Catatan

SK Pulau Pemanggil, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

Imej
SK Pulau Pemanggil, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). Pulau Pemanggil. Leh tahan travel ke sini dengan bot. Nampak Pulau Tioman on the way ke situ. Pulau Pemanggil ni dinamakan sebegitu disebabkan masa nak membukanya, terdengar bunyi paluan gong memanggil ke pulau berkenaan. Tu cerita lama lah kan. So. Alhamdulillah. Laut tenang sepanjang laluan. Cuma bila lepas Tioman tu a bit rough. Tu pun orang pulau kata biasa biasa aje. Sampai di situ kami disambut oleh Guru Besar yang menanti di jeti. Kat sini komunikasi masih OK. Aku yang pakai digi pun masih dapat menerima panggilan tugasan dari tanah besar. Layan aje lah kan. Sempat la on laptop dan tethering on henpon untuk siapkan tugasan ringkas. Sesi kajian bermula. Aku bersama team murid macam biasa. Tahap 2 ada 3 orang aje. Masing-masing seorang di setiap darjah. Penduduk dah makin kurang di sini. Kemungkinan tahun depan pun dah takde murid tahun 1 dan yang ke bawah. Sempat meronda sambil menden

Jenjalan Cari Makan : Mersing Nasi Dagang

Imej
Jenjalan Cari Makan : Mersing Nasi Dagang. 18 September. Kami bakal menjelajah pulau di Mersing selama dua hari. Tiba di Kota Tinggi jam 6.40 pagi dan bersedia meneruskan perjalanan ke Mersing. Target untuk pergerakan bot pada jam 8.30 pagi. Tiba di Mersing jam 8.00 pagi. Singgah dulu di Mersing Nasi Dagang untuk sarapan pagi. Apa yang aku dah belajar dari orang pulau adalah kita mesti memenuhkan perut sebelum mengharungi laut. Memang terbaeekkk!!!! makan kat sini. Aku makan nasi dagang kosong dengan ayam goreng dan letak sambal merah. Belasah aje. Yang penting nampak sedap di mata aku. Kekeke. Bos amik ketupat palas. Tapi a bit pelik sebab nampaknya dia goreng pulak lepas tu. But still nice to eat la. TQ bos belanja sarap pagi ni.

Home sweet Home Renovation Phase 2 : 20180917 Progress

Imej
Home sweet Home Renovation Phase 2 : 20180917 Progress. Layan.

SK Peta, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK)

Imej
SK Peta, Mersing : Kajian Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan (EKMLTK). 17 September. Seawal 6 pagi kami dah mula gerak ke Kahang yang terletak di Kluang sebagai lokasi berkumpul sebelum gerak masuk ke Peta. Selesai sarapan kami bergerak ke pejabat renjer dan berkonvoi masuk. Sampai di sekolah, kajian terus dilaksanakan oleh Puan Nasitah selepas taklimat ringkas daripada Guru Besar sekolah. Aku ambil peluang untuk meronda sekitar kawasan. Alhamdulillah. Selesai semua around jam 1 petang. Gerak keluar dan ambil late lunch di Kahang. Boleh tahan penat pergerakan yang sepenuhnya on bumpy road. Esoknya cabaran baharu pula menanti. Sekolah pulau!

Lopaq Chempel : 20180916 Geboozinisasi

Imej
Lopaq Chempel : 20180916 Geboozinisasi. Slow slow dah mula gerak ke arah Gebooz. Cuma tang part jerit sebelum lompat si Gebooz tu memang unik dan tokleh dicreate setakat ni. Lopaq masih gigit ganas. Stunt dari belakang aku siap cako. Tapi dah leh lepak kat tempat kegemaran dan gaya cam Gebooz la. Hehehe.

Get Well Soon Aiman

Imej
Get Well Soon Aiman. Hmmm. Tengah malam semalam si Aiman admit ke kecemasan. Masalah pernafasan. Terus kena tahan wad. Selesai tengok Iqa, kami singgah jap nengok Aiman ngan Ucu kat HSA. Dada dia masih berombak kuat. Kebetulan makanan sampai. Mama suapkan. Banyak jugak dia makan. Merintih jap masa misi masukkan ubat. Cian Aiman. Semoga cepat sembuh dan dapat balik ke rumah semula. Aiman ada kat Wad Bunga Raya 2, Tingkat 3; katil nombor 29 setakat ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20180921 Berkelah

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20180921 Berkelah. Wahhh. lama tul tak pakai ayat ni. Kami makan makanan yang mama dah masak dan tapau dari rumah kali ni. Sampai licin kot. Layan. Iqa siap buat sign untuk angah, Good Luck in UPSR 2018. Yang best main singkatan GL aje tuh. Bagi angah kat rumah, paham pulak tu. Haisshhh! Bahasa kebudaks la ni.

Bawang Team : Bang Dol Misai Kucen Ke Masjid Jua

Imej
Bawang Team : Bang Dol Misai Kucen Ke Masjid Jua. Kalau nak pergi ke masjid Ali Sengeh selalu berjalan sedikit memutar. Tujuannya, pertama, tentu sekali sunnah. Kedua, Ali Sengeh memang sengaja nak lalu depan rumah Bang Dol Misai Kucen. Bang Dol Misai Kucen adalah jiran Ali Sengeh yang terdekat. Bukan pasal riya', tapi berharap ada syiar. Agaknya kalau selalu melihat orang ke masjid, hati Bang Dol Misai Kucen mungkin akan tersentuh dan kemudian jadi mahu ke masjid juga. "Bang Dol, jom..!" jerit Ali Sengeh sambil melambaikan tangan ke arah Bang Dol Misai Kucen. Bang Dol Misai Kucen sedikit rimas. Berlengas pulak rasanya dengar suara Ali Sengeh. "Jom la kita ke masjid sama.." tambah Ali Sengeh mengajak sambil senyum. "Kalau kau nak ke masjid, tak payah la ngajak-ngajak. Nanti beritahu ustaz, kalau nak ceramah di masjid, pakai speaker dalam, jangan suka nyindir boleh tak..? nak solat atau tak, ikut suka orang la." jawab Bang Dol Misai Kucen. Al

Rutin Jemaat Syafinaz

Imej
Rutin Jemaat Syafinaz. Pepagi ngantor kelas tambahan kat sekolah dia. Antara yang last dah ni memandangkan minggu depan dah mula periksa. Singgah Petronas tapau sarap. Apa yang nak dicari takde la pulok. Layan aje ler oreo mini.

Penggantian Frasa "Saya Yang Menurut Perintah" dengan Frasa "Saya Yang Menjalankan Amanah" dalam urusan penyediaan surat Kerajaan

Imej
Penggantian Frasa "Saya Yang Menurut Perintah" dengan Frasa "Saya Yang Menjalankan Amanah" dalam urusan penyediaan surat Kerajaan berkuat kuasa 20 September 2018. Sepertimana yang kita sedia maklum, di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 : Panduan Pengurusan Pejabat, Bahagian VI, perenggan 6.4(g) telah menyatakan bahawa setiap surat hendaklah diakhiri dengan perkataan "Saya yang menurut perintah" di sudut sebelah kiri bawah surat sebelum tandatangan pegawai yang berkenaan. Sejajar dengan hasrat Kerajaan supaya setiap penjawat awam dapat menghayati bahawa setiap perintah, tugasan dan tanggungjawab merupakan satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, maka Kerajaan bersetuju supaya frasa "Saya yang menurut perintah" digantikan dengan frasa "Saya yang menjalankan amanah". Penggantian frasa ini hanya meminda perenggan 6.4(g), Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007. Arahan ini berkuat kuas