Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel syafiqah

KFC R&R Gelang Patah

Imej
Petang ni kuar jugak akhirnya ke KFC. Tu pun kena tunggu la sampai hujan seriat dulu. Hujan berkali-kali.. Macam dah nak berenti, lebat balik, macam nak berenti, lebat balik. Lam kul 6 baru betul-betul berenti. Iqa dah suka hati dah. Yey yey pegi KFC. Target aku R&R Gelang Patah yang menghala ke Singapore. Jamin buka punya. Ada dua cara nak gi R&R Gelang Patah ni. Yang pertama of coz la ikut highway. Tapi pastu, korang kena terus bawak keter sampai Singapore la, pasal tak sampai 2 km lagi korang akan terus sampai checkpoint kastam.. Aku ikut jalan dalam. Jalan nak ke SK dan SMK Kompleks Abu Bakar. Sebelum sampai tu ada jalan masuk ke R&R ni. Sampai jer kat sini tengok banyaknya keter parking. Sudah.. Mesti ramai orang nyer nih. Dan memang orang ramai giler, kebanyakannya Singaporean la sapa lagi kan. Tak pe la beratur aje la. Meja pun penuh gak. Mama gi booking dulu. Dok kat meja luar. Sebab senang nak order air dari gerai-gerai R&R. OK ler tu. Kisahnya petang tu, kitao

Happy 7th Birthday Nur Balqis Syafiqah

Imej
Selamat Harijadi yang ketujuh Nur Balqis Syafiqah. Dah besar dah anak abah sorang ni. Semoga iqa akan jadi anak yang solehah, rajin dan bijak. ps : Hari ni kita pergi la makan besar kat KFC macam yang iqa nak sangat tu.

Ngidam air kelapa muda

Imej
Petang raya cina ni tetiba lak mama leh mengidam nak minum air kelapa muda. Biasa la orang berbadan dua ni. Tekak dia memang boleh teringin nak makan memacam. Semalam nak makan Yong Tau Fu, Kelmarin nak makan Cheese Cake.. Dah nama pun mengidam kan. Atuk ambik galah jolokkan kelapa muda. Memula kelapa biasa tu. Ala yang warna hijau tu. Sekali mama minum, dia cakap tak best; nak kelapa gading. Ye la.. Atuk amikkan kelapa gading lak.. Hmmm.. baru best.. Iqa ngan adik tak kisah memana pun diaorang minum jer.. pastu dok sibuk makan isi kelapa dia. Hahahaha.. Bapak dia toksah citer laa.. apa lagi.. sibukkk dok mengamil gambo jer... :: Klik untuk cerita penuh :: Kelapa hijau ka, kelapa kuning ka, sumer iqa ngan adik taram.. tarak tolak nyer.. Iqa nak minum air kelapa sama isi dia.. Kelapa yang sudah ditebuk.. tinggal nak ambik isi jer lagi.. Atuk kopek kelapa gading lak.. adik seperti biasa, dah tak sabar.. Ni yang kedua untuk iqa dan inaz.. tadah yerr.. Hmmm.. yummy.. adik sukaaa... Slidesh

Iqa & Inaz : Edisi buat homework

Imej
Sempena tahun baru cina ni semua sekolah daerah Johor Bahru khususnya bercuti selama 7 hari. Rasanya cikgu-cikgu pun dah bekalkan dengan kerja rumah yang secukupnya kepada anak-anak murid memasing. Iqa setakat ni ada satu kerja yang cikgu Fadzilah kasi. Kerja English. Tu pun aku tertinggal kat bilik pendidikan khas masa sibuk-sibuk berkemas lepas camping bebaru ni. Nak ambik kamera, homework lak tertinggal, ntah apa apa la. Memang dah makin tua dah kot. Sedangkan masa memula kerja pun pelupa... So, Iqa dok pulun buat kerja-kerja dari buku-buku kerja lain yang aku beli. Ni pun cam nak tambah beli lagi buku-buku untuk dia, pasal satu buku pun boleh dihabiskan sehari. Si Inaz lak kena kasi mood dulu kat dia, baru dia leh buat kerja. Kalau tak, siap leh tido la, nak susu la, memacam alasan dia.. Tapi petang ni dah ok sikit dah.. Kalau tak... Tu pun dah mama dia sibuk marah terjerit jerit la dan aku memang dah pegang rotan dah.. hahahaha :: Klik untuk cerita penuh :: Dah puas kena marah bar

Iqa & Inaz : Edisi balas dendam

Imej
Kalau baca tajuk memang ala-ala ngeri sikit, macam mafia la pulak; nak main balas-balas dendam pulak ni. Sebenarnya bukannya balas dendam gi pukul-pukul memember ka sapa-sapa ka, tapi balas dendam main; pasal dah dekat sebulan lebih asyik dok pulun belajaq ja kan. Kebetulan kak nurul diaorang, anak jiran sebelah pun ada; iqa pun apa lagi. Daripada baru sampai ke rumah, lepas main kat hutan bandar tadi tu; terus ajak kak nurul dia main sama. Memula biar jer la. Dan pastu pun aku pun terlelap. Sedor-sedor diaorang dah main depan rumah. Tadi main kat belakang. Dah siap pindah port dah. Pakat main Saidina lak tu. Biar jer la.. Kekurang Iqa belajar mengira duit kan. Sekali hujan pun turun. Jengok kat luar, masih kat tempat yang sama. Tapi main permainan lain la pulak. Nampaknya ni betul-betul alas dendam ni. Dari kul 1 tadi sampai la dah pukul 6 petang dah ni. Perrrgghh.. Dah masuk..!!! :: Klik untuk cerita penuh :: Si inaz pun tumpang sekaki.. memula menempel jer.. pastu... Amboiihh.. tak

Back to Hutan Bandar MBJBT

Imej
Lepas jer balik dari latihan Taekwondo tadi, Iqa ngan Inaz dah siap terlompat-lompat nak pergi taman permainan besar; gelaran yang diaorang kasi kat Hutan Bandar MBJBT ni. Jangan tersilap, terutama apabila orang skudai cakap nak gi hutan bandar; kalau dulu memang satu jer hutan bandar. Nun jauh kat JB sana nun. Tapi sekarang ni; kalau cakap pasal hutan bandar, kena tanya betul-betul; hutan bandar jb ker hutan bandar mbjbt. Hutan Bandar MBJBT ni terletak di sebelah trafik light terakhir sebelum tiba ke Lima Kedai. Jalan menghala ke Taman Orkid, Selesa Jaya semua tu. Tempat dia memang menarik. Kalau nak dikira, aku rasa ada lebih kurang 4 ke 5 pusat permainan kanak-kanak sahaja; yang dipasang berterabur dalam kawasan dia ni. Hari ni aku bawak bebudak ni main yang kat main enterence dan berhadapan dengan rumah limas. Kononnya nak main batman kat rumah terapung sana; tapi panas sangat, malas lak nak pergi menapak jejauh. Sekali boleh jumpa memember bawak anak jugak.. Hmmm.. Nampaknya ramai

Syafiqah dan kucing

Imej
Tak tau la apa nak jadi dengan Syafiqah ni. Nampak kucing jer geram nak wak balik, nampak kucing jer sibuk nak amik gambo. Ni ler gambo pencetusnya. Aku dok sibuk amik gambo kucing ngan nenek tadi, sesambil ziarah kan. Iqa dah tak tahan. Dia mintak henpon aku. Terus jer menonong ke belakang. Habis semua kucin kena ambik gambo..