Catatan

Medan Cendol dan Laksa, Persisiran Sayong, Kuala Kangsar

Imej
Medan Cendol dan Laksa, Persisiran Sayong, Kuala Kangsar. Singgah jap kat sini. Sesaja nak bagi test laksa kuala kangsar. Kuah laksanya memang sedap. Cuma bagi yang tak biasa, a bit janggal bila laksa nya masuk ke mulut. Dia tak sama tang situ ja. Pastu kami pakat meronda jap ke gerai krafnya. Harga memang boleh tahan. Kena singgah sini lagi. Di akhiri dengan sesi melepak tepi persisiran sayong. Rupanya cetek ja sungai ni.

Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri

Imej
Perutusan Hari Kebangsaan Yang Ke-57 2014 Oleh YAB Perdana Menteri Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Rakyat Malaysia Yang Dikasihi Sekalian, 1. Alhamdulillah, segala puji dan rasa syukur, dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T., lantaran dengan kehendak dan keredhaan-Nya jua, kita sekali lagi, tidak kira di mana ceruk mahupun rantau tanahair bertuah ini, masih terpelihara dalam keadaan aman, untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan. 2. Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, di mana perutusan selalunya dibuat secara rakaman dan kemudian dipancar ke kaca-kaca televisyen, malam ini saya memilih untuk berucap secara langsung kepada ratusan hadirin di ambang merdeka ini, sebagai menzahirkan semangat patriotik dan obor perjuangan negara bangsa, dari mata ke mata, hati ke hati, khususnya kepada saudara dan saudari sebagai sebahagian rakyat Malaysia yang berada di sini. 3. Hakikatnya, setiap kemerdekaan itu be

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57

Imej
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-57. Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Video ucapan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57

Imej
Video ucapan Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Razak sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. Kita raikan kejayaan dan pencapaian, Kita harungi pelbagai cabaran, Kita berkongsi kesedihan, Biar dugaan melanda, Kita tetap bersama, Bersatu hati dan setia, Mengukuhkan ikatan, Merealisasikan impian, Demi tanahair tercinta, Milik kita bersama. Selamat Hari Merdeka. Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

Singgah solat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar

Imej
Singgah solat di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Lama tak singgah sini. Kali ni saja berenti sini. Asyik R&R ja. Apa kata sesekali kita singgah di masjid besar. Nak nak pulak masjid yang termasuk dalam salam sebuah masjid terindah di Malaysia ni. Dah lama rasanya aku tak singgah sini. Tapi aku rasa dewan sembahyang dia dah makin kecik. Maybe perasaan, ataupun dulu masa singgah dulu aku masih kecik. Agaknya la kan.

Sarapan nasi lemak di Restoren Jejantas Sungai Buloh

Imej
Sarapan nasi lemak di Restoren Jejantas Sungai Buloh. So. Bangun esoknya. Belakang masih terasa sakit. Terus berbelang tarung ini pagi. Keluar around 10 am. Sekali jalan tetap a bit sesak. Dah buang masa sejam lebih semata-mata nak sarapan. Sarapan sudah jadi lunch la pulak. Makan nasi lemak di sini. Satu singgit doposen. Boleh tahan la. Layan...

Going back to Bangi

Imej
Going back to Bangi. So. Malam 25 Ogos tu kami bertolak balik ke Baling. Disebabkan kena tunggu Iqa balik sekolah agama. Kami bertolak lepas maghrib, dan akan singgah ke Bangi terlebih dahulu. Bertolak around 7.30 malam. Singgah makan malam di R&R Pagoh, sebelum tiba di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada jam 12.15 malam. Perghhh... Terus lolapkan mata untuk energy nak gerak esoknya untuk balik ke Baling.

Mesyuarat JPICT JPN Johor Bil.2/2014

Imej
Mesyuarat JPICT JPN Johor Bil.2/2014. 25 Ogos. Bilik Mesyuarat Utama, JPN Johor. Dua Sesi. Semua berjalan lancar. Alhamdulillah.

Majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2014

Imej
Majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Johor 2014. Majlis dijalankan pada 25 Ogos yang lepas. Masing-masing sektor ada gerai sendiri. Kami, cam biasa; gerai air sejuk lah. All the best.

Panduan Solat Untuk Pesakit : Solat Duduk, Mengiring & Terlentang

Imej
Panduan Solat Untuk Pesakit : Solat Duduk, Mengiring & Terlentang. Teringat awal tahun itu hari. Masa di mana kaki aku tak mampu untuk dilipat. Nak tak nak aku terpaksa solat duduk. So, aku share panduan ini pada yang lain. Selamat beramal.