mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Jumaat, 14 April 2017

Pembentangan Rekacipta Hari Guru Kebangsaan 2017 JPN Johor


Pembentangan Rekacipta Hari Guru Kebangsaan 2017 JPN Johor. Ahad lepas aku kena bentang pasal the whole rekacipta dalam MPT. Semua dah setel. Tinggal nak cetak dan edar aje lagi. Seminggu berasap. Kalau kira sampai la ni, dah dua minggu kerja gi balik gi balik dok bincang pasal design dan semakan pengisian. Boleh tahan jugak la rutin aku dua minggu ni. Tu lum cerita pasal Konvensyen PAK21 lagi tu. Hehehe.

Rabu, 12 April 2017

Minggu yang penuh dengan grafik


Minggu yang penuh dengan grafik. Pergghhh... Amik angin jap lunch hari ni. Sibuk bebeno minggu ni. Dengan hari gurunya. Dengan Konvensyen PAK21nya. Dedua aku terlibat pulak tu. Dah tepu dah kot kepala. Asyik merayau aje. Jap SPS. Jap SPA. Cuma. Yang aku suka. Aku ada full independent untuk konvensyen. Walau dah ada konsep asas. Aku bebas nak garap cara promosi thru media sosial. So. Ni ler masanya. Komitmen yang aku terima jugak sangat baik. Memang mudah. Order je. Aku dapat. Wahlaoweiii... Bak kata P Ramlee. Raya hindu gini. Kekeke. Main sebut je. Dapat la aku model model gitu. Layann,,, Seronok la hati wat kerja camni. Idea free flowing. Memang penuh media sosial jabatan minggu ni. Aku taruk aje. Biar sampai tersemat kat kepala memasing nanti pasal Konvensyen ni. Tak lama dah. Hujung minggu ni aje. Yok! Apa yang korang tengok ni just sekadar untuk sehingga ke hari ni aje ye. Esok lusa belum masuk lagi tu. Kui kui kui. Ni nak tengok hari guru pulak ni.

ps : rasa clear sikit kepala lepas menulis ni. hehehe. Memang ni kot cara aku clear minda, selain daripada drive sensorang berpeleseran sepanjang highway pesisir pantai. Tapi yang ni memang lagi win. Bawak macam takde pape je around 60kmh. Sepanjang jalan memacam idea masuk weh.

Sabtu, 8 April 2017

Sekolah Tun Fatimah : 20170408 Outing @ Angsana


Sekolah Tun Fatimah : 20170408 Outing @ Angsana. Wooo... Hari ni a bit ramai kat sini. Ada program immersion. Security pun dah bertambah improve. A bit tight. Good improvement. Keluar masuk memang diselia dengan lebih baik. So. Selesai semua urusan terus gerak ke Angsana. A bit of book hunting @ Badan. A bit makan makan @ Pizza Hut. A bit food hunting @ UO. And lastly a bit of window shopping kat aras atas. Selesai. Yok pulang.

Gebooz Gedikz : Edisi Resakse Gorgon


Gebooz Gedikz : Edisi Resakse Gorgon. Dah gedabak body dia. Macam resakse dah ha. Lama lama nengok baru aku perasan. Dia ada ciri-ciri kucen kesayangan mama si Ang Ang, dari segi warna, corak dan kaki pendek tu; dan kucen aku pulak Mek Man dari segi bentuk badan dan ekor terpeleot tu. Kekeke. Layan aje la si resakse gorgon ni.

HGK2017 : Seharian Meronda


HGK2017 : Seharian Meronda. Ni kisah Selasa lepas. Memang seharian aku meronda dengan Adi. Riki tempat untuk pemasangan banner dan gegantung. Dari EC, Dataran Bandaraya sehinggalah ke pencetak dan diakhiri dengan perbincangan bersama urusetia KPM. Lama dah aku tak buat kerja gini. 5 tahun ada tu. Bila balik aje. Bukan setakat sengal lagi dah. Pening kepala. Selsema. Terus cari Panadol Soluble. Belasah aje. Terus tertido. Kui kui kui.

ps : Baru nak setelkan post ni pun si Mus kacau. Siap bagi ayat lagi. Ni haa.. aku boldkan 'pepagi hari dah kena kacau..tba2 'task' still not complete lg...' Ni kes Konvensyen la pulak. Dah nak cetak buku ada lagi problem. Apa nak buek kan. Layankan aje ler.

Jenjalan Cari Makan : Anjung Selatan


Jenjalan Cari Makan : Anjung Selatan. Area Jakel. Speciality adalah Ikan Patin. Makanan Temerloh nih. Kami makan pun lepas JDT kena kitai ngan Pahang malam sebelumnya. Kui kui kui. Ayat noti eh. Aku. Mana la makan ikan lagi dah. Tapi si mus kata OK ler. Ada patin sangkar, patin buah. Berbeza harga ikut spec yang dipilih. Aku makan ayam goreng aje ler. Cam biasa. So. Tak reti nak komen pasal makanan spesel kat sini. Untuk aku. Memang OK la.

Yok Jenjalan : New Vacuum at Tesco Bukit Indah


Yok Jenjalan : New Vacuum at Tesco Bukit Indah. Ingat hari tu yang aku cerita pasal beli vacuum baharu. Ni baru letak gambo dia. Tu pun aku tak letak pun gambo vacuum nye. Kekeke. Balik dari STF. Singgah Tesco. Beli vacuum, kipas dan telefon baharu. Iya. Telefon pun aku beli. Sesambil layan ici yang asyik mengaruk aje.

Jumaat, 7 April 2017

Yok Jenjalan : GP Prima


Yok Jenjalan : GP Prima. Meronda sat malam ni. Ada orang dak dok tagih janji pizza dia. Singgah sat Nusantara untuk tapau. Pastu. Baru merayap ke GP Prima. Isi minyak aje kat Petron. Tengok bangunan GP Mall yang dah hampir siap kat sebelahnya. Dah siap dan berpenghuni nanti, for sure sesaklah tempat ni. La ni pun dah boleh tahan. Semua pakat lalu sini nak elak jem kat Skudai.

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170407 Khutbah Jumaat


Masjid Jamek Gelang Patah : 20170407 Khutbah Jumaat. Hari ni khutbah bertajuk : Keagongan Bulan haram boleh dimuaturun menerusi url seperti berikut : http://jainj.johor.gov.my/khutbah/2017/April/KeagonganBulanHaram.pdf

KUALA LUMPUR 2017 : Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9


KUALA LUMPUR 2017 : Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah jenama Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9. Sukan SEA akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos 2017 sementara Sukan Para ASEAN pula akan diadakan dari 17 hingga 23 September 2017.

Tema Kuala Lumpur 2017 kali ini ialah 'Bangkit Bersama' yang melambangkan ketibaan era di mana negara-negara Asia Tenggara perlu bersatu sebagai sebuah komuniti. Rantau ini telah sekian lama menempa nama di persada antarabangsa dan kini sekali lagi mencipta sejarah untuk bersama-sama bersatu dan berganding bahu dalam mencapai keamanan, kemajuan dan kemakmuran. Kuala Lumpur 2017 akan menjadi satu detik yang penting kerana ia merupakan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN yang pertama diadakan selepas penubuhan Komuniti ASEAN pada 2015. Ia akan menjadi bukti bahawa sukan bukan sahaja akan memainkan peranan penting untuk menyatupadukan seluruh komuniti di Asia Tenggara dalam meraikan kecemerlangan dan meningkatkan semangat juang kesukanan kita, malah ia juga dapat meningkatkan dan memberi inspirasi kepada seluruh warga rantau ini.

Logo pula dicipta berasaskan Wau Bulan, lambang kebanggaan Malaysia. Wau Bulan adalah sejenis layang-layang berbentuk bulan sabit yang terkenal di Pantai Timur negara ini. Keunikan rekabentuk dan kehalusan ukiran hiasannya, serta keindahan gemalainya melayang di angkasa melambangkan kuasa terunggul sebagai juara. Jalur warna-warni pula mewakili panji-panji semua negara peserta Asia Tenggara untuk membentuk identiti Kuala Lumpur 2017.

Sebagai lambang semangat sukan yang membara, kita memerlukan maskot yang hebat dan menarik. Maskot yang terpilih untuk Kuala Lumpur 2017 ialah spesis Harimau Malaya yang terkenal dengan sifat gagah perkasa, peramah, berdaya saing, sekaligus melambangkan jiwa atlet sebenar. Namanya adalah Rimau.

RIMAU ialah singkatan kepada HORMAT (RESPECT), BERWIBAWA (INTEGRITY), TANGKAS (MOVE), BERSIKAP POSITIF (ATTITUDE) DAN BERSATU (UNITY).

Layari http://kualalumpur2017.com.my untuk mengetahui dengan lebih lanjut! Ayuh! Bangkit Bersama!

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,