Tutorial | Photoshop : Black Vigenette aka tepi hitam



In this tutorial you will learn how to make a picture with black vigenette aka tepi-tepi ala sikit-sikit hitam. Warning | This tutorial are totally 100% in Malay. But you can just look at the picture to playing a very good guessing game. Hehehehe..




1. Mula-mula bukak gambar yang hendak dimasukkan efek ini. Gambar yang digunakan ini bukan sahaja sesuai dijadikan contoh, malah sesuai juga digunakan untuk mengiklankan Mee Maggi dan coolant; setidak-tidaknya maggi sesuai dimakan bersama dengan coolant.




2. Sekarang pilih Eliptical Marquee.. ala.. yang gambo kotak putus-putus tu. Tekan jangan lepas dan kemudian dia akan keluar menu kat sebelah tu. Sekarang pilih yang garis putus-putus bentuk bulat tu..



3. Kalau pilih betul, maka kotak putus-putus akan jadi bulat putus-putus cam kat atas ni ha..




4. Sekarang tengok kat atas ni ha.. Ada tulis feather kan. Secara default nilai dia 0 px.. Tukar la ikut suka hati korang. Pasal gambo ni gambar asal yang tak diedit apa-apa lagi, maknanya saiz dia pun besau; maka kena ambik nilai yang besar jugak la. Feather ni bertujuan untuk menghasilkan kesan pilihan yang bertona. (Entah betul ke idak apa aku cakap ni. Makin besar nombor yang dipilih makin besar jarak kesan yang terhasil.




5. Sekarang kita akan memilih kawasan yang akan kita buat kesan tu. Klik dan tarik (Click and Drag) dari titik A sampai titik B. Setelah dilepaskan butang mouse anda, kesan bulatan seperti dalam gambar akan terhasil.




6. Sekarang tekan Ctrl+J. Ini bertujuan untuk mengcopy layer ye tuan-tuan. Tapi jangan terkejut pasal garis bulat tadi akan hilang. Layer 1 akan terhasil dengan keadaan gambar tadi dalam bentuk bulatan macam gambo kat atas.




7. Sekarang klik layer background, ala yang kat bawah tu..




8. Seterusnya tekan Ctrl+L. Ini untuk membolehkan kita mengubahsuai level untuk gambo ni. Apa yang akan kita ubah adalah slider putih pada output level. Yang kat nombor 255 tu..




9. Ubah lah mengikut citarasa masing-masing.. Makin digerak menghampiri slider hitam maka makin hitamla vigenette korang tu.. Dah settle klik OK.




10. Dah selesai klik Ctrl+E untuk menggabungkan semua layer yang korang ada. Dah siap.. Sekarang bolehla korang mengetest dengan pelbagai gambo yang korang ada.

Hasil akhir...



Sekian...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied