Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel jpn johor

Bengkel KIK : JPN Johor LEADS

Imej
Bengkel KIK : JPN Johor LEADS. Semalam bos panggil bengkel tergempar. Dah keluar panggilan kebangsaan. Semua setuju untuk submit kali ni. So. Kena well prepared lah kan. InsyaAllah. Kita mampu lakukannya. Chaiyok!!!

Mesyuarat Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPN Johor Bil.4 Tahun 2016

Imej
Mesyuarat Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) JPN Johor Bil.4 Tahun 2016. Mesyuarat dijalankan tadi bertempat di bilik mesyuarat Selasih. TQ bos, belanja beriani kambing. Bentang pasal ISO, Pengurusan Maklumat grafikal dan KPI SKT. Selesai semua masuk mesej. Video #info2minit baru masuk. Panas lagi. Terus on broadband. Download. Panjangkan pada the whole team.

Mesyuarat Semakan Prestasi Perbelanjaan Negeri Johor

Imej
Mesyuarat Semakan Prestasi Perbelanjaan Negeri Johor. Mesyuarat ni berlangsung pada 10 Ogos yang lepas bertempat di bilik mesyuarat Gelenggang. Lambat sikit nak upload sebab tak perasan gambo ni kat dalam SJCam. Layan...

Budaya Al-Quran JPN Johor 20160811

Imej
Budaya Al-Quran JPN Johor 20160811. Kali ni masa diubah semula kepada masa awal. 7.45 pagi. Lebih selesa. Terbaeekkk!!!!

Majlis Perhimpunan Bulanan bil.7/2016 dan Sambutan Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Majlis Perhimpunan Bulanan bil.7/2016 dan Sambutan Aidilfitri Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Semalam. Selesai majlis berkaitan. Dimulakan dengan ceramah bulanan. Disertakan sekali dengan majlis pelancaran ibadah korban kemboja. Diteruskan dengan perhimpunan bulanan. Kali ni urusetianya adalah KSK. Tak lupa. Anugerah EKSA turut disampaikan dalam perhimpunan. SPM dapat tempat kedua untuk kedua-dua kategori. Tahniah pada SPK untuk bilik pegawai terbaik dan SPSPK untuk pantri terbaik. Selesai aje. Majlis sambutan aidilfitri pula mengambil tempat di dewan jauhar. Ambil kesempatan untuk ambil gambar sektor yang tertunda pagi tadi. TQ pada semua yang tolong amik gambar guna kamera den. Kekeke.

Bengkel Persediaan Bahan Pengarah Bil.2/2016

Imej
Bengkel Persediaan Bahan Pengarah Bil.2/2016. Hai. Lama jugak aku posa nulih ni. Dekat seminggu. Memang seminggu pun. Hehehe. Ni ahad lepas. Hari pertama masuk ke pejabat sebelum keluar ke Putrajaya dekat dekat seminggu. So. Pagi tu tumpu jap ke EKSA. Saja clear up things. Petangnya. Kononnya nak revise beberapa perkara berkaitan EMIS. Sebelum turun ke bengkel di Putrajaya esoknya. Sekali. Ada meetims ni. Huhuhu. Lari sikit tune aku petang ni. Bab sektor, semua clear. Cuma ada beberapa data yang perlu dikeluarkan untuk melengkapkan bahan pengarah. Pastu. Siap ada makan makan. Huiyo. Tapi. Aku teruskan aje puasa. Len kali la ye.

Selamat Bersara Tuan Haji Md. Hasidin

Imej
Selamat Bersara Tuan Haji Md. Hasidin. Sehari sebelum hari terakhir bertugas sebagai penjawat awam, mantan TPPJ; Tn Hj. Hasidin meronda ke setiap sektor. Malang sekali aku masih MC pada ketika tu. Terima kasih atas perkongsian ilmu selama ini. Terima kasih, tuan.

Bengkel Penyediaan Bahan PPJ

Imej
Bengkel Penyediaan Bahan PPJ. Ni urgent ni. Kena submit pun dalam masa terdekat. 3 bahan. 2 powerpoint, 1 word. Bertabahlah. Demi kepentingan bersama semua warga pendidikan. You can do it!

Mesyuarat Semakan Prestasi Perbelanjaan JPN Johor Bil.3 tahun 2016

Imej
Mesyuarat Semakan Prestasi Perbelanjaan JPN Johor Bil.3 tahun 2016. Meeting terakhir sebelum aku masuk wad ituhari. 14 Jun lepas di Bilik Gelenggang. Dalam meeting pun resah semacam. Tahan sakitnya. Dok setel data MySpata. Ish ish ish. Baliknya. Makin sakit. Esoknya terus tokleh jalan. Maknanya. Ni hari last aku dapat jalan dengan separa baik. Tu pun gatai ke sana ke sini. Gambar ni pun terperam punya lama. Kamera tinggal kat opis. Langsung aku masuk wad.

Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.6/2016

Imej
Perhimpunan Bulanan JPN Johor Bil.6/2016. Diurusetia oleh BTPN Johor kali ini. Penuh dengan upacara penyampaian hadiah pada sekolah berkaitan VLE, TMK dan PSS. Penyerahan pada KSK untuk bil.7 bulan depan.

Ceramah Bulanan JPN Johor Jun 2016

Imej
Ceramah Bulanan JPN Johor Jun 2016. Dewan Seminar pagi semalam. Ustaz Khairi dengan topik nawaitu. Tak bawak kamera aku cam biasa. Beg dia masuk klinik. Kekeke.

Mesyuarat Penyelarasan EKSA JPN Johor Bil.3/2016

Imej
Mesyuarat Penyelarasan EKSA JPN Johor Bil.3/2016. Hari Rabu yang lepas pada sebelah petang berlangsung mesyuarat ni di Bilik Bengkel SJQ. Banyak penambahbaikan dan gerakan perlu diambil untuk menyemarakkan lagi pembudayaan EKSA di JPN Johor terutama untuk unit Promosi.

Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman MS ISO JPN Johor 2016

Imej
Mesyuarat Penutupan Audit Dalaman MS ISO JPN Johor 2016. Selesai hari ni. Keseluruhan, dapatlah 2 NCR Minor dan 1 OFI. SPMICT tersenarai dalam penemuan amalan terbaik. Tahniah pada team maklumat dalam penghasilan traffic light ralat tu.

Tahlil Perdana Warga JPN Johor Bil.2/2016

Imej
Tahlil Perdana Warga JPN Johor Bil.2/2016. Pagi tadi bertempat di Surau Al Ghazali. Majlis Tahlil Perdana bagi sektor yang berbaki.

Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 SPMICT JPN Johor 2016

Imej
Audit Dalaman MS ISO 9001:2008 SPMICT JPN Johor 2016. Sebelah petang 1 Jun, kami terlibat dengan pengauditan. 3 stesen audit. PK15 dengan Zura dan Shida, PK16 dengan Kairul dan Ahmadi dan PK18 dengan Firdaus dan Besek. Secara keseluruhan, alhamdulillah semua berjalan dengan baik. Dan sistem atas talian dapat pujian. Tahniah pada semua.

Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat Bil.2/2016 SPMICT JPN Johor

Imej
Mesyuarat Penyelarasan ICT dan Maklumat Bil.2/2016 SPMICT JPN Johor. Selesai aje taklimat Pocket Data menyusul mesyuarat penyelarasan ni di lokasi yang sama. Banyak perkara dibincangkan terutama berkaitan bidang tugas di daerah.

Taklimat Penggunaan Online Storage Pocket Data JPN Johor 2016

Imej
Taklimat Penggunaan Online Storage Pocket Data JPN Johor 2016. Sesi taklimat selesai dijalankan pada hari Rabu, 1 Jun bertempat di Makmal Komputer 2, JPN Johor. Aplikasi lebih kurang sama dengan big box. Cuma dengan tambahan nilai, ianya lebih menyerupai Google Drive atau One Drive. Memang lebih bagus berbanding dengan Big Box. Cuma. Aku nyer akaun tak buat lagi sebab hari tu eksen tak nak. Huhuhu.

Penaiktarafan Gerbang Informatif JPN Johor

Imej
Penaiktarafan Gerbang Informatif JPN Johor. Tahniah pada en. Firdaus, Fizal dan Pian. Dah bertambah baik presentation pada paparan monitor la ni. Fizal menggunakan XIBO yang lebih mudah menyusun kandungan mengikut citarasa tersendiri. Tahniah.

Mesyuarat Sektor SPMICT Bil.3/2016

Imej
Mesyuarat Sektor SPMICT Bil.3/2016. Isnin lepas di Bilik Mesyuarat Selasih. Selesai ja mesyuarat pembukaan audit, terus sambung mesyuarat sektor. Antara lain pembentangan inovasi baharu, tugas harian online yang akan digunapakai, pilot dahulu untuk SPMICT dan beberapa pembaharuan untuk JPNJ seperti media sosial dan paparan interaktif di lobi.

Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman MS ISO JPN Johor 2016

Imej
Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman MS ISO JPN Johor 2016. Pagi semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. 6 auditor hadir. Dua dari Melaka dan 4 dari Johor. Giliran kami adalah pada sebelah pagi hari terakhir. Good Luck for all! All the best!