Aktiviti Sabtu

Pagi Sabtu ni macam packed la pulak. Yang pertamanya, Iqa nak sangat masuk Taekwando. Dari Nuri lagi dia dah mintak. Tapi pasal tadak sapa nak antor dia gi training, so tunda aje la. Sekarang ni dia dah masuk sekolah, dan sekolah pun ada training Taekwando; jadi ni dah jadi peluang keemasan la untuk dia.

Sepatutnya dah start dari Sabtu minggu lepas. Cuma dia lupa nak bagitau aku. Jadi, minggu ni baru first time Iqa gi belajar. OK lah kan, pasal aku pun train bebudak takraw aku setiap Sabtu, jadi bender ni kira ngam-ngam la dengan jadual aku.

So pepagi lagi dah kuar dari rumah. Pasal baju sukan tak dapat lagi, Iqa kenala pakai baju sukan Nuri dia. Takpe la. Rumah pun rumah kuning gak ikut aku. Sampai jer kat sekolah aku gi tengok bebudak aku kat gelanggang dulu. OK. Bagi bola takraw. Buat sepak bulat.

Next, aku gi nengok Kursus Pengawas Pusat Sumber. OK. Ngam. Yang slack, LCD taknak hidup. Aku turun ambik kabel laptop aku, pasal dia ada lampu bila ada karen. So, test; sah takde karen plug satu row. Bukak bilik PPSMI and setting LCD kat situ lak. Jadi kursus pengawas pusat sumber dah jadi kat dua tempat. Memula kat PSS, untuk taklimat kat bilik PPSMI. Janji jalan kan..

Dah settle tu aku gi lepak balik ngan bebudak takraw aku. Pastu Cikgu Faris pun sampai. Dah boleh daftar Iqa kata dia. Aku pun daftar dan tinggalkan Iqa ngan cikgu taekwando dia. Nampak suka hati tul si Iqa. Pastu sambung balik training Takraw. Lam kul 10 gitu, kasi bebudak gi rehat dulu. Hazim lak sampai ngan Usop. Nak mula projek buat padang lompat jauh. Waa.. best tu.. Aku layan balik takraw sampai la PK Koko turun.

Rul.. Pinjam bebudak jap.
Buek apo..
Nak angkat meja.
Alamak.. pergi la semua sekali..

Lepak jap ngan Cikgu Maarof kat padang. Best gak. Naik atas nengok bebudak angkat meja.. Meja tahap gajah ni. Sian bebudak. Belanja diaorang minum dulu.. PAstu sambung balik takraw. Lam kul 12.30 aku pun suruh bebudak kemas. Dah weiii.. Jom balik. Nanti kita sambung Sabtu lain pulak.. Iqa masa ni sibuk dok membaca buku dah. Dia punya training pun dah lama settle. Dan lagi beli 3 giant Slurpee kat seven-e. Dan aku jamin mesin dia akan rosak lagi sebelah malamnya.. Hahahaha.. aku pasti..



Posted by Picasa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied