Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hari raya

Salam Aidilfitri 1431h

Imej
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431h kepada semua rakan taulan, saudara mara, jiran tetangga, muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini. Kalau ada salah dan silap, terkasar bahasa, tersinggung rasa; jari disusun memohon maaf. Maaf Zahir Batin dari saya sekeluarga. Enjoice...Sharing is power!!!

Projek lampu raya

Imej
Tarikh : 31 Ogos 2010 Masa : 7.50 malam Tempat : Depan rumah Mood : Nak melawa Malam ni, projek lampu raya pun bermula. Kejap jer pasang bender alah ni. Dah cun sikit depan rumah den. Yihaaa.. alamak.. Beg lum kemas lagi. Sib baik baju 3 hari punya stok dah siap seterika. Tinggal campak-campak jer la baju masuk beg.. Klik untuk cerita penuh Jom mula projek kita nih Pindahkan wayar lama ke depan jer Alih sikit yang belakang bendera nih Dah sampai hujung Kenapa inaz ni.. sukanya hatinya Posisi lama ni nak pindah ke depan porch keter livina tuh Berserabut gak nak bukak nih Haaa.. kita pindah ke depan ni la pulak Dulu mana ada porch ni lagi Berselirat.. yang penting noise tak hingat tuh Kena bukak sikit, dah berpintal la pulak Tak setel lagi ka, kata terer Sambung sikit ngan wayar baru nih.. kasi lagi panjang Senjata semua dah kuar Dah siap satu Tambah yang selai-selai la pulak Jeng jeng j

Hari mengemas rumah

Imej
Tarikh : 31 Ogos 2010 Masa : 9.00 pagi Tempat : Rumah ese Mood : Gumbira tahap gaban Hari ni memang kena gerak dah. Dah tak lama lagi nak raya. Hari cuti tinggal Sabtu, Ahad depan jer.. Tu mesti sibuk nyer.. Dengan nak berkemas balik kampung lagi la, dengan kuih raya la.. So yang berat-berat ni kena setel dulu la. Sabtu lepas mama dah beli tikar getah baru, sekayu tu. Harga lebih 200.. Boleh maa.. Taiwan mali lo.. Rerasa cukup sampai ke tempat komputer. Lagi latu, nak rearrange balik markas iqa, katil dan lemari dia. So, bermula ler kerja-kerja khas kami di pagi merdeka nih.. Merdeeekaaa!!! Habis semua kita rearrange balik. Markas iqa sudah bertukar tempat. Ruang tamu dah jadi memanjang terus. Kira OK sikit la. Nampak lebih luas.. Klik untuk cerita penuh So sofa ni digerak ke hujung, ke tempat lam markas iqa.. Nampak lebih lapang kan.. Ni pandangan ke pintu depan la pulak.. so, markas iqa dah jadi macam bilik. almari baju dia lepas ni mama akan letak lang

Edisi Khas : Sembahyang Sunat Aidilfitri

Imej
All photos taken by mknace using SE750i, photo montaged using slide.com Edisi khas sempena Hari Raya. Semua foto diambil semasa sembahyang hari raya aidilfitri di Masjid Gelang Patah. Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi hari raya Aidil Adha dan Aidil Fitri. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya Solat Sunat Hari Raya mengandungi takbir tujuh kali pada rakaat pertama, dan takbir lima kali pada rakat kedua, yang mana dibaca tasbih diantara takbir-takbir tersebut. Dan apabila selesai takbir dan tasbih, barulah diteruskan solat seperti biasa. Berbeza dengan Solat Jumaat, khutbah Solat Hari Raya adalah selepas solat. Setelah selesai khutbah, umat Islam digalakkan bersalam-salaman dan menziarahi sanak saudara, jiran tetangga serta sahabat handai. Foto Montaj