Dari kampung ke kampung

 
Kejap jer masa berjalan. Sedar tak sedar dah sampai haul dah. Hari ni dah tiba masa untuk mula bergerak pulang ke Gelang Patah. Tapi tak jalan straight jugak la. Malam ni kami akan bermalam sekali lagi di Bangi. So, apa tunggu lagi, ayuh kita bergerak.

Perjalanan hari lancar. OK jer. Sepanjang perjalanan mendung berarak jer. Berenti jap kat gerai jagung kat sempadan Baling. Jagung dia best sikit. Tapau untuk makan dengan mak yang sekali nanti. Pastu dah tak berenti kat mana-mana lagi. Straight jer terus ke Hulu Bernam untuk makan. Memula ingat nak makan kat Bukit Merah, tapi tak jadi sebab Iqa suka makan soto jer. Kat sini tak best sangat. Kena masuk kawasan jawa jugak untuk makan soto yang best sikit.

Kat sini cam biasa makan kat warung pak tam. aku ambik yang lain sikit. Nama dia Nasi Lambaian Ayam. Kelako.. Nasi kandar rupanya. Tengah promosi. RM4.50. Lantak jer ler. Iqa ngan Inaz cam biasa. Soto. Yang best siap pau aiskrim lagi. Hahahaha..

Pastu terus straight ke rumah mak yang kat bangi. Malamnya kami semua kuar ke Ikea. Tu citer lain la, kan. Esoknya, pepagi lagi dah bangun, berkemas untuk meneruskan acara balik ke Gelang Patah. Makan nasik lemak. Takde apa sangat nak tulis pasal kami jalan straight jer. Berhenti di R&R Air Keroh untuk makan. Sesambil beli belacan. Lupa lak nak beli kat Baling. Yang bestnyer, beli cam dalam citer Ali Baba Bujang Lapok la pulak. Hehehehe.. Siap sorok-sorok tu. Kisahnya pasal gerai buah boleh juai buah sahaja. Aku order lain sikit.. Telur separuh masak sama roti bakar.. Kenyang lagi makan nasik lemak kat bangi tadi.

Last kali berenti jap kat Tol Senai. Iqa dah tak tahan nak membuang. Hehehe.. Selamat tiba ke Gelang Patah.. alhamdulillah..


Posted by Picasauploaded via picassa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied