Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sktta

Kem Orientasi Mowgli - Day 1

Imej
Petang jemaat lepas bermula la Kem Orientasi Mowgli kat sekolah aku, mana lagi kalau bukan sk taman tun aminah 1. Masa nak gi sekolah iqa sibuk nak ikut. Tak sedar diri dia sakit ka apa. Sampai nangis-nangis nak ikut. Mana leh kasi. Badan panas membara lagi tu. Sampai dewan jer bebudak dah ada. Pas aisah sampai baru aku set dewan. Panggil bebudak pasang lcd apa ke semua tu. Pastu aisah terus buat pengenalan pasal persetiaan pengakap. Habis jer tu, aku handle riadah lak. Main bola pakai kain pelekat. Besh... Banyak perbetul kain dari main bola. Hazim lak jadi commentator.. Habis segala nama kumpulan jadi nama binatang, ayam la, biawak la, lembu la, kambing la. hahaha.. bebudak suka hati. Pas dah settle baru pasang kemah. Malangnya kemah ada empat jer.. so, malam ni bebudak tido lam dewan jer la nampaknya.. Sebelah malam lak, fail-fail tugasan mula dibagi ke bebudak. Pastu bebudak scout si aisah pun dah mula datang. Depa take over ngan si aisah. Pastu aku pun balik. sian lak kat si iqa k

Kem Orientasi Mowgli - Preview

Imej
Jam 2.00 petang tadi selesaila Kem Orientasi Mowgli yang dibuat oleh sekolah aku. Pergghhh... Leh tahan la kem ni. Memang bebetul mencabar, at least untuk membentuk bebudak aku yang suka bermain ni kepada bebudak yang lebih berdisiplin. Sepanjang dua hari ni, memang penuh dengan kekerasan dan disiplin; aku seboleh-bolehnya nak bentuk bebudak ni supaya lebih cepat paham akan arahan yang diberi. Hukuman memacam yang diberi. Dari star jump sampai ke pumping, bila diaorang buat salah yang sama. Kelakar pun ada. Teringat la cerita Aisah semalam; masa burung hantu. Sorang budak ni memang merepek macam-macam masa kena kacau tu. Ayat dia yang paling aku tak leh lupa "Pergi, jangan kacau aku. Aku pengakap tau." Memang kelakar sikit la.. Apa pun tahniah pada semua bebudak yang berjaya lulus ujian kelayakan. Pada yang kurang berjaya tu, lebihkan usaha anda. Bukannya cikgu sesaja nak gagalkan korang.. ps : aku akan haplod lam masa terdekat. Hari ni? Sori.. nak tido dulu..

Seharian di Stadium Larkin

Imej
Hari ni seharian la aku kat Stadium Hassan Yunus ni. Stadium lebih senang kami panggil Stadium Larkin jer.. Sebut Stadium Hassan Yunus kena pikir dua tiga kali la jugak.. Kesahnya ada Kejohanan Olahraga Zon Skudai kat sini pagi ni. Pagi ni aku kena in-charge bebudak quartermaster ni. Bebudak pengakap sekolah aku la. Pukul 7.20 kena merentas Angsana, memang haru la jawabnya. Dan memang, pagi ni jem memang giler babas sekali. Tensen beb.. Alhamdulillah.. berkat potong jalan dalam beberapa kali berjaya gak kami sampai sana lam kul 8.45 pagi. Semua sekali lak tu. Sekali tengok, si Shahir ada kat sana, si Sajuli tu ada kat tangga sinun. Habih la bilik-bilik khas berkait ICT sekolah aku hari ni, tutup rapat la jawabnya. Semuanya pakat kuar khusus untuk olahraga zon skudai ni nampaknya. :: Klik untuk cerita penuh :: Bebudak QM aku.. dah macam dugong jumpa pantai gamaknya. Troli pun pakat jakun nak naik reramai.. Sian tul aku nengokkan. Ada jugak yang kena sedas dua ngan aku ni.. Aku??! Pun ca

Pendaftaran akaun Zoom-A pelajar

Imej
Pagi ni aku baru memulakan sesi pembayaran untuk pendaftaran akaun Zoom-A untuk pelajar-pelajar yang dah bayar duit itu hari. Cam biasa memula aku print out dulu senarai nama bebudak yang dah bayar. Ada 12 orang semuanya termasuk Iqa ngan Muaz. Dua orang ni jer yang tahap 1 setakat ni. So, lepas printout untuk simpanan fail, baru aku bukak Maybank2u untuk buat pembayaran kepada one touch education.. Ada banyak cara tapi aku lebih prefer bayar online guna Maybank2u. Mintak-mintak lepas la akaun Maybank diaorang. Pasal sebelum-sebelum ni tak leh pasal katanya aku tak leh transfer ke akaun perdagangan ke apa cenggitu la. Nak tak nak kena ler transfer ke akaun Public Bank diaorang. :: Klik untuk cerita penuh :: List pertama dan pembayaran pertama untuk bebudak aku. Ada lagi ni, tapi aku akan kumpul untuk pembayaran esok. Dah tu baru aku transfer jumlah yang dikehendaki. 12 orang kali R10 sama dengan RM120. Bayar jer ke akaun Maybank diaorang... Dah settle tu baru kita faxkan senarai pelaja

Kelas Taekwondo Iqa

Imej
Pagi ni kena siap awal. Sebab Iqa ada kelas Taekwondo kat sekolah dia. Kelas Taekwondo ni biasanya dibuat pada hari Sabtu jam 9.30 - 10.30 pagi. Tapi kalau hari Sabtu ni cuti umum ker, atau sekolah ganti; biasanya dia akan ditunda ke hari Ahad. So, lepas bangunkan Iqa; terus dia pergi mandi. Punya la lama dia mandi. Dekat sejam. Sampai adik dia pun terbangun jugak. Dah adik pun dah bangun; kena la tunggu adik dia sekali. Dua-dua bersiap nak gi sekolah. Lam keter toksah citer la. Kalau dua-dua ada memacam leh jadi. Nyanyi la, melalak la dan semestinya bergaduh sesikit. Sampai jer sekolah terus aku jumpa dengan coach dia. Nak settle bayaran baju ngan yuran bulan ni kan. Ramai juga yang dok membayar. Kasi diaorang dulu la. Pastu borak-borak sikit ngan coach, dan dia cakap gak kalau aku dapat amik kan gambo training ni. Memang aku nak amikkan pun. Pucuk dicita ulam mendatang. :: Klik untuk cerita penuh :: Ramai gak lam q nak membayar yuran, kasi jer la diaorang dulu kan.. Dah nak mula dah.

Relandscaping the school

Imej
Team pekerja dibawah seliaan Hajah J pun dah boleh tahan dah sekarang ni. Hajah J pun nampaknya dah makin bersemangat ngan kerja-kerja relandscaping semula kawasan-kawasan sekolah. Nampak dah makin cantik lak kawasan sekolah ni. Bermula dengan pemindahan beramai-ramai pondok rehat disebelah surau ke tepi padang dan kantin sekolah ituhari, kemudiannya penanaman sayur-sayur dibeberapa kawasan yang agak terbiar minggu lepas. Kini, team ini telah membangunkan pula kawasan kolam ditengah sekolah yang sudah lama ditimbus; dengan menanam pokok-pokok bunga. Semoga kawasan sekolah ini akan kelihatan lebih indah dan selamat.. :: Klik untuk cerita penuh :: Nak gi menanam pokok-pokok ni ha kat area tepi padang sana.. Sekadar hiasan.. Sambil berjalan pun boleh mengajar merupakan ciri-ciri teacher of the year.. Sudah tiba masanya kawasan ni diperindahkan semula. Untung-untung mengcangkul ni mana tau tetiba tercangkul peti harta karun..