Window shopping @ IKEA

 
Sebelah malamnya, hehehe; tak sempat relax lagi pun, dah mula bergerak ke IKEA. Tapi sebelum tu kena amik pak yang dulu kat tempat kerja dia. So bergerak la kami ke Pusat Bandar Damansara dengan mak yang. Yang best siap boleh sesat. Bukan sekali, tapi dua kali. Hakhakhak.. Apa la mak yang ni. Tak ingat jalan la pulak. Nak harap abah lagi la. Langsung tak tau jalan. Sampai jer kat situ, iqa ngan inaz dah nampak McD. Ayooo.. Pasal la itu jugak yang dia nak. So, sesambil tunggu pak yang turun, pi la tapau McD untuk bebudak ni. Hmmmm..

Lepas pak yang turun jer, mula la perjalanan kami gi IKEA, yeyy.. Sampai jer bukan main suka hati mama. Yelah.. Dari haritu lagi teringin bebenor nak gi ikea, nak tengok apa yang best sangat kat ikea ni. So, pak yang bawak kitaorang round showroom dulu. Belum apa-apa lagi iqa ngan adik dah sibuk mencekup pensel free yang dia bagi. Pak yang ngan mak yang gi makan kat restoren di penghujung showroom, sementara kami menyibukkan diri dalam showroom dia.

Habis semua tempat kami serbu. Iqa ngan adik toksah citer banyak. Bukan setakat serbu lagi, dah siap merasmikan lagi; cam rumah sendiri la pulak. Dah habis ronda kami pun gi ke restoren dia. Waaa... semua makanan barat tu. Belasah jer la. Makan chicken wing sama sup. Air bayar sekali jer, pastu leh tambah suka ati korang la. Cam biasa aku ambik soft drink. Gas dia tak ingat dunia. Aku malam tu dapat habiskan 5 gelas jer soft drink. Sumer air aku rasa. Yang best pengacau air dia, ada cam bentuk kayu aiskrim, habis la kena rembat. Teringat jaman sekolah dulu; jaman ninja, pakat dok pulun wat bintang ninja.

Dah abis kat restoren, baru kitaorang gi membeli-belah. Tapi tak beli banyak sangat, lain la kalau bawak lori kan. Pas dah habis semua kitaorang gi bayar. Yang best kat sini, plastik kena beli. Aku beli plastik yang beso tu.. RM1.90. Bolehla. Teringat Macro satu ketika dahulu. Masa nak kuar tu adik dah merengek nak beli aiskrim. Masa dok Q nak beli tu tepon mak yang tanya dia dok lepak kat ner. Suruh datang amik mama ngan inaz sementara aku masih tunggu Q. Pas dah beli gi lepak sekali ngan diaorang. Rupanya pakat dok lepak depan the curve. Leh tahan la kat sini. Enjoy la. Bila kami dah pakat balik ke keter. Rope-ropenyer tinggai keter kami jer. Hehehehe.. window sopping yang sakan. Hakhakhak..



Hasil rembatan kitaorang kat IKEA malam tu..

Pensel - dua genggam, sampai bangla pengganti pensel pun asik dok jeling iqa
Tali tape pengukur - dua
Buku catalog - dua
Kayu aiskrim - segenggam
Hak hak hak
Posted by Picasa

Ulasan

Che Li berkata…
nak penuh rumah nampak....masuk umah baru jangan lupe jemput aku...

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Jelly Beans

PERMOHONAN ONLINE KE PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL (MENJURUS KEPADA DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA) AMBILAN JUN 2016