Catatan

Lawatan STF 20161014 : Superhero Band Nite attire hunting Part 1

Imej
Lawatan STF 20161014 : Superhero Band Nite attire hunting Part 1. Masak wehhh.. Nak cari baju superhero la pulak untuk Band Nite si Iqa. Melilau satu Angsana cari. Kekeke. First time masuk semula STF ngam ngam sebelum gate tutup. Hasil? Yillek. Esok sambung lagi. Huhuhu.

Lawatan STF 20161014 : Picking the girl

Imej
Lawatan STF 20161014 : Picking the girl. Setel kat hotel terus mula gerak pulang. Aku pilih jalan depan dataran bandaraya. Sampai kat gerbang mahkota hanphone bunyi. Iqa call. Katanya nak outing, basuh baju dan banyak lagi. Apa lagi. Teruskan perjalanan. Cilok kat depan Asrama Pusat. Terus nunggu dia kat depan pejabat warden. Kekeke. Aku lagi cepat. Rezeki Tuhan kata aku. Kalau tak tunggu petang lepas Jemaat la kan. Sesambil tu dia dok bercerita memacam dan terus aku bawak balik aje ler. Nanti cerita panjang apa yang dia nak. Ps : Lupa. Pasal punya la lama aku nunggu abis si mengkarung ngendap cengkerik aku usya. Dari dia ngendap sampai dia dapat tangkap dan makan tuh.

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 3

Imej
Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 3. Last day kat sini. Hari ni ada dua slot. Yang pertama bersama en. Muhaymin dari BPPA. Belajar lebih lanjut berkaitan penilaian dan pandaftaran aset menerusi MySPATA. Sesi kedua bersama Hj Hamdan semula. Tapi malangnya EMIS teruk pagi ni. Terus En Adhi buat sesi semakan ralat. Hehehe. Apapun tahniah pada semua. Lepas ni get ready untuk taklimat di daerah masing masing dan on the projek. All the best dan semoga selamat tiba ke destinasi masing masing dengan selamat.

Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 2016 KISSGP : The last class

Imej
Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 2016 KISSGP : The last class. Dah sampai ke penghujung untuk siri ini. Pagi ni mama attend kelas terakhir untuk siri KISSGP ni. Aku neman sarap kejap sebelum kelas mula. All the best to all! Pagi ni dua kereta la sebab aku pun nak ke bengkel verifikasi di Hotel Selesa.

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 2

Imej
Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 2. Hari kedua mencabar sikit. Tak lupa. Memang nengok dulu mode kamera. Terus setting manual dan snap snap snap. Hehehe. Dimulakan dengan taklimat ringkas daripada Hj Hamdan dari EPRD berkenaan modul infrastruktur. Seterusnya En Shamsudin lead semula berkenaan 5 situasi penilaian baharu. Perghhh.. Boleh tahan jugak ye. Sebelah petangnya sesi amali dijalankan di Sekolah Sultan Ismail. TQVM Hj. Sulaiman dan semua warga kerja SSI atas kerjasama yang diberikan sepanjang kami berada kat situ. Ingatkan nak ronda blok makmal aje. At last satu sekolah kami ronda. Aiyooo.. Panas kaki aku. Kat lokasi last aku lepak aje kat tangga batu. Pastu terus jadi lokasi posing posing geng johor. Kekeke. Camtu pun boleh ehhh.. Memandangkan semua dah keletihan, memang leh nampak riak wajah memasing. Lum cerita baju pakat basah ngan peluh. Hehehe. Sesi malam difreekan. Dapatlah pakat berehat. Tu pun ada jugak negeri yang

Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 1

Imej
Bengkel Verifikasi Data Rasmi KPM 2016 Zon Selatan Modul Pengurusan Sekolah : Day 1. Setel sesi KIK terus gerak ke Hotel Selesa. Memandangkan sesi sebenar bermula malam, jadi aku gunakan semua sumber yang ada untuk sesi bengkel fokus Modul Pengurusan Sekolah Negeri Johor dulu bermula jam 2 petang. Selesai part Johor. Dapat nengok fokus kutipan Oktober ni. Malamnya baharu mula sesi zon selatan. Dimulai dengan penerangan khas pengurusan data daripada Dr Zabani, Ketua Sektor Data Pendidikan EPRD. Seterusnya sesi pengenalan berkenaan modul infrastruktur daripada En. Shamsudin daripada PADU. Hmmm.. Tak sabar pulak nak dengor sesi penuh esok harinya. Ps : Dah nengok kat PC baru perasan aku snap picas pakai mode auto. Ada yang gego sebab dia pakai mode beauty bagai. Kekadang nyampah jugak bila restart cam dia balik ke mode auto. Esok memang aku ready ngan manual mode.

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif KIK Jabatan Pendidikan Negeri Johor : LEADS - the team

Imej
Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif KIK Jabatan Pendidikan Negeri Johor : LEADS - the team. Foto rasmi kumpulan. Terbaeekkk!!!! and all the best! --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif KIK Jabatan Pendidikan Negeri Johor : Perbincangan Intensif Persembahan Kumpulan

Imej
Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif KIK Jabatan Pendidikan Negeri Johor : Perbincangan Intensif Persembahan Kumpulan. Kita buat kelainan sikit. Harap dapat buat something yang terbaeekkk!!!! dan lain dari yang lain dalam menyampaikan hasrat kumpulan.

Majlis Perasmian Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah

Imej
Majlis Perasmian Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah. Majlis ini akan dilangsungkan pada 16 Oktober ini bermula jam 10 pagi disekalikan dengan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas TransJohor dan Pelan Induk Pengangkutan Awam Johor. Majlis ini akan disempurnakan oleh YAB Dato' Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor bertempat di Terminal Bas dan Teksi Gelang Patah, Iskandar Puteri. Nama baharu. Lokasi dia adalah di stesen bas lama gelang patah. Kalau berkesempatan boleh la gi nengok. Tapi for sure tokleh. 16 tu kan hari kerja. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Lama tak rasa sensasi sebegini

Imej
Lama tak rasa sensasi sebegini. Adoila. Dah lama aku tak rasa sakit sebegini pada kaki aku. Mama dah mula bising balik. Merayap la lagi. Boleh tak lepas ni jangan banyak merayap ke Putrajaya lagi. Kesnya. Bila aku teliti balik. Minggu lepas memang minggu gila aku kot. Bermula dari hari Khamis sebelumnya dimana aku ke majlis nikah si Timah. Esoknya gi STF berkali-kali tu. Pastu Sabtunya sibuk dengan majlis persandingan yang mana aku dok kat depan sekali bantu cik wi. Sib baik ahad tu dapat cuti terpijak. Lepak sehari. Masa tu lagi aku dah mula rasa sengal sengal manja. Tapi aku wat bodoh je. Hari rabu. Aku ke Putrajaya. Yang paling best. Siap menapak dari E14 ke E8. Of coz lepas ni memang aku tobat akan tengok keupayaan diri sendiri. Aku asyik dok perasan aku mampu aje. Sedangkan hakikatnya berbeza. Balik. Sengal manja dah hilang manja. Tapi masih boleh handle. Gi kaunseling urut jap kat kerusi urut tu. Cam OK kot. Hari jumaat. Hambik ko. Mula dah sengal sengal kebas. Aku perlu uru