Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sekolah tun fatimah

Sekolah Tun Fatimah : 20170707 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170707 Lawatan Hujung Minggu. Selesai urusan di Kluang, macam biasa terus ke STF. Bawak food dan barang yang dipesan. Borak. Makan makan. Dan tambah sikit. Snap snap sini sana. Kekeke. Ni semua si Mus punya bahana la ni. Google Local Guide katanya.

Sekolah Tun Fatimah : 20170701 Kembali ke STF

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170701 Kembali ke STF. Hari ni dah tiba masa untuk kembali semula ke STF setelah cuti hari raya selama seminggu. Sempat ke rumah mama Jannah dan pak long Izzat sebelum gerak ke JB. Singgah jap Angsana untuk jajan dan Domino menapau pizza. Good luck Iqa.

Sekolah Tun Fatimah : 20170610 Kembali ke STF

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170610 Kembali ke STF. Ni bukti utama menunjukkan punya la lama aku nak ngapdet blog sejak kebelakangan ni. Hari ni dah nak kembali semula ke STF. Aku baru update yang 3 minggu lepas punya kembali daa... Hahaha. Luar jangka sikit yang ni. Memula ke Mydin untuk beli food. Lepas tu ke Angsana. Dalam cuaca yang agak tak best. Ditambah pulak dengan trafik yang pun tak best. Memang masak ler kitaorang dalam kereta. Sangkut dekat dua jam jugak. Adesss. Hantar iqa. Balik. Sekali petang iqa call. Projek sains tertinggal daa... Sebesar alam bendanya. Tertinggal elok ja atas katil kat bilik dia. Return semula ke STF malamnya. Lepas hantar terus isi minyak. Perghhh... Leh tahan hari tu. Esoknya terus demam selsema. Nasib nasib.

Sekolah Tun Fatimah : 20170528 Cuti Pertengahan Tahun

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170528 Cuti Pertengahan Tahun. Khamis lepas. Amik iqa masa balik dari kerja. Jap ja dah cuti pertengahan tahun kan. Dua minggu tu cuti. Mulanya ingatkan nak singgah kedai borong. Tapi kensellah. Dah nak puasa dah sabtu ni. Nanti masa ngantor balik aje lah singgah. --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Sekolah Tun Fatimah : 20170519 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170519 Lawatan Hujung Minggu. Lawatan biasa biasa aje. Makan makan. Iqa bagi kad hari ibu custom made pada mama.

Sekolah Tun Fatimah : 20170501 Lawatan Cuti Pekerja

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170501 Lawatan Cuti Pekerja. Lawatan paling cukup korum. Memang manfaat habis masa cuti hari pekerja ni. Suka la iqa. Hehehe. Good luck dengan peperiksaan minggu ni. Do the best!

Sekolah Tun Fatimah : 20170429 Majlis Anugerah Tun Fatimah

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170429 Majlis Anugerah Tun Fatimah. Pagi ni seawal jam 7.30 pagi dah keluar. Gi sarap dulu. Sebelum gerak ke STF untuk Majlis Anugerah Tun Fatimah. Iqa bertuah sebab seawal pembelajaran di sini, dia dah dapat rasa kemeriahan Majlis Anugerah berprestij di sini. Teruskan usaha dan cuba untuk terus sentiasa cemerlang di masa mendatang. Apapun. Yang tak best adalah... jarang la aku dapat tempat yang spoiled macam hari ni. Haishhh... Takpe. Lessons learned! Tahniah pada iqa dan semua yang diberi pengiktirafan pada hari ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20170421 Kejohanan Balapan dan Padang STF Kali ke 54 dan Outing Bermalam

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170421 Kejohanan Balapan dan Padang STF Kali ke 54 dan Outing Bermalam. Petangnya terus gerak ke STF. Nak amik iqa dan afiqah. Balik bermalam. Sabtu ni terlibat dengan Yok Color Run 2017 pulak. Cabaran pertama. Total blackout kot kat opis. Masak. Dah dua khamis dah aku menapak turun 5 tingkat ni. Takpe la. Sampai. Terus amik diaorang. Sesambil tu dok browse thru foto foto sukan pagi tadi. Kekeke. Layankan aje. Rumah Aishah champion ini tahun. Siap jadi johan Sukantara, Johan Perempuan 13 Tahun dan Johan Perempuan 18 Tahun. Johan Sorakan Rumah Zainon.  Rumah  Fatimah dapat Johan Hiasan Khemah, Johan Perbarisan dan Johan Maskot. Rumah Zeti dapat Johan Perempuan 15 tahun. Olahragawati. Wan Nur Syasya Aqilah Wan Asmuri dari Rumah Fatimah. Terbaeekkk!!!! Iqa. Dalam band aje. Dia tak lari pulak kali ni.

Sekolah Tun Fatimah : 20170408 Outing @ Angsana

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170408 Outing @ Angsana. Wooo... Hari ni a bit ramai kat sini. Ada program immersion. Security pun dah bertambah improve. A bit tight. Good improvement. Keluar masuk memang diselia dengan lebih baik. So. Selesai semua urusan terus gerak ke Angsana. A bit of book hunting @ Badan. A bit makan makan @ Pizza Hut. A bit food hunting @ UO. And lastly a bit of window shopping kat aras atas. Selesai. Yok pulang.

Sekolah Tun Fatimah : 20170331 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170331 Lawatan Hujung Minggu. Gi lawat Iqa minggu lepas. Last minute plan. Better gi Jemaat. Sabtu boleh rehat sikit. Pinggang memang totally sangat sakit actually. Aku terbaring aje kot. Nak gerak memang tak la. Adjust seat. Paling sedap aku rasa. Aku nyandar ja lam kereta. First time bawak kereta camni. Langsung tak turun. Sampai rumah. Perit rasanya nak gerak masuk. Tu yang hari ahad ayat pertama KS. Kuat betul bau koyok ke ubat dalam bilik ni. Hahaha. Khamis kena. Isnin baru recover full.

Sekolah Tun Fatimah : 20170325 Kembali ke STF

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170325 Kembali ke STF. Ngantor iqa ke STF semula. Siap cetak sticker gambo passport. Alang alang. Dengan sticker sendiri pun dicetak untuk adik switch. Layan aje ler. Suka tul si Ici hari ni dengan baju kotak kotak dia.

Sekolah Tun Fatimah : 20170225 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170225 Lawatan Hujung Minggu. Lama jugak ye gambo ni terperam dalam dropbox. Jalan jalan hujung minggu. Ni kira hari yang agak tensen sebab line streamyx out dekat rumah, henpon langsung taknak start. Balik. Singgah Digi. Terus amik henpon baru. Sebelum pulang lepak KFC. Ni semua tensen punya pasal la ni. Kekeke.

Sekolah Tun Fatimah : 20170316 Selamat Bercuti

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170316 Selamat Bercuti. Jap ja dah jam 3 petang. Hampir terlupa aku nak gi ambik Iqa kat STF. Sibuk ngan design keliling pinggang. Dulu ingat lagi borak kosong ngan Ustaz Azman. Baik ko buat ja design untuk JPN. Kan ke itu ko punya soul. Betulla. Bila aku amik semula. Rasa macam seronok sikit. TQ ustaz. Kemas barang. Terus gerak ke STF. Cam biasa. Orang dah tak ramai. Biasanya waktu puncak of coz la jam 1 kan. Buat apa aku nak amik Iqa awal. Pastu. Boring pulak nanti lepak kat opis aku kan. Baik dia lepak kat asrama. Jalin silaturrahim dengan murid yang balik lebih lewat. Sampai aje aku lepak kat meja depan kaunter. Layan analisa SPM sementara nunggu Iqa. Nampak Afiqah bertugas kat kaunter. Senyum je dia ngan aku. Anis kebetulan lalu. Iqa tengah ngemas cik. OK. Anis ngan Afiqah balik malam nanti ngan bas. Anis ke Kelantan. Afiqah ke Perak. Selamat bercuti pada semua. Manfaatkan masa terluang dengan aktiviti berfaedah. Aku pun tengah dok rancang nak bawa keb

Sekolah Tun Fatimah : 20170311 Lawatan

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170311 Lawatan Semalam gi melawat Iqa. Minggu depan periksa. Khamis depan dah mula balik bermalam. Jap aje. Pejam celik pejam celik. Sempat beli goreng pisang dulu depan Fresh Hub tadi. Lepak. Borak borak. Iqa bawak buku nak ulangkaji. Tapi. Borak punya pasal. Dia terus lupa pasal tu. Takpelah. Kita release tensen dulu. Nanti sambung semula ulangkaji. All the best dalam ujian nanti. Good luck and do the best!

Sekolah Tun Fatimah : 20170303 Happy Belated Birthday Mama

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170303 Happy Belated Birthday Mama. Lepas jemaat terus gerak ke STF. Esok ada banyak program. Kali ni kami lepak kat kantin. Order Nasi Goreng Kampung. Punya la banyak dia punya accessories yang dah lama aku pantang. Adessss... Masa nak balik iqa wat surprise. Dia bagi kad besday besar kat mama. Terbaeekkk!!!!

Sekolah Tun Fatimah : Lawatan 20170210

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Lawatan 20170210. Hari ni. Lepas jemaat gerak ke STF. Sebelum tu singgah kat talent. Belikan beberapa barang untuk ahli kumpulan iqa bagi projek Tabayyun. Entah betul entah idak ejaan aku. Singgah Thye untuk some food. Baru gerak semula ke STF. Sampai. Kami lepak lam kereta aje hari ni borak borak. Ici cam biasa akan tidur sepanjang masa kami kat STF. Adik inaz pulak sibuk nak ke food truck hari ni. Dah kena tapau coconut shake ngan char koey teow. Makan separuh aje. Kurang rasa. Pasal aku pun rasa jugak sikit. Hehehe. Kan dah cari pasal namanya. Sib baik ici dah bangun masa ni. Sempat la babai iqa tadi. Balik. Singgah Angsana. Ada beberapa baranga kena beli. Mama dengan baju baharu iqi dan ici. Esok nak gi kenduri. Kena la melawa sikit kan. Adik inaz dengan watercolor baharu. At last amik buncho aje. Aku dah mula rasa nangkap kat 3 tempat kat kaki. Sahih la char koey teow kerang adik inaz tadi dah mula menjalankan tanggungjawab dia. Padan ngan muka aku kan. Ha

Sekolah Tun Fatimah : Back to STF 20170204

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Back to STF 20170204. Cukup dah cuti seminggu sekolah. Dah sampai masa kembali ke STF. Sempat singgah domino. Mama nak claim voucher. Boleh tahan ramai orang kat sini. Setel. Terus ke STF. Nak tengok camne iqa manage ngan kaedah baru aku kasi. All the best Iqa. Do the best! Balik. Singgah rumah Hj. Razak. Kenduri.

Sekolah Tun Fatimah : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-36. Hari ni aku join. Pasal banyak benda yang aku nak tau. Mula jam 2 petang tadi. Habis. Jam 5 petang. Boleh tahan jugak la. Ternaik darah jugak sikit tadi. Minta maaf banyak banyak. Kepantangan betul aku kalau sentuh pasal data ni. Nak pulak pengurusan data yang kurang sempurna. Pandangan tanpa data is just persepsi bagi aku. Tanpa data dan analisa yang betul, keputusan yang diambil mungkin tidak menepati kehendak sebenar. Maybe motto "Data kita, Wajah kita, Maruah kita" dah sebati dengan diri aku ni kot. Apapun. All the best!

Sekolah Tun Fatimah : Hari Bertemu Pelanggan Bil.1/2017

Imej
Sekolah Tun Fatimah : Hari Bertemu Pelanggan Bil.1/2017. Hari ni aku ambik cuti. Khas untuk program penuh kat STF bermula pagi tadi. Seorang demi seorang guru aku jumpa. Sorang ja tak dapat. Ustaz iqa. Alhamdulillah. Ada peningkatan bagi iqa. Daripada a bit pasif ke kurang pasif. Actually memang dia tak suka menonjolkan diri sangat kot. Sama la dengan aku ni kan. Cuma ada peningkatan bagi diri dia. Masa jumpa cikgu sarina, siap cakap ada tengok tak video PAK21 lam youtube. Sekali aku nengok. Wahhh.. Leh tahan jugak iqa lam tu. Boleh la bercakap on cam. Peningkatan jugak tu.

Iqa CG training session

Imej
Iqa CG training session. Ada pulak yang ngambik gambo semalam. Share dalam group band. Ni kira rutin iqa setiap hari, setiap petang. Memula masuk dulu memang banyak juga mengeluh. Penat. Lama-lama. Dah hilang penat. Dah makin mahir. Dah  jadi blank pulak kalau takde. Siap balik cuti hujung tahun pun bawak balik flag. Nak praktis katanya.