Tutorial | Photoshop : Colour on Black and White aka magiknyaa..



In this tutorial you will learn how to make a picture with Colour on Black And White aka how they all did it, with some part are in colour. Warning | This tutorial are totally 100% in Malay. But you can just look at the picture to playing a very good guessing game. Hehehehe..




1. Memula bukak fail yang nak digunapakai. Lam tutorial ni foto keyboard dan mouse iqa akan digunakan.




2. Perkara pertama yang kita akan buat adalah duplicate layer.. Tekan Ctrl+J




3. Seterusnya kita akan memilih bahagian yang nak dikalerkan. Banyak cara yang boleh digunakan. Yang paling perfect adalah select sikit demi sedikit guna polygonal lasso. Tapi itu akan ambik masa sikit. Dalam tutorial ni, kita akan guna teknik masking dengan menggunakan colour range dan brush sebab cara ni adalah antara cara yang paling pantas. Memula pilih colour range.




4. Gerakkan fuzziness ke 100 dan klik ke objek yang nak di kekalkan warnanya.




5. Tekan OK dan bahagian yang dipilih tadi akan kekal dalam garis putus-putus.




6. Sekarang klik add vector mask di bahagian bawah layer. Selepas icon itu ditekan satu icon baru akan keluar disebelah layer 1 dalam warna hitam dan putih. Bahagian yang berwarna putih akan dikekalkan sementara yang berwarna hitam tidak kelihatan.




7. Pilih layer background dan tukarkan warnanya kepada black and white dengan menekan Ctrl+Shift+U. Kelihatan gambar yang dikekalkan tadi sahaja yang berwarna. Namun nampak masih tak kemas kerana colour range hanya memilih warna yang ditekan tadi sahaja dan bukannya objek yang kita nak kekalkan. Oleh itu kita akan mewarna objek yang kita nak kekalkan dengan menggunakan brush.




8. Pastikan anda klik icon hitam putih dalam layer 1.




9. Sekarang pilih brush. Pilih saiz brush secara berperingkat dari besar ke kecil. Pastikan warna putih yang dipilih untuk mewarna bahagian yang kita kehendaki dan warna hitam dipilih untuk mewarna bahagian yang kita tak nak.




10. Dah siap!!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP