Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel iqa

Kalau dah nama kebudak kerol

Imej
Tengok la nih, ni perangai bapak dan pakcik makcik dia satu ketika dulu nih Balik ja dari program larian perdana tu, nengok kebudak ni semua senyap ja. Rupanya dok menyorok lam kem buatan sendiri kat penjuru rumah. Elok ja buat, pakai penyandar sofa tuh. Tu yang teringat balik jaman kebudak dulu. Aku la kepten. Terbalikkan kerusi kusyen rotan tu, dia punya kusyen susun cam blok, pastu taruk selimut la pulak keliling. Tu yang turun baeeekk punya kat kebudak sendiri. Layan ajer la.. ps : yang bising mama dia la, dah semak satu rumah..>>>> tengok tu.. siap menyorok tuh inaz sempat ngendap tuh aaiii ada orang lain lagi rupanya nyorok jangan tak nyorok semua ada rupanya dahh.. kuar kuar kata mama dia jom kuar.. dah kena serender dah nih Enjoice...Sharing is power!!!

Jom melantak char koey teow

Imej
Dah macam paruh purung dah mulut adik inaz ni.. hahaha Char Koey Teow, Char Koey Teow. Semalam makan, dua hari lepas makan. Asyik makan Char Koey Teow ja. Senang bagi aku sebab makanan ni la paling simple dan cepat lagi menyelerakan untuk aku. Iqa ngan inaz toksah tanya, dah memang nak makan ajer. Kat Gelang Patah ni setakat ni ada dua gerai yang jual. Yang first aku tau, yang biasa aku beli la. Depan Awana. Kalau biasa ngan gelang patah, cari tempat juai goreng pisang. Haa.. kat sini la gerai pertama yang aku jumpa, dan aku suka. Selalu amik char koey teow kerang ja, aku tak makan udang. Dia juai 3 jenis. Kerang, udang dan special. Special ni campur udang ngan kerang la. Harga RM3.50 satu. Kira just nice la. Yang kedua kat nusantara, cari wan seng. Tapi ingat. Bukan kat kedai wan seng, tapi sebelah dia. Tapi yang ni kaya sikit kot. Presentation memang mantop. Harga pun mahal sikit. RM4.00. Tapi nasib ko la kalau dapat beli. Dia bukak ikut suka ati dia ja. Dah la sabtu ahad tutu

Jom ngopek kelapa

Imej
Ngopek jangan tak ngopek Adik inaz daripada balik dari kedah lagi dok bising suruh atuk dia ngopek kelapa. Kata dia, nak la nengok atuk kopek kelapa pakai besi yang nenek beli kat baling itu hari. Tiap tiap hari gitu. Pagi ni cuti kan, al maklum hari sabtu; ada la banyak sikit masa nak ngopek kelapa kan. Dengan ziqri sekali pun join jugak. Pastu suruh iqa kopek. Dapat la dua bijik. Tu pun dedua separuh jalan ja. Sakit tangan la bah. Last last aku ajer la yang sambung.. Dah setel nengok dedua ni dah mula belajar dah.. Baguih dok ada. Klik cerita penuh untuk detail>>> Nak cari yang tua ada tak Jom kait dulu.. alang alang kait, bersihkan sekali Stesen ni pun dah bersimen dah ha en ziqri pun join.. yang dah dibersihkan dikumpul untuk sesi pembakaran terbuka nanti Pakai besi baru beli tu Senang kan iqa pun dah start menolong separuh jalan Pandai dedua nih kakak ajar adik.. camtu la tengok la kaki adik tu.. bersilang tak hingat Enjoice

Asyraf : Operasi kek bermula

Imej
Tarikh : 8 Disember 2010 Masa : 10.20 malam Tempat : Rumah @ kampung Mood : Yeaaa... Serentak dengan itu, diumumkan operasi kek pun turut sama bermula. Iqa dan inaz pun turut sama membantu dalam proses penyiapan kek kek ini.. Yihaa.. dan malam ni leh kata semua pakat tidur lam jam 3.30 pagi. Siap buat abuk abuk lagi setelah kek siap.. Klik cerita penuh untuk detail>>> Timbang jangan tak timbang Iqa selaku tukang baca timbang Lum cukup lagi la mama Tambah lagi Dah setel dah 500g OK.. dah boleh mula putarrrr halim!!! Siapkan dulu mangkuk putaarrr halim!!! Enjoice...Sharing is power!!!

Asyraf : Dah beli wau apalagi kan

Imej
Tarikh : 8 Disember 2010 Masa : 6.00 petang Tempat : Bendang belakang rumah Mood : Yihuuu!!! Lama tul tak main wau.. sebenarnya memang nak bagi bebudak main. Tapi pasal waunya besar sangat, naik pun terlebih tinggi, dengan tali senipis tidak.. Last last aku jugak la yang main aka.. tukang gulung tali. Hahahaha.. klik cerita penuh untuk detail>>> Tinggi tul naiknya Kena kontrol jap sebelum kasi kat bebudak nih Adam pun nak tertarik ngan wau nih Kontrol balik Tengok la tangan inaz tu.. bukan dia tarik wau, wau tarik dia Iqa pun dah masuk campur Iqa main balik wau senyum dia ngan batun Tinggalla inaz sama mama ngan ziqri Team berdua ni dok layan baik ja layang layang dia Alamak.. tersangkut la pulak Abah.. adik dah tak nak ni Ziqri sempat posing ngan mama Saya punya takde ka Takpa la.. saya posing aje la Amik gambar saya sama mama sama gunung Enjoice...Sharing is power!!!