Tutorial | Photoshop : Fake HDR aka saturation tahap gaban / Dave Hill



In this tutorial you will learn how to make a picture with HDR effect aka Warna/saturation naik dengan tona dan detail yang lebih ala-ala Dave Hill. Warning | This tutorial are totally 100% in Malay. But you can just look at the picture to playing a very good guessing game. Hehehehe..





1. Memula bukak gambo yang di edit. Pemilihan gambo untuk HDR amat penting, kerana bukan semua gambar sesuai untuk HDR. Melalui pemerhatian, foto-foto panorama atau foto yang diambil dengan lens ultra wide amat sesuai untuk teknik ini disebabkan oleh bukaan dan sudut fotografinya. Foto yang digunakan inipun kurang sesuai sangat, tapi.. letak jer ler kan..




2. Memula kita duplicate dahulu layer dengan menekan CTRL+J




3. Seterusnya pilih desaturate untuk menjadikan layer ini B&W. Shortcut yang boleh digunakan adalah Ctrl+Shift+U.




4. Langkah berikutnya adalah invert yakni menjadikan layer tadi negatif. Shortcut yang boleh digunakan adalah Ctrl+I




5. Seterusnya tukar layer option kepada overlay.




6. Sekarang tiba ke langkah terakhir iaitu Gaussian Blur.




7. Setiap perubahan nilai radius yang dilakukan dapat dilihat secara terus di canvas. Tukar radius mengikut kesedapan mata sambil melihat foto tadi berubah. Setelah siap klik OK.




8. Jangan takut untuk bereksperimen. Setiap nilai radius memberikan hasil yang berbeza.. Selamat mencuba




ps : Tutorial ni sebenarnya dah lama saya buat kat fotopages. Tapi pasal ada lagi yang tanya.. apa lagi.. ulang tayang jer ler..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP