mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Sabtu, 29 Julai 2017

Back To Nature 2017 : 20170622 On the way to nature


Back To Nature 2017 : 20170622 On the way to nature. 22 Jun. 11.15 malam. Kami mula gerak pulang ke kampung. Perjalanan sangat smooth. 2.48 pagi singgah di R&R Rawang untuk isi semula tangki. Aku taknak amik risiko selepas mula masuk ke Perak. 3.33 pagi. Jem pertama bermula. Mana lagi kalau bukan di Slim River. Daripada 3 lane kepada 2 lane. Selepas tu lancar semula. Teruskan lagi. Kali ni di Gua Tempurung. Kawasan mendaki. Kami sahur dalam kereta aje. Singgah di R&R Simpang Pulai. Ngam ngam masuk waktu Subuh. Berenti untuk subuh di sini. Orang memang ramai. Meriah. Tiga kali aku gi surau. Kali ketiga baru nampak ada peluang untuk masuk. Selesai. Teruskan semula perjalanan. Lancar sampai ke Kuala Kangsar. Masuk ke jalan lama untuk meneruskan perjalanan ke Baling thru Grik. Sangat lancar. Sampai di Baling jam 9.38 pagi. Alhamdulillah. Mana aku tau masa ni semua in exact? Guna la dropbox. Semua fail yang ditarik masuk direname mengikut format tarikh dan masa. Hehehe. Gunakan teknologi sebaiknya.

A simple birthday celebration


A simple birthday celebration. 22 Jun. Kek birthday mama beli semalam kat AEON Bukit Indah semalamnya. Malam tu dah nak balik ke Baling. Aku tak dapat pulak nak tido seperti dirancang. Alhamdulillah. Lepas terawih dan witir, dapat jugak aku lelapkan mata. Dalam jam 10.45 malam, mama kejutkan. Mandi. Fresh. Terus buat simple potong birthday cake. Dah tiga untuk Jun; aku, inaz dan gebooz. Paling seronok si inaz malam ni. Setel ja around 11 malam. A right time untuk aku memulakan pemanduan aku pulang ke kampung.

Double Birthday : Inaz 11 tahun, Gebooz 1 tahun


Double Birthday : Inaz 11 tahun, Gebooz 1 tahun. 22 Jun. Syafinaz genap 11 tahun. Gebooz pulak 1 tahun. Sebab tak tahu bila Gebooz lahir, disamakan tarikh lahirnya dengan tuannya, Inaz. Lebih kurang la tu. Dia kan kucing pungut aje. Selamat hari jadi pada both.

Gelang Patah Bunga Api Raya Getaway


Gelang Patah Bunga Api Raya Getaway. 21 Jun. Malam esoknya dah nak gerak balik ke kampung. Malam tu kita belasah dulu main bunga api. Lama simpan hajat tu. Ici dah makin berani main bunga api. Kerjanya nak minta bunga api aje.

Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah


Yok Jenjalan : AEON Bukit Indah. 21 Jun. Layan mama jap. Nak meronda cari barang untuk raya katanya. Ni posting lama ye. Aku lepak aje ngan Ici nunggu mama.

Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai


Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Skudai. 24 Julai lepas sempat merayap ke Skudai dengan Mus dan Adi. Sibuk pulak nak ajak makan kat Azinur. Tapi memang marbeles la kan. Ayam goreng sama kuah kari kegemaran aku ler. Barisan. Cam biasa la. Cuma. Kalau nak bungkus, masuk la ke dalam untuk barisan orang makan kat situ. Barisan luar memang untuk orang yang tapau aje.

Sekolah Menengah Kebangsaan Medini : 20170722 Bengkel Matematik SPM 2017


Sekolah Menengah Kebangsaan Medini : 20170722 Bengkel Matematik SPM 2017. 22 Julai. Neman mama bawak anak murid dia. Ada karnival gitu kat sekolah. Sempat ronda-ronda sekeliling Medini. Wah. Lama tul aku tak ikut jalan dalam ni. Memacam dah naik dari Medini ke Kota Iskandar. Masa nak balik sempat jumpa Kak Su. Maini je tak jumpa. Kekeke. Yang bestnya. Sakit kaki + bengkak pun sibuk meronda lagi kan. Sib baik kaki kiri tu.

Sekolah Tun Fatimah : 20170721 Lawatan Hujung Minggu


Sekolah Tun Fatimah : 20170721 Lawatan Hujung Minggu. 21 Jun. Macam biasa. Melawat Iqa. Hmmm. Lepas ni tak payah beli maggi lagi dah. Dah diharamkan. Makan lunch bersama. Dalam kereta. Kekeke.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170721


Masjid Jamek Gelang Patah : 20170721. Dah makin jelas kelihatan rupa baharunya.

Perhimpunan Bulanan Bil.6/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor


Perhimpunan Bulanan Bil.6/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. 20 Jun. Lagi edisi lepas yang baru aku keluarkan. Hehehe. Diurusetiakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.