Catatan

Satu renungan

Imej
Walaupun teks ucapan ni dah berusia 2 bulan, tapi rasernyer masih ramai yang tak ambil pusing pun pasal bender ni. Jadi aku masukkan kat seni sebagai renungan. Fikir-fikirkanlah apa tanggungjawab anda.. Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak -------------------------------------------------------------------------------- Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat". Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islam di negara ini. Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini. Bencana umat Islam Waktu ini ada kes L

Ha... Kan betul aku cakap

Imej
Merujuk pada gaji kakitangan awam, KSN akhirnya mengumumkan bahawa kenaikan berdasarkan gaji pokok semasa.. So, bolehlah golongan2 yang sibuk tarik muka tu melakarkan semula senyuman di wajah masing-masing. ps : Benarlah betapa besar kuasa yang ada pada blogger. pss : Pelik pasal signature bawah tu berubah dari --Bernama kepada --Lagi. Cam tergopoh-gapah jer bang. Bernama

Gaji naik.. Yahoo @ Alhamdulillah

Imej
Perkara ni memang menjadi topik perbualan hangat sejak petang semalam. Dari gerai-gerai, sampailah ke pejabat-pejabat, berlarutan pula sampai ke rumah. Memang hangat. Sangat hangat. Tapi tanpa kita sedar lebih ramai yang mula memasang angan-angan yang melangit daripada menadah tangan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Kenapa ini berlaku? Dalam tak sedar juga media memainkan peranan yang sangat hebat dalam mewar-warkan berita ini sehinggakan kita terlupa berapa sebenarnya yang naik. 40%? Jauh sekali. Ramai yang terlupa , terlepas pandang; yang dinaikkan bukan gaji semasa tapi gaji basic. Ye.. Yang seawal semasa kita mula bekerja dengan gred jawatan kita tu. Bukannya gaji pokok semasa. Kalau gaji pokok semasa manakan mampu kerajaan nak menanggung semua kenaikan tu. Niat disini bukanlah sekali-kali nak memburukkan keadaan. Cuma sekadar nak memperbetulkan impian dan angan-angan yang dah mula bersarang di minda rakan-rakan. Sebagai contoh, disini gaji asas kerani adalah RM 656.30. Selepas kenaikan

Royal Wedding of the year

Imej
Selamat pengantin baru kepada pasangan diraja. Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Mushkil sikit

Imej
Akhirnya, pertemuan kedua-dua pembesar; negara dengan jirannya sudahpun berakhir, dengan beberapa keputusan; antaranya termasuklah penubuhan satu jawatankuasa peringkat menteri bagi memantau kerjasama di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di selatan Johor. Abdullah berkongsi dengan sentimen Lee itu, tetapi memberitahu pemberita bahawa "kita tidak mahu dibebani dengan isu ini sedangkan ada perkara lain yang ingin kita lakukan". Tapi yang peliknya pembesar negara berkata isu yang tertangguh sejak sekian lama antara Malaysia dan Singapura akan dibincangkan setelah kerajaan kedua-dua negara selesai menangani isu lebih mendesak dan lebih mudah dibincangkan. Nak jugak lak tahu kan apa isu yang lebih mendesak tu. Kalau nak ikut antara isu tertunggak iaitu harga air, penggunaan ruang udara Malaysia oleh tentera udara Singapura, pembangunan tanah KTM Berhad di Singapura, jambatan baru; aka jambatan bengkok dan pengeluaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pusat oleh rakyat Malaysia

Gaji pun masih belum naik, ...

Imej
Bender ni memang biasa berlaku. Dah biasa sampai kalau tanya pakcik-pakcik kat kedai kopi pun dengan mudah diaorang boleh bagi jawapan yang ringkas dan padat lagi tepat. Baru ura-ura nak naik gaji; tahu pun tidak jadi atau taknya, harga barang runcit dahpun melambung. Tepung naik, Milo naik; hatta susu F&N pun naik gak. Adoihhh... Apa nak jadi camni. Wal hasil balik ke asal ler namanya. Dah barang-barang asas ni naik, rasa-rasa banyak lagi barang sampingan yang bakal naik bersama.. ps : Gaji pun tarak hitam putih jadi ke tak, barang sudah naik harganya. Macamana dengan golongan yang berpendapatan rendah. pss : Cuba-cuba ler pihak berkuasa gi survey harga minyak paket kat pasaran.. Pelik.. Pasal haritu nengok harga dia RM3. Apa dah jadi ngan subsidi free yang dapat terpijak tu agaknya? ;) Chiaooo

Apa dah jadi???

Imej
Cuba korang baca berita terkini ini... Pengacara TV Mengaku Tidak Bersalah Atas Tuduhan Penyalahgunaan Dadah JOHOR BAHARU, 14 Mei (Bernama) -- Pengacara TV3, Mazidulakmal Sidik dan tiga yang lain hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan penyalahgunaan dadah. Mazidulakmal, 40, Fadzli Ramli, 40, Tumijah Adras, 34, dan Umaisyah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah atas tuduhan memasukkan dadah methamphetamine ke dalam tubuh mereka di Bilik 88, Groove City Sdn Bhd, Nombor 19, Jalan Abdullah Tahir, di sini, pada pukul 2.45 pagi, Sabtu lepas. Mengikut Akta Dadah Berbahaya, mereka boleh didenda sehingga RM3,000 seorang jika sabit kesalahan. Majistret Rasidah Roslee membenarkan kesemua mereka diikat jamin sebanyak RM3,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 Sept sebagai tarikh perbicaraan. Mazidulakmal dan Fadzli diwakili peguam, A.Vimala manakala Tumijah dan Umaisyah tidak diwakili peguam. Pendakwaan dilakukan Cif Insp David Chon

Had persaraan

Imej
Had persaraan.. Ini merupakan isu yang paling menarik. Untuk aku, cukup2lah dengan yang dah sedia ada. Tak perlu dipanjangkan lagi. Tak cukup lagikah seseorang itu bekerja/berkhidmat/membanting tulang selama 20++ tahun. Sudah-sudahlah bekerja bersama anda tu. Dah sampai 50++ tu pun dah kira masa yang sesuai untuk berehat dari tekanan kerja. Luangkan masa dengan famili. Tengok-tengok famili yang hampir awak lupakan hampir 20++ tahun tu. Dalam berita harian dilaporkan Kerajaan boleh menjimatkan kira-kira RM1.2 bilion dalam tempoh empat tahun jika umur persaraan kakitangan awam dilanjutkan kepada 60 tahun berbanding 56 tahun sekarang. Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata penjimatan itu dianggarkan selepas mengambil kira pelbagai perbelanjaan yang mampu dikurangkan atau dihapuskan apabila had umur persaraan dilanjutkan.Perbelanjaan itu termasuk kos perubatan pesara , pencen pegawai yang disambung secara kontrak, kos melatih dan gaji kakitangan baru. Dalam tu pun dah tulis kos perubatan, i

Carlberg untuk Islam Malaysia??

Imej
Memang mengejutkan. Kalau aku sendiri tak jumpa artikel ini, maybe sampai bila pun aku kata ianya cuma fitnah2 kosong semata-mata. Tapi ini memang realiti. Di siarkan oleh The Edge Financial Daily .. Apa citer... Citer utamanya pasal kejayaan Carlberg Malaysia lah.. Second citer yang penting. Keluaran terbarunya.. Carlberg Beer Non Alcoholic for Muslim lagi tu.. Tu yang aku memang frust tu.. Tapi maybe Carlberg ni cuba menyahut cabaran Pak Lah ni sebenarnya.. Yelah, kan dok sibuk ngan MIHAS dia tu.. Tak tahu apa MIHAS, MIHAS tu Malaysia International Halal Showcase . Kira sumer barangan halal2 belaka lah yang cuba dikeluarkan oleh Malaysia.. Sampaikan beer pun nak dihalalkan jugak ker?? Kalau korang baca betul-betul artikel tu, antara lain Carlsberg’s newly appointed managing director Soren Holm Jensen ni menyatakan bahawa diaorang nak perkenalkan non-alcoholic beer, yang mana memang telah berjaya dipasarkan di Timur Tengah iaitu di Arab Saudi, Yemen, Kuwait dan Emeriah Arab Bersa

Movie Release

Imej
So, mulai saat ini Movie Review, aku pindahkan ke Blogspot ini. OK, untuk minggu ini ada satu sahaja cerita baru yang akan ditayangkan di Malaysia.. [OK for yang tak berapa biasa ngan review aku.. aku hanya akan tulis citer yang best sahaja ok..] Filem : Blades of Glory Release : 17 Mei 2007 Sinopsis : Semasa Kejohanan Olimpik musim sejuk 2002, dua pesaing untuk figure skaters (Will Ferrell and Jon Heder) dah gaduh tahap gila-gila masa kejohanan berlangsung. Last-last, dua-dua kena ban seumur hidup. 3 tahun lepas tu, kedua-dua makhluk ni jumpa balik dan bergabung jadik satu team, membuang ego dan perbezaan pendapat masing-masing untuk masuk satu-satunya kategori yang diaorang boleh masuk – figure skating berpasangan. Masalah paling besar, for sure acara tu hanya untuk pasangan berlainan jantina dan mereka pastinya lack sesuatu. Aku target citer ni mesti best nyer.. Kita nantikan sama-sama.. ;) Chiaooo
Imej
Tarikh : 19th May 2007 Masa : 6.00pm – 11.00 pm. Tempat : The Lake View Club Lot 3606, SS12/1, Subang Jaya 47500 Petaling Jaya, Selangor Malaysia Tel: +603 3733-8342 Bayaran: RM30 Topik dibincangkan : “Pengaruh Media di bawah pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi lebih terbuka dan liberal berbanding dengan pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.”

A new birth of me

Imej
Hmmm.. Tak tahulah aku. Walaupun dah lama aku sign up for this account tapi aku tak pernah sampai seru untuk mencoretkan walau setitis kata-kata padanya. Tapi malam ini, selepas aku membaca satu blog, yang aku sendiri hampir tak percaya ada juga orang macam tu dalam negara aku yang tercinta ni, secara tiba-tiba aku disampaikan seru olehNya untuk mula mengaktifkan ruangan-ruangan kosong yang sudah lama menjadi hak diriku ini. Mungkin disebabkan aku lebih lama di Fotopages; [ Klik sini ] maka mungkin disebabkan faktor inilah menyebabkan aku kurang menulis dalam Blogger ini. Walau apapun; diharapkan aku dapat bergiat dengan aktif di sini dalam jangka masa terdekat. InsyaAllah...