Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tahun 6

Kem Bestari Akademik Tahun 5 dan 6 2009

Imej
Punyala banyak yang nak diproses, tak tau nak mula yang mana dulu. Last-last pilih kem motivasi ni dulu. Sebab apa? Sebab dia yang paling sikit kan. So, enjoy the pic.. Kursus ni dibuat pada hari Sabtu lepas. Aku memang bertugas kat Kuo Kuang 2 pagi tu, amik gambo penerima APC. Habis semua lam kul 12. Lepas makan baru balik ke sekolah. Tengok macam best jer aktiviti yang dijalankan. Ada masa free sikit baru turun tengok aktiviti. Ye lah. Gambo penerima pun nak kena proses kan. Pesan kat kak Mahdalena kalau dah mula penutup jangan lupa panggil. Sekali nengok jam dah dekat kul 4. Sekali turun ke dewan nengok dah nak abis dah pun program. Call kak Mahdalena pun tak angkat. Nasib baik sempat. Call tajul ajak turun amik gambo sekali. Member dah tak nak. Gambo banyak lagi ni nak milih katanya. Ko tu yang cepat sikit kat bawah nun. So, susun jer budak; snap-snap. Terus balik sambung kerja kat atas.. Foto montaj

Group photo for Year 6 student

Imej
Sekali lepas habis kelas, teringat janji nak amik gambo bebudak tahun 6 untuk wat banner. Faris kumpulkan bebudak, terus aku aturkan and snap. Bebudak bising pasal paas. Yang tukang ambik gambo ni pun panas taknak kira ka. Memula amik ala-ala formal la gegitu. Pas amik lam 2-3 snap, aku cakap jer; semua free style.. habis semua bersorak. Aku pun apa lagi. Tekan ajer ler kamera tu. Dah settle semua, terus bertapa lam makmal settlekan bebenda sebelum bertolak ke JB.. Hmmmm.. apalagi yang aku belum settlekan ye..?

Gerak Gempur Tahun 6

Imej
Baru dapat call tadi dari Bain. Dapat surat tak. Entah, aku tak check pun lagi kat pejabat. Ye ker. Baru nak turun dari kelas dapat call lagi. Iskandar lak yang telefon. Rol, ko free tak hujung minggu ni. Pasal apa. APC hari Sabtu la. Ye ke. Aku maybe kat KL, tu pun kalau ada surat la. Ye ke. Tu antara perbualan aku hari ni. Tu yang bini aku selalu cakap tu. Masa aku kat SBP itu hari pun tak sesibuk cam masa aku dah kat sekolah biasa kat JB ni. Apa-apa la. Masa dalam perjalanan balik ke Makmal, kak Mahdalena lak panggil. Sabtu ni free tak. Tak tau nak cakap la kak.. Ada program untuk tahun 6. Tengok la macam mana keadaannya.