Catatan

Pemantauan Pemantapan DTP Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2017

Imej
Pemantauan Pemantapan DTP Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2017. Bermula 5 sampai 8 Jun kami diaudit. Memang best. Bagi aku la. Ni la masanya nak tengok pelaksanaan kerja buat aku ni bagus ke idak, mana yang nak kena tambahbaik dan so on. Pagi 5 Jun tu lagi aku dah spoil. Pasal Khamis lepas aku hantar kereta servis, Ahad aku turun padang bantu iqa; pagi tu aku dah tinggal kasut aku. Dah dua kali aku tawaf jalan yang sama. Apa yang best? Aku dah sampai opis kot. Adesss. Takpe. Cabaran pertama tu. Jam 9 pagi masuk ke bilik mesyuarat untuk pembukaan. Kami kena audit pada 7 Jun jam 2 petang kalau ikut jadual. Turun. Godak emel jap. Sekali en Firdaus call. Boleh naik ke atas untuk audit? Boleh aje. Terus maklum pada semua untuk bawak naik semua yang berkaitan. Pagi ni kena audit PK15 dengan dr. Rahim. Memang terbaeekkk!!!! Alang-alang. Dr. Minta audit semua sekali boleh? Sekali dia setuju. So. Semua sekali yang berkaitan diaudit pagi tu. Sampai ke petang terlajaknya. Dah setel semua. Dr.

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 - Alif

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 - Alif. Majlis dah dibuat sebelum puasa yang lepas. Hari ni kita talk talk dan serah sijil penghargaan buat Alif. Tahniah dan terima kasih sepanjang sesi di SPMICT. Sempat buat agihan potret YDPA lagi tu. Hehehe.

Sesi Pembentangan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 - Shima

Imej
Sesi Pembentangan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2017 - Shima. Hari ni aku buat sesi pembentangan untuk Shima. Nak tengok camne progress dia sepanjang berada di SPMICT. Setakat ni first pelajar praktikal pengurusan data. Aku bagi data simple aje. Data pengurusan log di JPN. Dia buat analisa dan projection kaedah yang digunapakai dan beri cadangan penambahbaikan. Tahniah. Ada beberapa perkara yang aku minta diperhalusi. Minggu depan dah minggu last dia. Dan. Of coz. Minggu sibuk aku. Ehem. Bila masa minggu aku yang tak sibuk? Kekeke.

SPMICT : Sesi fotografi raya 2017

Imej
SPMICT : Sesi fotografi raya 2017. Pagi tadi sempat kami selesaikan sesi photoshoot sektor. Untuk raya gitu. Pening jugak nak cari lokasi. At last kami pilih Geleria. Shoot semua perempuan, lepas tu semua lelaki, semua staf dan akhir sekali dengan pelajar praktikal sekali. Minggu depan dua orang praktikal dah takde. Dah selesai dengan jayanya. Apapun. Dah selesai sesi photoshoot. Kurang sorang aje lagi ni. Masih tiada pengisian. Tahniah pada semua yang ceria-ceria selalu. Memang the bestlah. Terbaeekkk!!!!

Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor : Ceramah Ramadan - Mukjizat Dalam Almari

Imej
Program Membudayakan Al-Quran JPN Johor : Ceramah Ramadan - Mukjizat Dalam Almari. Ceramah pagi ni disampaikan olehustaz Zaieme dari SPI. Best.

Pra Audit MS ISO SPMICT 2017

Imej
Pra Audit MS ISO SPMICT 2017. 30 Mei tibalah masanya untuk sesi pra audit SPMICT. Agak lewat sebab dah takde tarikh yang betul-betul free bagi kami. Auditor adalah cik Musleha dari SPA dan encik Faidsal dari SJQ. Terima kasih atas seliaan. Alhamdulillah.

PROGRAM TADARUS AL-QURAN KAKITANGAN JPNJ RAMADAN 2017 : Minggu 1

Imej
PROGRAM TADARUS AL-QURAN KAKITANGAN JPNJ RAMADAN 2017 : Minggu 1. Alhamdulillah. Selesai minggu 1. Program ni dijalankan setiap hari kecuali Khamis bermula 28 Mei bermula jam 7.45 hingga 8.15 pagi. SPMICT diletakkan satu kumpulan dengan pejabat pengarah dan timbalan. Jadi. Tempat yang paling sesuai of coz la Bilik Mesyuarat Selasih. Pembimbing kami ustaz Mohd Hanafi.

Yok Jenjalan : Southern Launderette

Imej
Yok Jenjalan : Southern Launderette. Bila masa pun terhad. Memang ni ler tempatnya untuk setelkan pakaian iqa, terutama bila cuaca tak menentu. Bila balik je terus setelkan kat mesin basuh. Sekali hujan la pulak. Terus datang sini pun untuk proses pengeringan. Setel. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Yok Jenjalan : Larkin Sentral

Imej
Yok Jenjalan : Larkin Sentral. 12 Mei hari tu gi amik iqa untuk majlis konvo dia. Punya lama nunggu sampai dah sampai Zohor. Singgah Larkin Sentral. Senang. Aku gi masjid. Mama and the kebudaks gi jenjalan cari barang. Selesai. Banyak pembaharuan dah dibuat kat sini. Sempat singgah Tapak Pameran kat Angsana. Ronda-ronda sekali lalu.

Yok Servis Kereta : TCEAS Skudai

Imej
Yok Servis Kereta : TCEAS Skudai. Bulan Mei ni bulan servis dedua kereta aku. Dedua buat kat sini. Hari cam biasa la. Khamis. Slot akhir. Senang. Balik kerja. Terus singgah dan lepak sini. Livina dapat buat sebelum puasa. Sempat la makan dan minum sambil nunggu kereta. Almera dalam bulan puasa. Dah masuk Jun gitu. Lepak layan henpon dan TV aje ler.