hapgred pusat akses aku ni. Panas sangat. Tak sesuai dengan peralatan lam ni.

Sebelah petangnya, lepas jer ambik Iqa dari sekolah agama terus balik rumah. Semalam dah janji dengan kedua Balqis ni nak beli jam tangan kat pasar malam. Beli mahal-mahal pun bukan tahan kat tangan bebudak berdua ni. Jam yag lepas, jam Disney.. hancor jer kat tangan Iqa. Dah nama pun bebudak kan. Tunggu besar la baru beli jam yang mahal balik. So, singgah kat satu kedai. Tengok-tengok jam. Sekali Inaz nak jam Barbie. Belikan jer la dua. Kang si Iqa tak puas hati lak. Tapi memang dia tak puas hati pun.

Sekali masa jengjalan nak beli Milo blend iqa nampak la pulak jam princess.. Inaz pun nak jugak. Nak tak nak beli aje la. Dah kuar sampai RM 20 gak untuk jam jer. Tapi, takpe la kan. Dah dapat 4 utas jam kan.. Sebelum balik sempat beli ayam dan lemang cam yang dipesan. Sesambil tu tengok jer ler apa-apa yang patut.

Rabu...

Pepagi lagi dah contact Dila, jangan lupa hari ni nak wat Videoshoot. Aku nak mula dah wat video korporat sekolah. Alang-alang masih free ni. Ni la masa yang paling sesuai.

Inaz dan Iqa bangun dengan semangat baru pagi ni. Lepas jer mandi dah sibuk tanya mana jam. Pagi ni Iqa nak pakai jam Barbie.. Aikk.. semalam muncung jer taknak jam barbie.. alih-alih pagi ni dia lak yang lelebih. Inaz pun nak pakai jugak.. Layan jer ler..

Pastu terus jer ler pergi sekolah. Pergghh.. memang tak tahan tul la bawak keter pepagi sekarang ni. Makin teruk jem depan sekolah-sekolah ni. 1st jem depan sekolah Ping Ming. Toksah citer laaa.. Pastu kat Mutiara Rini 2 lak. Last sekali depan sekolah aku. Waa... Nak tak nak aku kena bawak dengan lebih laju lagi. Takkan aku nak kuar sebelum subuh lak lepas ni kan.

Dah sampai sekolah jer, cam biasa tengok pusat akses dulu; line semua clear. OK terus aku gi ajak Dila pusing satu sekolah. Habis semua kelas kena terjah. Bilik-bilik khas tengok dulu mana yang ada aku masuk dulu. Sempat lak nyinggah kat kelas Iqa..

Sedar-sedar dah rehat la pulak. Amik dulu gambar bebudak Pendidikan Khas. Sekali masa amik gambor bebudak beli makanan turun Iqa la pulak. Apalagi terus shoot. Malu-malu la pulak. Sekali lupa bawak bekal air la pulak. Tu pun memalu nak jawab. Apa-apa la Iqa ni.

Petang tu lepas sekolah Agama jer ajak dia makan dulu. Aku sesaja order air lebih pasal tahu dia mesti dahaga punya. Makan macam biasa, mihun soto. Tak reti nak makan bender lain ker si Iqa ni.

Habis jer kat situ terus gi amik mama. Sekali si Iqa buat perangai lak. Nak air kotak la pulak. Haiii.. Tadi baru melantak air teh ngan air kosong. Ni nak air kotak la pulak. Beli jer ler. Siap bagi warning, tak habis siap. Dan memang dia minum suku kotak jer. Saja nak cari pasal la ni.

Khamis...

Hari ni takde apa-apa sangat kecuali Ceramah Kanser. Hmm.. mesti ada apa-apa kan. Bukan dari kementerian pun. Dan dia memang jual produk kesihatan dia. Aku tak tau sangat pasal aku kuar hantar Iqa.

Masa balik siap singgah kat Ah Liang amik Custom Album yang dah siap. Malam tu jugak aku siapkan urusan packaging dia. Esok nak suruh ucu hantar.

Jumaat...

Pagi ni ada rehearsal lantik pengawas. Iqa pun ada. Pasal dia jadi penolong. Pastu lam tengahari antor Iqa gi sekoah agama. Masa amik dia balik dia cakap ustaz dia cakap Sultan Johor mangkat. Biar betul.. Memacam bermain lam kepala. Sampai rumah, lepas asar diumumkan Sultan gering. Pas maghrib jer aku dah tak sedar apa-apa lagi. Terus tertidur...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied