Mesyuarat Verifikasi Data SBP 2009 - pecutan



Hari kedua aku mula edarkan fail-fail pada guru-guru data ni. Sekali dah isi memacam masalah timbul. Aku sibuk dok mencatit masalah-masalah yang wujud. Lepas jer rehat tengahari tu aku kuarkan versi kedua untuk mengatasi masalah-masalah yang wujud.

Yang bestnyer, staf sokongan aku terlepas pandang so.. kena la buat pembetulan lagi.
Sebelah petang sempat kuar merayap jap. Survey harga dulu. Cam biasa la. Pastu masa nak naik kunci tak leh pakai. Hampeh tul la.

Nasib baik sebelah malamnya pengarah turun. Cam biasa cerita pasal pekeliling, pastu pasal fail dan tak dilupakan cerita ayamnya. Siap aku amik gambo lagi sebagai bukti.
Yang bestnya setiap guru kena perkenalkan diri. Yang lagi best beberapa guru kena berdiri nyanyi lagu negeri masing-masing.

Pastu aku kuar nak makan chicken chop pasal semalam tak dapat; kena tipu lak tu roti telur disamakan dengan roti tampal. Hampeh. Sebelum tidur aku wat versi tiga lak.

Foto montaj



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP