Catatan

Gebooz Gedikz : 20171212 New Habits

Imej
Gebooz Gedikz : 20171212 New Habits. Kalau tak melepek atas peti sejuk yang setinggi bangunan kondominium kucen setinggi 18 tingkat ni, sahih la dia datang minum air rendaman kaki tuan dia. Haisshhh. Apo la nak jadi ngan ko ni booz!

Home Sweet Home Renovation : 20171214 Progress with Team Kucen Kayo

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171214 Progress with Team Kucen Kayo. Hari ni bersepah deme ni bersidai depan rumah. Tengah dok study nak masuk hartanah pulak kot. Dah boring ngan perniagaan MLM juai kosmetik dan jus hebat melingkau gamaknya kan. Sampai ke petang lepak lepak, gado gado. Si Gebooz pun sibuk nak gaduh jugak backing si Kelabu Gatei weh.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Mengumpat dan Mencari Salah Orang

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jangan Mengumpat dan  Mencari Salah Orang عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ اتَّبَعَ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعُ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ Dari Abu Barzah Al Aslami ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya namun keimanannya belum masuk ke dalam hatinya, janganlah kalian mengumpat seorang muslim dan jangan pula mencari-cari kesalahannya. Sebab siapa saja yang mencari-cari kesalahan mereka, maka Allah akan mencari-cari kesalahannya. Maka siapa saja yang Allah telah mencari-cari kesalahannya, Allah tetap akan menampakkan kesalahannya meskipun ia ada di dalam rumahnya." (Sunan Abu Daud No: 4236) Status: Hadis Hasan Pengajaran: 1.  Or

Infografik : Aplikasi Mudah Alih Kementerian Pendidikan Malaysia

Imej
Infografik : Aplikasi Mudah Alih Kementerian Pendidikan Malaysia. Actually. Aku dah mula nak rangka infografik ni dari 6 Disember lagi. Lepas dapat makluman berkenaannya dalam mesyuarat JPICT lagi. Tapi pasal dok sibuk dengan tugasan lain dia jadi tertangguh. Lepas tu terus havoc jap pasal lesen Power BI dan Kursus Saintis Data yang tetiba masuk. 12 Disember tetiba bos minta aku bina dan upkan. OK. Pasal memang dalam perancangan dah pun. Baru mula nak cari info sekali lagi bos call. Takwim 2018 kena setel segera. Hahaha. Tu yang tetiba semalam satu hari tumpu pada Bengkel Takwim 2018 aje tu. Alhamdulillah petang tu ada belen masa around setengah jam. Mulanya memang aku rasa tak mampu nak teruskan. Pikir pikir better aku setelkan aje lah. Terus duduk dalam sejam setelkan. Info semua aku dah setelkan pagi tu sebelum mula bengkel takwim. Alhamdulillah. Selesai. Bagus juga ada aplikasi aplikasi ni. Memang patut disebarluas sebab sebahagiannya adalah kerja rutin guru. eKehadiran untuk

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Jauhi Prasangka Dan Mencari Aib Orang عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda: "Jauhilah prasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kalian saling mendiamkan, janganlah suka mencari-cari isu, saling mendengki, saling membelakangi, serta saling membenci, tetapi, jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara." (HR Bukhari No: 5604) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Orang beriman dilarang menaruh prasangka buruk kepada orang lain kerana ia akan mendorong kepada perbuatan menuduh tanpa bukti yang menjadi dosa besar. 2.  Ibnu Sirin berkata: “Jika sampai kepadamu berita yang tidak kamu sukai tentang saudaramu, maka carilah uzur untuknya.

Home Sweet Home Renovation : 20171212 Progress

Imej
Home Sweet Home Renovation : 20171212 Progress. Layan.

Bengkel Pengemaskinian Takwim 2018 menerusi Kalender 1GovUC

Imej
Bengkel Pengemaskinian Takwim 2018 menerusi Kalender 1GovUC. Alhamdulillah. Selesai program yang sangat adhoc ni. Terima kasih pada urusetia, editor dan semua contributor yang dapat memastikan takwim 2018 JPN Johor dapat diselesaikan dalam masa tak sampai 1 hari pun. Tahniah juga pada team pemantau dalam membantu merealisasikan penyusunan aktiviti dalam takwim menepati SKT dan KPI kita. Tak lupa juga pada semua team teknikal yang dapat membantu melicinkan urusan pengemaskinian pada hari ini. Tahniah pada semua yang terlibat. Kekeke. Tak dapek den nak teruskan kursus dengan abam iyenger hari ni. Dah jadi fasilitator terjun ni ha..

Gebooz Gedikz : Santai Peti Sejuk

Imej
Gebooz Gedikz : Santai Peti Sejuk. Alang alang lepak, biar tinggi. Bak kata pujangga, belajar kena tinggi tinggi. Tu yang gebooz pun sibuk nak lepak tinggi tinggi jugak. Mana tau jadi lagi pandai daripada sitam gangster tu. Kan. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kucen sapa nak tau. Pastu. Nampak aku rendam kaki, terus datang cam biasa; terus minum dengan muka selamba bongkak dia. Mana tau tuah air rendaman kaki kan. Hahaha

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan

Imej
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا  فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ Dari Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan

Coursera Business Analytics Courses : Course 2 is coming

Imej
Coursera Business Analytics Courses : Course 2 is coming. Ingatkan semalam dah selesai course tu kira selesai la. Sekali nengok pagi ni... jeng jeng jeng. Ada list 4 more courses. Alamak. Rupanya ada 5 courses untuk kursus aku ni. Terus daftar course kedua. Print out macam biasa. Perrghhh. Nak pecah kepala dengan course kedua ni. Week 1 punya bahan hampir sama banyak dengan course 1 punya bahan. Kena dengar bebetul dan pahamkan. Kena banyak cara guna excel dalam pengiraan. Course satu aku amik masa sehari aje. Course dua? Dua modul pun tak sempat habis dalam sehari. Banyak aplikasi kena praktik, kena banyak kira. Bawak balik pun. Siap basah kena hujan aje. Penat. Dan tak teruskan. Ish ish ish. Hope for the best today.