Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel encik Ziqri

Sabtu yang parah?!?

Imej
Nampak mata sebelah kiri Ziqi tu.. Pagi ni memang lewat sikit bangun, nak bangun pun terasa la jugak pasal semalamnya lebih kurang pukul 12 tengah malam baru aku sampai rumah. Tu lum kira transfer video debate dari videocam dan setel down the video; kes mama nak pakai pulak untuk dokumentasi hari anugerah cemerlang sekolah dia pagi sabtu tu. Sekali pagi tu si ziqri la pulak merayau dan jatuh katil.. Well.. budak jantan.. Yang bestnya.. dah luka lagi sebelah mata dia.. sib baik sipi lagi.. Huhuhu.. sapu minyak gamat.. Pastu kuar gi post office, and then gi sarap kat gerai. Siap jumpa si is la pulak makan situ sama-sama. Balik terus aku tak sedo diri.. tido, bangun, tido lagi, bangun lagi.. ulang jer la sampai ke petang. Ni teringat la balik aku nyer tabii masa kat mrsm dulu. Pantang sabtu, pantang ahad.. memang kasi pukul tido abis abisan. hehehehe.. Sebelah malamnya bawak iqa gi ujian tali pinggang.. Jap jer.. dah nama pun talipinggang putih.. Kena pulak seken wave. Kira ok ler.

Encik ziqri's new toy

Imej
Apa ajer yang digodaknya nih Si iqa ngan inaz dah kemaruk nak mandi manda kat kolam ajer. Nak tak nak mula la nyelongkar stor balik. Sekali, bukannya kolam tiup tiup ajer yang aku jumpa. Guess what.. Basikal roda tiga pusaka dari iqa tuh. Apa lagi, kasik kat ziqri. Sukahati dia. Tolak sana, tolak sini. Yelah.. kaki tak sampai lagi.. Kalau tak, mesti dah mengayuh dah ni. Sejak adik dah besar sikit, memang saja taruk beskal ni lam stor. Sampai terlupa gitu. Nasib ziqri la kan. Untung kakak kakak dia mengaruk nak kolam.. Apa yang best.. pakat bergaduh berebut beskal la pulak.. Hmmm.. Browse ke bawah untuk 7 picas lagi>>>> Siap angkat dedua belah kaki tu cehhh.. kengkonon nak mengayuh la tu kaki tak sampai la bah tolak ngan kaki ajer la dah meleleh dah air liur yea yea mama tolong tolak alamak.. idung saya ... Enjoice...Sharing is power!!!

Roti Canai for the birthday girl

Imej
Pagi ni merayap ke luar jap, ziqri suka tul nengok luar cenggini Hari ni spesel sikit, selain cuti sempena Maulidur Rasul, hari ni merupakan besday iqa yang ke lapan. So, malam ni memang la nak buat mari potong kek untuk dia. Dan banyak lagi la. siap nak kuar gi beli jajan nak belanja memember kelas dia esok. Sementara nak nunggu kuar gi amik kek dan beli jajan tu, iqa ajak makan roti canai kat luar. Si iqa ni memang suka makan kat gerai. Makan kat umah tak best katanya. Kat sana leh order. memang la. Dah nama pun kat gerai kan. Semua ada. Apa pun dia sorang ja yang makan pasal aku tapau untuk aku dan yang lain. Biarla dia spesel sikit. Besday girl la katakan>>>> haaa.. apa lagi.. order la sempat amik gambo aku. sian katanya.. asik takdak gambar ja encik ziqri yang bulat matanya tapi sepet dah sampai dah air teh ais dia siap tumpah ke baju tuh ok.. masa untuk makan motor yang mata ziqri tak lepas memandang dari tadi sedap iqa? slow tul

Pabila mama menguasai shutter

Imej
Ziqri tido ngan kasut kasut sekali. Bila bukak dia marah Semalam memang suasana sunyi ja kat rumah. Dengan penatnya, dengan bahangnya. Serba serbi nak mengajak mata lelap ja. Tambah pulak ngan kepala pun yang masih kenoning gara-gara kepenatan semalam, ngan amik gambonya, ngan edit bideonya.. Last last semua dah terbaring. Asalnya mama suruh settingkan kamera aku untuk amik gambo ziqri dok melelap ngan kasut ni. Pasal nak bangun pun kepala berat, aku soh pakai auto ja. Sekali sebelah petang sedor.. bukan setakat ziqri, ngan iqa, ngan aku; semua kena snap>>>> ni gambo sesi seterusnya.. tido ngan mata separuh terbuka, like father like son the father daughter pun dah abis.. siap tampal koyok lagi kat kepala.. Enjoice...Sharing is power!!!

Now, I'm 11 month old..

Imej
Jap ja saya dah 11 bulan Kejap ja dah 11 bulan. Genap hari ni, ziqri dah pun 11. Dah pandai main bola, jalan jalan keliling rumah. Tadi mama dia pakaikan dia kasut dan beg. Waa... dah nak gi sekolah ka encik ziqri? Satu rumah dia pusing dengan beg dan kasut dia>>>> nak tengok saya jalan yea apasal cerah ja sebelah atas nih cerah lagi.. silap la pulak aku bounce flash nih aaa.. baru ok lepak ngan mama dia nak merayap lagi tak jom kita ke sekolah yea yea.. nak gi sekolah dah Enjoice...Sharing is power!!!

Kalau dah nama kebudak kerol

Imej
Tengok la nih, ni perangai bapak dan pakcik makcik dia satu ketika dulu nih Balik ja dari program larian perdana tu, nengok kebudak ni semua senyap ja. Rupanya dok menyorok lam kem buatan sendiri kat penjuru rumah. Elok ja buat, pakai penyandar sofa tuh. Tu yang teringat balik jaman kebudak dulu. Aku la kepten. Terbalikkan kerusi kusyen rotan tu, dia punya kusyen susun cam blok, pastu taruk selimut la pulak keliling. Tu yang turun baeeekk punya kat kebudak sendiri. Layan ajer la.. ps : yang bising mama dia la, dah semak satu rumah..>>>> tengok tu.. siap menyorok tuh inaz sempat ngendap tuh aaiii ada orang lain lagi rupanya nyorok jangan tak nyorok semua ada rupanya dahh.. kuar kuar kata mama dia jom kuar.. dah kena serender dah nih Enjoice...Sharing is power!!!