Catatan

Lawatan STF 20160625 : Go for KFC

Imej
Lawatan STF 20160625 : Go for KFC . Lepak jap sini. Tak banyak pulak kenderaan. Park depan pejabat warden. Sempat borak ngan en shuhaimi. Iqa sampai. Sorang pulak. Katanya dia first siap. Yang lain masih queue. Dah nak balik baru nampak kelibat wawa. Terus je datang ke kereta.

Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 20160624

Imej
Kelas Intensif SPM Sayangi Gelang Patah 20160624. Pagi hujan renyai. Sampai je budak dua orang je. Tapi around 10 minit later dah penuh. Hujan la katakan. Balik sempat snap terminal gelang patah.

KFC Terminal Bas Larkin : Tapau for Iqa & friends

Imej
KFC Terminal Bas Larkin : Tapau for Iqa & friends. Ni sebab utama camner aku boleh keluar jugak hari ni. Semalam keluar. Sampai tengahari tadi aku lelap. Esok. Tak tau lah. So. Kesempatan ni la aku sekalikan dengan gi jakel tadi. Cuma kasut fiqri tetap tak setel. Takpelah. Balik ke kfc. Terus belok masuk ke drive thru. Banyak pulak ngoder tambahan. Satu satu masuk. Kalau bawak iqi mesti ada lagi tambahan ni. Setel. Terus gerak ke stf. Yok.

Jakel Uda Walkabout : Padat lagi sesak

Imej
Jakel Uda Walkabout : Padat lagi sesak. Aku dari jalan seberang lagi dah mula rasa sesak. Perghhh. Ni yang malas keluar Sabtu ni. Dari berdepan jakel jalan seberang, sampai ke Angsana. Boleh tahan la. Slow sangat trafik. Nampak jalan masuk depan Hasil sangat slow. Semua nak ke situ. Cadang awalnya pun nak ke situ jugak. Cari kasut Fiqri, baru la ke Jakel. Tapi pasal terlalu la teruknya keadaan nak ke sana, terus lajak ke Jakel aje. Sekali dah lepas baru perasan. Jalan banyak ditutup. So. Nak ke Angsana pun memang kena buat u turn kat depan. Ahh.. Memang betulla terus aje ke Jakel. Tengok dari jauh lagi ada rela, kereta park side jalan besar pun leh tahan. Alamak. Cakap kat mama, jangan jadi cam hari tu udahla. Masuk. Ramai orang. Terus keluar. Hahaha. Ni pun alhamdulillah, sib baik ada satu ruang kosong. Terus masuk park. Mama sorang ja yang pergi. Kami. Pakat lepak lam kete je. Hehehe. Layan muvi kat player. Harap mama berjaya ngan misi nak siapkan langsirnya.

Plaza Angsana Getaway 20160624

Imej
Plaza Angsana Getaway 20160624. Pakat ke Angsana semalam. Alhamdulillah. Dapat la park kat depan Angsana. Masuk je kebetulan ada yang keluar. Mama ngan Iqa terus ke destinasi. Aku cuba gerak. Hmmm... Tak lama. Lenguh. Penat. Cari port lepak lah. At last aku fikir baik lepak kat medan selera dia. Bukan ada pelanggan sangat bulan bulan puasa cenggini. Maka lepak lah aku depan mee rebus wahid. Dari tak buka lagi, sampai pelanggan dah mula beratur. Sempat sembang sembang lagi dengan beberapa pelanggan yang tumpang lepak bersama. Balik sempat lepak layan kereta masa mama nak bayar parking. Promosi ramadan katanya. Harga suku juta tu. Perghhh...

Lawatan STF 20160624 : Outing day

Imej
Lawatan STF 20160624 : Outing day. Selesai je kat uda terus gerak ke stf. Mama tak berapa nak setuju pasal iqa lum call. Sekali sampai, iqa masih training CG. Terpaksa la nunggu. Takpelah. Sejam nunggu sampai dia selesai. Sambil sambil tu. Mana tempat aku lepak semua kena snap. Hahaha. Tanya apa program hari ni. Asalnya katanya nak buat kerja. Tu yang bawak laptop. Sekali iqa mau outing daa... Terus gerak aje ler. Hmmm. Hari outing memang kenderaan tak banyak. Pasal pastinya semua nak keluar.

Kad Raya Grafix Howse Pick-Up

Imej
Kad Raya Grafix Howse Pick-Up. Pagi Jumaat. Cuba drive sendiri. Ngantor mama gi nusa perintis. Success. Haaa... boleh la melangkah jauh sikit. Dah sampai uda. Tapi ada sikit perit bahagian tapak kaki. Takpe. Sikit je kot. Sampai grafix howse. Terus masuk dan amik kad raya yang dah siap. Lama bertapa ni. Aku ngantor sebelum aku sakit. Dah siap pun aku peram dulu. Dah boleh drive cenggini baru leh gi amik. Hehehe. Cuma. Jalan masih cepat lenguh. Kesan antibiotik maybe.

Blogger Apps : the return

Imej
Blogger apps : the return. Nampaknya. Aku install kembali apps ni. Kes aku lepak aje di spital. Mati kutu weh. Henpon je ada. Blog bersawang. So. Akan nampak kelainan dari segi post aku semula la pasni.

Kementerian Pendidikan kaji guru 40 tahun jalani pemeriksaan kesihatan

Imej
Kementerian Pendidikan kaji guru 40 tahun jalani pemeriksaan kesihatan. Kementerian Pendidikan Malaysia mahu guru sekolah yang menjangkau usia 40 tahun menjalani pemeriksaan kesihatan. Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, cadangan itu adalah sebahagian daripada usaha bagi memastikan guru yang berkhidmat di bawah kementerian berada dalam keadaan sihat. “Dalam prosedur semasa, guru hanya perlu melakukan pemeriksaan perubatan pada pertama kali dilantik dalam jawatan. Dalam tempoh itu sehingga mereka dinaikkan pangkat, pemeriksaan kesihatan hanya mengikut kesedaran mereka sendiri. “Saya percaya, apa yang kita lakukan adalah satu keperluan kepada guru-guru untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut umur 40 tahun, kerana kebiasaannya umur begitu kesihatan kita mula merosot dan berisiko menghadapi penyakit,” katanya kepada pemberita, semalam. Mengulas lanjut katanya, lebih daripada 400,000 guru di seluruh negara menghidap beberapa masalah kesihatan termasuk tahap kolest

PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN BELIA MUDA DI NEGARA JEPUN TAHUN 2016

Imej
PENCALONAN BAGI MENGIKUTI PROGRAM LATIHAN BELIA MUDA DI NEGARA JEPUN TAHUN 2016 – Maternal and Child Health Management Course Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima Pencalonan Bagi Mengikuti Program Latihan Belia Muda Di Negara Jepun Tahun 2016 – Maternal and Child Health Management Course dan mempelawa pegawai yang sesuai untuk memohon kursus ini. Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan syarat-syarat Cuti Belajar seperti berikut: Berumur di bawah 35 tahun pada 1 Januari 2016; Pegawai-pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Professional Gred 41 dan ke atas; Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan; Mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik; Mencapai markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum