Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hutan bandar mbjbt

Back to Hutan Bandar MBJBT

Imej
Lepas jer balik dari latihan Taekwondo tadi, Iqa ngan Inaz dah siap terlompat-lompat nak pergi taman permainan besar; gelaran yang diaorang kasi kat Hutan Bandar MBJBT ni. Jangan tersilap, terutama apabila orang skudai cakap nak gi hutan bandar; kalau dulu memang satu jer hutan bandar. Nun jauh kat JB sana nun. Tapi sekarang ni; kalau cakap pasal hutan bandar, kena tanya betul-betul; hutan bandar jb ker hutan bandar mbjbt. Hutan Bandar MBJBT ni terletak di sebelah trafik light terakhir sebelum tiba ke Lima Kedai. Jalan menghala ke Taman Orkid, Selesa Jaya semua tu. Tempat dia memang menarik. Kalau nak dikira, aku rasa ada lebih kurang 4 ke 5 pusat permainan kanak-kanak sahaja; yang dipasang berterabur dalam kawasan dia ni. Hari ni aku bawak bebudak ni main yang kat main enterence dan berhadapan dengan rumah limas. Kononnya nak main batman kat rumah terapung sana; tapi panas sangat, malas lak nak pergi menapak jejauh. Sekali boleh jumpa memember bawak anak jugak.. Hmmm.. Nampaknya ramai