mknace unlimited™|The Colours of Life

Welcome to a small world around me and a simple life of mine in full colours. Together we share the beauty of the world. Sharing since '04 on fotopages, blogger on '07.

mknace unlimited™|The Colours of Life

With warmest regards and wishes joy for all.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Kufic square art practitioner.

mknace unlimited™|The Colours of Life

Some of the figurines as the hobbies of collecting them.

mknace unlimited™|The Colours of Life

All of us | the colours of life.

Jumaat, 17 Mac 2017

EKSPRESI NEGARAKU


EKSPRESI NEGARAKU. JOM HADIR BERAMAI-RAMAI DAN EKSPRESIKAN SEMANGAT #NEGARAKU ANDA! Konsert persembahan oleh artis tempatan, pameran agensi Kerajaan, sukan rakyat NEGARAKU, komuniti digitaL NEGARAKU, food truck dan pelbagai aktiviti untuk semua! Aku??!? Tolong promote aje. Ingat dekat JB - Putrajaya!

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERMOHONAN UNTUK PPA1M – TAMAN ANGKASA NURI, MELAKA DAN ONE FORESTA, BAYAN LEPAS PULAU PINANG


PERMOHONAN UNTUK PPA1M – TAMAN ANGKASA NURI, MELAKA DAN ONE FORESTA, BAYAN LEPAS PULAU PINANG. Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) mempelawa para penjawat awam untuk memohon projek PPA1M seperti berikut :

Taman Angkasa Nuri, Melaka - Permohonan bermula 8 Mac 2017 hingga 14 April 2017.
One Foresta, Bayan Lepas Pulau Pinang - Permohonan bermula 6 Mac 2017 hingga 15 April 2017.

Permohonan boleh dibuat melalui online di portal rasmi PPA1M,  https://www.ppa1m.gov.my/
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini bolehlah diajukan kepada:

          Unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia
          Aras 4, Blok Podium, Menara Usahawan
          No 18, Persiaran Perdana, Presint 2
          Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
          62652 Putrajaya

          Telefon      : 03-88805118
          Faks          : 03-88805119
          Email        : ppa1m@jpm.gov.my
          Website     : www.ppa1m.gov.my
          FB             : www.facebook.com/ppa1m.jpm

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

PERTANDINGAN DALAM TALIAN "SHOP, SNAP & WIN" MISS SHOPHIA


PERTANDINGAN DALAM TALIAN "SHOP, SNAP & WIN" MISS SHOPHIA. Alang alang layan cuti. Pakata try join sekali pertandingan ni kan. Tourism Malaysia melalui Sekretariat Shopping Malaysia sedang menganjurkan Pertandingan dalam talian “Shop, Snap & Win” Miss SHOPhia yang berlangsung sehingga 31 Mac 2017.

Pertandingan dalam talian “SHOP, SNAP & WIN!” ini menawarkan percutian menarik dan hadiah-hadiah yang lumayan tajaan Suria KLCC, Starhill Gallery, Pavilion KL, Fahrenheit88, IOI City Mall Putrajaya dan IBC Tours Sdn Bhd. Untuk menyertainya, setiap peserta dikehendaki untuk:-

  • Berbelanja di pusat beli-belah kegemaran atau membeli barangan berjenama yang diminati.
  • Ambil gambar anda seorang ataupun bersama keluarga dan teman-teman berserta dengan barangan yang dibeli di hadapan tempat anda berbelanja.
  • Lengkapkan kapsyen gambar “Saya suka membeli-belah di Malaysia kerana…” (tidak lebih daripada 20 patah perkataan).
  • Muat naik gambar tersebut berserta kapsyen yang lengkap ke Facebook Miss SHOPhia dan tag #MalaysiaSuperSale2017, #MissShophia dan lokasi pusat beli-belah tersebut.
  • Gambar dengan jumlah “Like” terbanyak dan kapsyen yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang ditawarkan.

Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh layari laman berikut :-

Laman Web  : www.missshophia.com
Facebook      : www.facebook.com/missshophia
Instagram      : @miss_shophia  

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Lepak lepak ngapdet Switch


Lepak lepak ngapdet Switch. Selagi tak setel. Selagi tak jadi macam fungsi asal dia masa guna win8. Selagi tu ler aku akan godak. Kui kui kui. Ni semua gara gara eager nak casting direct ke skrin monitor ni. Layan aje ler.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Masjid Jamek Gelang Patah : 20170317 progress


Masjid Jamek Gelang Patah : 20170317 progress. Hari ni a bit lewat sampai. Kereta dah bersusun. Dah terpaksa parking tempat lama. Dan terpaksa juga masuk ikut tepi. Thru construction. Sesambil. Of coz la snapping moment. Kekeke. Khutbah hari ni, "Kasih Kepada Orang Tua" boleh dimuat turun melalui url berikut : http://jainj.johor.gov.my/khutbah/2017/mac/KasihKepadaOrangTua.pdf

Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017


Mesyuarat Maklumat Asas Pendidikan (MAP) Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.1/2017. Dah lama bersawang dalam Dropbox aku. Hari ni baru dapat dikeluarkan. Ni last sesi pixel besar Galaxy Camera aku rasanya. Hehehe. Mesyuarat dijalankan 22 sampai 24 Februari yang lepas. Kira macam precouncil yang dilaksanakan diperingkat negeri la ni. Sebelum semua isu negeri diangkat ke JPMK. Tahun ni semua ikut timeline sepertimana yang ditetapkan. Tu pasal aku gerak JPMN minggu 2 seperti mana yang ditetapkan. Tu pun lari sikit ke minggu 3 sebab minggu 1 tu raya cina. Kali ni aku bawak Mustakim bersama. Timba pengalaman. Mana tau nanti kena gi wakil aku ke. Tak la teraba-raba. Kekeke.

Pagi 22 tu sempat sarapan di Pagoh. Blank tak tau nak makan apa. Jarang aku outstation sejak aku mula kawal makan ni. Belasah aje le apa yang ada. Sampai aje. Jumpa dulu semua pegwai EPRD yang ada. Kenalkan si Mustakim. Senang dia nak liase dengan diaorang nanti. TQ Adhi kerana belanja makan lunch itu hari. Layan aje. Petangnya meeting bermula. Lama jugak tak jumpa geng geng ni. Selesai. Balik hotel. Kebetulan sama hotel dengan en Rashid. Sakan la meronda. Petangnya makan di Alamanda. Dan sekali lagi aku ambil masa yang lama untuk memilih makanan. Last last. Burger ajeler. Malamnya. Nengok ajeler kek birthday mama dari ucu. Hari tu adalah harijadi mama. Cian mama. Huhuhu.

Meeting berjalan lancar kali ni. Dan aku suka. Lama dah tak hadapi mesyuarat data sebenar macam ni. Dah dekat tiga tahun asyik dok layan isu sistem tak bergabung, sistem problem. Kali ni. Total verifikasi. Syiok wooo nengok semula ralat terpapar depan muka sambil kena soal kenapa gitu. Hahaha. Of coz la Johor pantang naik nama. Mesti kena punya. Dah la susah nak jumpa. Sekali jumpa, teruk kena. Walhal banyak lagi negeri lain yang lebih banyak pada Johor. Tu yang aku rasa seronok tu. Lama tak alami perasaan gini weh. Tak sabar nak jumpa lagi dalam mesyuarat MAP bil.2. Dan of coz. Banyak aku kena buat bagi memastikan kecemerlangan data Johor sentiasa berada pada tahap yang terbaik, terkini, sahih dan tepat. Data kita, wajah kita, maruah kita!

SPM 2016 result : Analisa & Ranking MRSM


SPM 2016 result : Analisa & Ranking MRSM. Tak sah la kalau aku tak buat ranking MRSM ni kan. Nampaknya agak jatuh berbanding tahun lepas. Tapi. Tun Ghafar Baba mengungguli carta kebangsaan. Nombor 1 untuk keseluruhan sekolah di Malaysia. Beseri. Tempat aku dulu nampaknya ada sedikit peningkatan. Tapi. Masih jauh nampaknya. Batch aku dulu top 5 kot. Mama punya Muar pun nampaknya masih terumbang ambing. Apapun. Anda dah lakukan yang terbaik. Good job! Lupa pulak nak cop sekali : Foto daripada FB MRSM Tun Ghafar Baba.

SPM 2016 Result : Analisa & Ranking SBP


SPM 2016 Result : Analisa & Ranking SBP. Jom kita layan... Iqa dok cerita pasal ni jugak masa balik semalam. A bit jatuh ranking. Aku kata biasa la tu. Semua nak ke high ranking. Lagi kita kat atas. Lagi banyak usaha kena buat. Duduk kat atas lagi pressure sebab bukan senang nak kekalkan kedudukan. Semua akan bersaing untuk tempat teratas. OK lah tu. Apapun, tahniah diucapkan pada semua. Terbaeekkkk!!!! Yang aku tandakan semuanya sekolah yang ada kaitan dengan kami. STF. Sekolah Iqa. Tu yang iqa kata tak puas hati. Turun ranking. KUSESS sekolah lama aku berkhidmat. Naik. Boleh tahan. Tuanku Jaafar sekolah mama berkhidmat dulu. Ada peningkatan. Saja aku tak letakkan GPN lepas. Biarlah rahsia.

Sekolah Tun Fatimah : 20170316 Selamat Bercuti


Sekolah Tun Fatimah : 20170316 Selamat Bercuti. Jap ja dah jam 3 petang. Hampir terlupa aku nak gi ambik Iqa kat STF. Sibuk ngan design keliling pinggang. Dulu ingat lagi borak kosong ngan Ustaz Azman. Baik ko buat ja design untuk JPN. Kan ke itu ko punya soul. Betulla. Bila aku amik semula. Rasa macam seronok sikit. TQ ustaz. Kemas barang. Terus gerak ke STF. Cam biasa. Orang dah tak ramai. Biasanya waktu puncak of coz la jam 1 kan. Buat apa aku nak amik Iqa awal. Pastu. Boring pulak nanti lepak kat opis aku kan. Baik dia lepak kat asrama. Jalin silaturrahim dengan murid yang balik lebih lewat.

Sampai aje aku lepak kat meja depan kaunter. Layan analisa SPM sementara nunggu Iqa. Nampak Afiqah bertugas kat kaunter. Senyum je dia ngan aku. Anis kebetulan lalu. Iqa tengah ngemas cik. OK. Anis ngan Afiqah balik malam nanti ngan bas. Anis ke Kelantan. Afiqah ke Perak. Selamat bercuti pada semua. Manfaatkan masa terluang dengan aktiviti berfaedah. Aku pun tengah dok rancang nak bawa kebudaks ni ke tempat yang ada something. Zoo Johor. Muzium Johor. Selasa ni pastinya mama nak ke Pasar Selasa Pekan Nenas. Aku amik cuti singkat aje. 2 hari. Berbelah bahagi lagi tentang hari sebab hujung minggu ada Konvensyen PAK21. Nasib baik Musleha inform tunda. So. Terus tetap aje cuti selasa rabu. Khamis cuti khas Keputeraan Sultan Johor. Tapi masih blank sebab dalam kepala aku dah setting untuk short holiday aje.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Khamis, 16 Mac 2017

Perbincangan Muafakat 1Bestarinet Fasa 2 SPMICT - BTPN Johor


Perbincangan Muafakat 1Bestarinet Fasa 2 SPMICT - BTPN Johor. Saja taruk nama biar gempak sikit. Asyik nak taskforce aje pun boring jugak lama-lama kan. So. Petang tadi sempat bersama dalam sesi perbincangan muafakat ni bersama dengan pegawai BTPN Johor. Teliti semula segala permasalahan yang berlaku di peringkat sekolah. Susun semula SOP, strategi dalam memastikan kelangsungan gerak kerja kami bersama bagi memudahkan pengurusan di setiap peringkat. Semoga kerjasama yang erat dan seiring ini akan dapat meningkatkan lagi mutu pengurusan dan penggunaan ICT di Johor khususnya.