Catatan

Sri Al Azhar Education Centre 5th Haflah & Students Performance 2016

Imej
Sri Al Azhar Education Centre 5th Haflah & Students Performance 2016. Buat kat dewan azalea, kat sekolah spastik sana nu. Sampai ja terus parking kat depan dewan. Masuk. Terus cikgu dia amik dia ke tempat berkumpul. Kami masuk ke dalam. Sempat la posing posing jap. Sekali cikgu dia sampai. Cik nanti makan ngan vip ye. Ehh.. Alamak. Tolak menolak dan akhirnya mama kena gi. Kekeke. Hebat permainan dia. Majlis berlangsung dengan jayanya. Gambo ntah berkeping keping aku tapau. Layan lah ye. Video penuh nanti aku masukkan. Layan dulu gambo ngan captionnyer sekali.

Ziqri haircut session @Ravi

Imej
Ziqri haircut session @Ravi. Lepas jemaat terus bawak iqi ke Ravi. Pagi tadi cikgu dia dah pesan untuk potong rambut kemas kemas untuk program hari Sabtu. Layanzzz...

Masjid Jamek Gelang Patah 20161125

Imej
Masjid Jamek Gelang Patah 20161125. Progress terkini masjid jamek gelang patah. Laluan masuk tinggal satu ja sebab kerja kerja penambahbaikan sedang giat dilaksanakan.

Ronda ronda Anjung Neighbourhood Centre

Imej
Ronda ronda Anjung Neighbourhood Centre. Jenjalan jap belanja bulan. Lanskap depan pun dah makin nampak ketara dah la ni. Leh tahan berlanskap lanskap pas ni. Caya lah. Tapi... sapa yang nak lepak sini yerk?

STF : Selesainya sesi persekolahan 2016

Imej
STF : Selesainya sesi persekolahan 2016. Seperti dijanjikan jam 3.45 tepat aku sampai ke STF. Si Iqa dah nunggu kat wakaf ngan member member dia. Terloncat loncat nampak aku dah sampai. Biasala. Perangi kebudaks tu masih menebal kan. Sampai. Tanya. Dah setel semua. Dah katanya. Tinggal nak amik barang bawak balik jer lagi. So. Terus gerak ke blok akademik dulu. Nak amik buku. Sekotak beso buku. Nak tau beso mana kotaknya. Kotak Koko Crunch 10 x 500g. Masak nak ngangkat. Sekali terpandang jap kedudukan markah kebudks form 1 ni. Snap jap. Iqa dapat nombor dua keseluruhan. Status. Satu form 1 gagal. Kekeke. Memula dulu risau jugak ngan status gagl ni. Lepas dah jumpa cikgu dia baru tau. Kalau Math atau Sains dapat B, automatik gagal. Pergghhh!!! Tapi takpe. Satu galakan membina untuk kebudaks ni. Balik. Lepas aje jumpa semua, terus dicapainya flag yang dia bawak balik bersama. Aiyooo... Terus training. Tapi memang nampak lebih yakin dan mantap. Nenek siap puji. Dah lama nenek tak tengo

Majlis Clock-Out Hj Mohd Sam Kadeemon

Imej
Majlis Clock-Out Hj Mohd Sam Kadeemon. Tiba masa untuk Haji Sam meninggalkan SPMICT. Katanya pasni nak usahakan kebun peninggalan orang tuanya. Apapun. Terima kasih Haji Sam atas semua urusan yang telah dilaksanakan dengan jayanya. Selamat bersara. Jangan lupa Ahad ni.

Majlis Perhimpunan Bulanan bil.11/2016 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Majlis Perhimpunan Bulanan bil.11/2016 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Majlis berlangsung pada 24 November semalam. Satu ja yang best. Tetiba masa potong kek ada perempuan menjerit. Hebat permainan deme ni. Tapi aku dah leh agak dari awal lagi. Hehehe. Sib. Good job la dalam penyampaian mesej perhimpunan. Terbaeekkk!!!!

Hari Terbuka Sekolah Agama Taman Nusa Perintis 2016

Imej
Hari Terbuka Sekolah Agama Taman Nusa Perintis 2016. Program ni Ahad lepas. Biasanya aku yang gi. Tapi tahun ni rasanya macam satu dua jer kot program sekolah agama yang aku dapat gi. Ahad tu pun bermulanya audit EPRD. So. Mama la yang kena gi. Alhamdulillah. Adik Inaz dapat nombor 7. Sama macam sekolah kebangsaan. Pun dapat nombor 7. Banyak peningkatan adik inaz sejak dia berada kat tahap 2 ni. Alhamdulillah. Tu yang bila dia minta beg kucing. Aku bagi je sebagai hadiah.

Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 19

Imej
Playtime @ Taman Permainan Nusantara Sentral on 19. Lepak lepak enjoy lagi kat Taman Permainan Nusantara Sentral. Kali ni banyak main gelongsor. Cam biasa dah abis semua permainan dibabainya.

Selamat Bercuti Akhir Tahun bagi tahun persekolahan 2016

Imej
Selamat Bercuti Akhir Tahun bagi tahun persekolahan 2016 pada semua warga pendidikan. Patutnya aku tulis ni pun semalam. Tapi sebab penat sangat. Full swing betul semalam. Dari pagi sampai ke malam gerak sana sini. Malam. Kena la tibai ubat kesayangan ambe tu. Baru release sikit kaki. Memang kaki aku ni manja tul. Tokleh renyah sikit memang la mula nak sakit. Apapun. Manfaatkan masa dengan sebaiknya. Bagi yang bakal bergerak pulang ke kampung. Hati hati dalam perjalanan anda semua. Selamat bercuti. Cuti bagi sekolah KUMPULAN A : Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula dari  25 November sehinggalah 31 Disember 2016 . Manakala bagi sekolah KUMPULAN B : Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya bermula 26 November sehinggalah 1 Januari 2017 . ps : sori. gambo recycle ye... kekeke...