Catatan

UPSR: TPM Muhyiddin umum penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkuatkuasa serta- merta

Imej
UPSR: TPM Muhyiddin umum penggantungan tugas Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkuatkuasa serta- merta. Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Keguruan Misrah Ibrahim akan pangku tugas pengarah Lembaga Peperiksaan sementara kes itu disiasat. Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Peperiksaan Dr Wan Ilias Wan Salleh turut digantung tugas berkuatkuasa serta- merta. VIENTIANE, 12 Sept (Bernama) -- Pengarah Lembaga Peperiksaan Dr Na'imah Ishak digantung tugas berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan mengenai kebocoran kertas-kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selesai, umum Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut digantung tugas Timbalan Pengarah Operasi badan itu, Dr Wan Ilias Wan Salleh. Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim akan menjalankan tugas dan tanggungjawab pengarah Lembaga Peperiksaan dalam tempoh itu.

PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014

Imej
PENJELASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN PENANGGUHAN UJIAN MATA PELAJARAN SCIENCE & BAHASA INGGERIS UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) TAHUN 2014 1. Pada tarikh 10.9.2014 pihak Lembaga Peperiksaan (LP) telah membuat kenyataan media berkaitan Peperiksaan Science 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 telah didapati bocor. 2. Ekoran kebocoran tersebut, pihak LP telah menangguhkan peperiksaan kertas tersebut dan akan diadakan pada 30 September 2014. 3. Pada 11.9.2014, pihak LP juga telah menerima laporan bahawa Kertas Peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan Bahasa Inggeris 014/2, bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang berlangsung pada 11 September 2014 telah juga dilaporkan bocor. LP telah menjalankan siasatan dan mendapati perkara ini adalah benar. Kertas Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 adalah untuk Sekolah Kebangsaan sahaja dan tidak ada kesan terhadap kertas

Layan Khat Kufi jap di pagi Jemaat

Imej
Layan Khat Kufi jap di pagi Jemaat. Bila last aku buat? Agak lama jugak la. Masih mentah lagi. Masa memula buat tu adalah bila aku diberi tugasan membuat tulisan jawi untuk nama baru jabatan. Masak. Photoshop bagai. Study sana, study sini. Sib baik ustaz azman dan bos banyak membantu. Boleh la sesikit. Banyak lagi yang perlu dipelajari. Semalam. Tetiba cam nak asah balik. Tonyoh nama la dulu. Nak main ayat Quran, bukan level aku lagi. Jangan salah buat. Lari makna, sapa mau tanggung. Ni pun gegar lagi ni. Sikit sikit asah.

Leh tahan hujan semalam

Imej
Leh tahan hujan semalam. Masa rehat lagi dah mula turun hujan. Selebat tidak. Masa balik. Air bertakung di merata tempat. Slow slow la bawak kan.

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2014 - Hafiz

Imej
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal Sektor Pengurusan Maklumat 2014 - Hafiz. Selesai sudah perguruan. Lengkap mandi minyak panas. Hehehe. Semoga dapat mengharung dunia pekerjaan dengan baik selepas ini. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Status terkini UPSR 2014 11 September 2014

Imej
Status terkini UPSR 2014 11 September 2014 Hanya ujian mata pelajaran sains UPSR  DITANGGUHKAN ke 30 Sept 2014 disebabkan kebocoran soalan. Semua Kertas Bahasa Inggeris dan Ujian Aptitud Tahun Enam UPSR pada 11 September 2014 berjalan seperti yang dijadualkan. Maklumat terkini, rujuk portal Lembaga Peperiksaan- Lembaga Peperiksaan Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PENANGGUHAN KERTAS SAINS UPSR 2014

Imej
PENANGGUHAN KERTAS SAINS UPSR 2014 Dikongsi dari facebook Dato' Seri Idris Jusoh Harap maklum, ujian mata pelajaran sains UPSR esok, 11 Sept 2014 DITANGGUHKAN ke 30 Sept 2014 disebabkan kebocoran soalan. Saya memohon maaf kepada pelajar-pelajar tahun 6 yang terlibat. Kementerian Pendidikan memandang serius perbuatan pihak yang tidak bertanggunjawab ini. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2014

Imej
TAWARAN PERMOHONAN PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang berkhidmat di sekolah di bawah kelolaan KPM dan sedang mengajar subjek bukan opsyen asal untuk mengikuti Program Intervensi Tambah Opsyen (PITO).   1. Nama Program : PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN (PITO) GURU SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH   2. Mod Kursus : Kursus Dalam Perkhidmatan   3. Tempoh Kursus : 12 Minggu Pelaksanaan a. Pendaftaran - 20 September 2014 (1 hari) b. Luar Kampus (Off-campus) - 20 September sehingga 31 Oktober 2014 (6 Minggu) c. Sepenuh Masa (Face to Face) - 03 November sehingga 5 Disember 2014 (5 Minggu) d. Weekend of Campus - 5 x Sabtu (1 Minggu) Peserta akan berada di sekolah semasa sesi luar kampus (off-campus) selama 6 minggu. Manakala sesi sepenuh masa (face to fac

Permohonan ke Sekolah Kawalan 2015

Imej
Permohonan ke Sekolah Kawalan 2015 melalui ibubapa dibuka mulai jam 2.00 ptg 8 September 2014 sehingga 7 Oktober 2014. (Sila layari http://public.moe.gov.my ) Permohonan ke Sekolah Kawalan melalui guru kelas di menu Sekolah Kawalan ( APDM ) dibuka mulai jam 10.00 pg 15 September 2014 sehingga 7 Oktober 2014. Sila pastikan anda memuaturun manual pengisian dan meneliti terlebih dahulu keperluan sebelum membuat pengisian melalui aplikasi ini. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Eating out at Restoren Bamboo, Pekan Rabu

Imej
Eating out at Restoren Bamboo, Pekan Rabu. Tempat lama. Lejen. Kalau dulu. Turun sefamili. 7 laksa, 7 laici. Dah biasa. La ni. Turun sini. Sama jugak. Tapi tadak la semua sepesen lagi. Memasing ada taste tersendiri. Layan ajer la.