Catatan

Sekolah Tun Fatimah : 20181116 Makan makan

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20181116 Makan makan. Banyak tempat dulu yang kami singgah sebelum sampai ke STF daripada UTM tadi. UDA la. Dataran Larkin la. Sampai kat STF terus ke pondok wakaf. Iqa ngan kengkawan dia dah ada kat situ. Deme buat makan makan. Minggu depan kan dah minggu last persekolahan. Iqa pun tahun depan jadi Setiausaha Blok. Khamis ni datang amik barang ja memandangkan dia ada kursus khas awal cuti ni. Hmmm. Esok gamak kena datang amik barang dia sikit ni. Kalau tak masak la nak berkemas Khamis depan ni.

Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181116 Jenjalan

Imej
Festival Konvokesyen (FESKO) UTM 61 : 20181116 Jenjalan. Sekali lalu aje. Tadi sebelum jemaat dah tinggalkan mama kat sini. Setel jemaat aku gi park kat mak jah dan janji jumpa kat wakaf tengah. Sekali nampak jersi merah kedah. Terus sambar. Sempat kena pow ngan ici cam biasa. Pistol belon katanya. Makan tengah hari sebelum gi jumpa iqa di STF. Adakah esoknya akan ada return back? Kita tungggguuuu!

Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai : 20181116 Mengimbau Kenangan

Imej
Masjid Sultan Ismail, UTM Skudai : 20181116 Mengimbau Kenangan. Semalam lepak kat sini. Bawak dan tinggal mama di Fesko, aku gerak ke pusat pentadbiran UTM. Park di HEP. Sambil sambil snap picas. Orang tak berapa ramai maybe sebab konvo pun dah seminggu berlalu kan. Sempat la meronda sambil pergi ke masjid. Dulu. Ni la port biasa aku. Masa belajar kat sini la. Dah banyak berubah pun. Masa balik sempat mengenang padang bola tempat latihan dulu. Perghhh. Zaman silam kan. Banyak benda yang aku pun dah banyak tinggal. Nak main basikal semula?

Jusoh, Usop dan Ali : 20181116 Dengki

Imej
Jusoh, Usop dan Ali : 20181116 Dengki. Keluar rumah pagi tu ternampak 3 ekor budak ni. Haisshhh. Yang keempat dah takde. Tak tau la ke mana. Actually. Ni tempat si Phatah. Si Tamrin ni memang nak kena ni. Saja dengki si Phatah. Di letak 3 kebudak ni kat tempat Phatah. Pasni mau aku tempeleng kalau jumpa. Si Jusoh tu yang hitam paling bulat. Usop itam kedua while Ali si belang tu. Hari ni aje dua kali aku dengkikan semula si Tamrin. Dia alihkan ke depan. Aku alihkan semula ke belakang. Suka ati ko aje dengkikan si Phatah ye.

Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Terbuka

Imej
Sekolah Agama Nusa Perintis : Hari Terbuka. Hari Khamis ni jadi hari yang amat penuh. Segala-galanya yang perlu aku selesaikan dalam minggu ni dilambakkan pada satu-satunya hari yang aku wujud di opis. Nak pulak petangnya ada hari terbuka sekolah agama. Takpe. Satu-satu kita kasi setel. Paginya kita selesaikan verifikasi data repositori. Ada permohonan data adhoc. Cari orang berkaitan untuk bantu melicinkan urusan. Ada jamuan sikit masa lunch. Sambung urusan PBPPP selepas rehat. Balik. Amik angah dan Iqi kat rumah dan keluar semula ke sekolah. Nampaknya ramai jugak parent yang sama macam aku. Habis kerja baru gerak ke sekolah. Ye lah. Khamis pun macam half day aje. Waktu kerja sampai jam 3.30 petang aje kan. Alhamdulillah. Urusan lancar. Dapat terus aje jumpa ustaz iqi dan ustazah angah. Iqi dan angah dua-dua dapat nombor 3 dalam kelas masing-masing. Iqi juga dilantik jadi pengawas bermula tahun depan. Hebat! Baru darjah 3 dah jadi pengawas. Paling laju antara semua. Minggu depan ad

SMK Raja Muda, Muar : Pemantauan Persediaan Persekolahan 2019

Imej
SMK Raja Muda, Muar : Pemantauan Persediaan Persekolahan 2019. So. Dari Putrajaya aku bertolak ke Muar. Duduk di Hotel Elite. Paginya sarap dulu sate ngan Hairin dan Redza. Alhamdulillah. Sekolah dalam keadaan kondusif untuk 2019i. Sedikit perkongsian pengurusan data berintegriti bersama pengurusan sekolah. Terima kasih atas kerjasama. Makan tengah hari di sini sebelum bergerak pulang. Dan. Aku tertinggal kamera kat sini. Huhuhu.

Petrol Routine for Livina

Imej
Petrol Routine for Livina. Last isi 8 November. Isi semula on 13 November. Petron R&R Ayer Keroh on the way back from Putrajaya. Hasil RM80.86 for 554.0 km melibatkan 36.755l minyak. 6 hari. 1 liter lebih kurang 15++ km. Layan.

Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Lindungi Maklumat, Hindari Pencerobohan

Imej
Seminar Keselamatan ICT KPM 2018 : Lindungi Maklumat, Hindari Pencerobohan. Pagi tu gerak awal dari Pullman. Berdepan aje dengan bangunan KPT ni. Parking depan bangunan betul-betul. Masuk. Cari cafe dulu. Selesai makan baru gerak ke Dewan Za'aba yang letaknya bersebelahan cafe ni aje pun. Lepas daftar terus lepak menanti. Sekali team sabah masuk. Hahaha. Kenal semua deme ni. Seminar ini merupakan platform kepada warga KPM untuk berkongsi maklumat dan menyampaikan informasi berkaitan kepentingan keselamatan teknologi maklumat. Boleh tahan juga pengisian dia. Makan tengah hari dengan geng KS ICT. Layan. Masuk semula untuk majlis perasmian seminar disempurnakan oleh YB Puan Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Sambung lagi dua taklimat. Lupa nak cakap. Sempat lagi nengokkan agoda untuk penginapan malamnya pula kat Muo. Layan aje ler. A bit slow bergerak lewat petang tu. Hujan sepanjang jalan. Masak! Cam biasa. Nanti kamera dah dapat baru update penuh.

Jom Jenjalan : Meronda Muo

Imej
Jom Jenjalan : Meronda Muo. Balik dari putrajaya aku terus singgah muo. Sampai malam jugak. Masuk ikut tangkak. Memula ingatkan nak cari burger area mee bandung tu. At last aku cari hotel dulu. Dah book Hotel Elite thru Agoda masa seminar pagi tadi. OK hotelnya. Kebetulan ada gerai burger bawahnya. Layan aje. Sesambil nunggu jalan jap ke bulatan mahkota. Snap snap macam biasa. Tido. Pagi esoknya hairin dan redza datang. Gi sarap jap kat R&H Cafe. Terbaeekkk!!!! Tu yang sampai lupa dan tinggal kamera ni lepas pemantauan. Haissshhh! TQVM Hairin bawakkan semula kamera ni. Hehehe. Teruk tul tuan dia.

Jom Jenjalan : Hotel Pullman Putrajaya Lakeside

Imej
Jom Jenjalan : Hotel Pullman Putrajaya Lakeside. 12 November. Ni la hotel yang aku booking nyambil nyambil dalam simposium. Dapat RM190 semalam. Deal agoda hari biasa. Rasanya cuti sekolah tak dapat harga gini. Selesai aje simposium terus gerak ke sini. Sampai around jam 10.00 malam. Meraba jugak nak cari lobi dari parking dia. Dah check-in pun meraba nak keluar dari lobi. Sib baik petugas guide aku sampai ke bilik. Kekeke. Tempat dia besar. Bilik pin terbaeekkk!!!! Sempat merayau jap malam tu. Memang penuh cahaya tempat ni. Pagi esoknya. Merayap semula ke semua tempat. Hmmm. Suasana malam lebih meriah dan cantik. Ada kesempatan dan peluang maybe return semula. memang terbaeekkk!!!! Park. Tetap kena bayar RM15 selaku guest. Hehehe.