Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cat

Are you involved???

Imej
Lepas nengok dan alih jer ular tadi tu, tetiba jer mata aku terpandang si gumuk wiwi yang dok menjeling jer dari tadi. Haih.. adakah perkaitan wiwi dalam hal ni?? Tapi ular tu takde la pulak cacat cela dia. Kalau ular tu yang datang carik wiwi lain cerita. Macam kes biawak beso datang itu hari. Mencicit lari si wiwi nih.. Sian dia. Tapi sekarang dia dah beso dah pun, dah tak sama cam dedulu. Badan pun sudah gumuk. Tapi masih keletah cam baby kitten lagi. Pantang gosok. Pantang buat main. Sampai tahap gigit-gigit pun ada.. :: Klik untuk cerita penuh :: Enjoice...Sharing is power!!!

Wiwi first ever bath

Imej
Pagi ni sebenarnya nak pasang katil untuk baby ziqri, tapi terlalu berdebu; pasal simpan lama bawah katil lepas Inaz dah besar.. Lama tu, dah dekat empat tahun kan.. So, nak tak nak aku kena la bersihkan dulu bender alah nih. Tetiba ucu kata, jom mandikan Wiwi. Tak pernah mandi lagi tu. Jomm. Gi ambik syampoo Siap boss.. Habis wiwi kena mandikan.. Memula meronta jugak. Tapi mana ada kucing pernah terlepas lagi dari tangan aku masa kena mandikan. Tu yang memasing agak takut ngan aku. Kalau aku dah cekup, jangan harap nak lari lagi. Last-last wiwi dah cam redha.. Tapi masa tengah lap tetiba dia lari.. Lepak kat tengah panas.. Hadehhh.. Orang dah mandikan. Dok gatai pi main tempat pasir watper.. :: Klik untuk cerita penuh :: Alamak.. siap ober ekpose la pulak..haiyaaa.. Kasik dave hill jer ler.. Sibuk dok jilat bulu dia... Dengan muka tak puas hati dia... Tengok muka dia.. memang tak puas hati tul.. weii.. kucing lain mana mandi pakai syampoo weii.. Sebelah p

Dari bertiga kini hanya Wiwi

Imej
Alamak.. Atuk dok bising kat luar.. Tomok dah terkorban la.. Laaa.. akhirnya.. meninggal juga Tomok si kucing nih.. Kepala dia hancur berkecai kena gilis keter kat tepi jalan pagi tadi.. Entah sapa la yang langgar dia.. Siann.. Si Hitler dah kena culik bulan lepas. Ntah hilang kemana la dia. Tak tau untung nasib dia. Kini tinggal Wiwi jer. Maybe nama pun dah juara kan, so tinggal dia sekor jer la lagi. Harap-harap kekal sampai besar la kat sini.. Hitler missing in action (MIA), mungkin ada geng yahudi culik dia. Nak balas dendam pasal kes holocaust dedulu. Tomok terkorban. Tersalah hendap agaknya. Dok menghendap tengah jalan. Tetiba sebijik keter yang tak tahu sapa pemandunya terus menggelek si tomok yang keletah ni.. Sian dia.. Tinggalla wiwi ngan mama teleng dia.. Apa leh buat.. :: Klik untuk cerita penuh :: Aku kuar jer nampak si wiwi ni nyorok bawah tempat kasut.. sian dia.. dah takde sapa dah yang boleh dia main-main lagi.. Saya tengah bersedih nihh...huhuhuhu...

Ada lagi kucin ni...

Imej
Malam ni masa kuar nak kemas keter, terserempak lagi dengan kucin sesat sekor nih. Apa la kucin nih. Mentang-mentang sitam beso takde. Kalau tidak mesti kena belasah punya. Lantak kao la. Kalau sitam beso dah balik dari mengendeng betina kat tempat lain, dan masih ada lagi kucin sesat sekor ni; maka dengan rasminya nama ekao wahai si kucin sesat akan bertukar jadik Ang-ang jr. Tu pun kalau ada lagi la kan.. Enjoice...Sharing is power!!!

Hitler dan konco-konconya : Part deux

Imej
Ini kisah Hitler. Kalau anda fikir ini cerita Adolf Hitler, baik anda jangan teruskan, kerana ini cerita pasal Hitler sang kucing. Hitler sang kucing ni ada tiga beradik. Ini kisah juga sambungan dari part unonya dulu. Hitler sang kucing ni ada tiga beradik. Yang nombor duanya bertompok-tompok. Aku nak letak nama popok, tapi mama cakap kasi glamer sikit. Kita letak macam nama tompok yang lebih glamer, jadilah namanya Tomok; kependekan dari tompok yang hilang m nya atau mim nya kata si Ramlee bujang lapok. Dua dah lepas, tinggal yang last. Yang last ni kurang ceria sikit. Kalau si Hitler ngan Tomok asik bergasak, dia enjoy jer menghisap susu mama telengnya. Inilah si Wiwi kata mama. Wiwi pun wiwi lah.. Aku tak kisah sangat pun. Maka bermulalah cerita si Hitler, Tomok dan Wiwi di teratak buruk ini kat gelang patah ni.. :: Klik untuk cerita penuh :: Hitler tengah lepak-lepak nengok aku bakar sampah. Amboihh.. Lepak habis ni.. Aku leh masuk balik lam rumah, amik kamera, snap gambo di

New Kit On The Block

Imej
Masa aku nak ke dapur semalam, ternampak la sekor kucin dok elok jer baring atas bumbung keter mama.. Ni yang marah ni.. Sekali nengok wauuu.. macam cun jerk kucing ni. Warna dan design dia sebijik cam Ang-ang, kucing mama yang dah meninggal, sebelum generasi lembu susu ni mula keluar. Aku pun ambk kamera aku. Ngan lens 50mm aku mula amik gambo. Kali ni memang aku nak memburu gambo kucing ni. ISO taruk jer 1600.. Hahaha.. gegiler nyer projek ni. Projek amik gambo kucing liar pakai 50mm Buka pintu slow-slow.. dia perasan. Aku lepak jap wat bodo.. Jalan sikit. Klik-klik.. Alamak shutter lak bunyik.. Dia pasan lagi. Aku wat bodo balik. So cenggitu la projek aku malam tu. Klik.. wat bodo.. klik balik.. wat bodo balik.. saaaammmpai la aku betul-betul dekat ngan dia.. Hahaha.. berjaya gak aku amik gambo dia.. :: Klik untuk cerita penuh :: Elok jer dia baring atas bumbung keter.. Cittt.. Aku basuh, korang naik, asal aku basuh korang naik. Pasni dengan korang aku basuh.. Dia perasan masa aku b

Hitler dan konco-konconya

Imej
Hitler??!? Tu la nama kucing iqa ni. Pasai pa aku letak nama Hitler. Pasai dia ada misai contot, pastu siap rambut belah tengah lagi tu. Memang sebijik cam hitler. Cuma misai dia lebih sikit la dari hitler betui tu. Pagi tadi masa aku keluar dari pintu rumah, elok jer dia ngan konco-konco dia nih baring-baring atas kasut aku ni. Ceiitt.. Tapi tak sampai hati la nak halau. Bior jer la mereka gembira berbaring-baringan kat situ. Bukannya dibuat onar pun kat kasut-kasut aku tu kan. Enjoice... Sharing is power!!!

Kucin oh kucin

Imej
Ini Kecik. Kecik seekor kucin terbiar pada asalnya. Atuk kesian kat dia ngan adik beradik dia yang lain. Atuk amik wak balik rumah. Iqa ngan Inaz sayang kat kecik ni. Nama asal dia yang Iqa kasi adalah comel. Cam tadak nama lain. Sumer kucing yang baru lahir iqa taruk nama comel. Tapi bila kucing tu beso nama dia mesti kena tukau. Kecik ni amat gatai dan merenyam. Apa yang best pasal kecik ni adalah dia digilai oleh semua kucin-kucin jantan kat kampung ni. Masalah yang paling beso adalah dia sendiri jantan. Bodoh tul kucin-kucin jantan kat kampung ni. Pasaipa nama dia kecik adalah kependekan daripada hitam kecik, pasai aku dah ada sekor lagi kucin hitam jantan yang kami panggil hitam. So, ni kira junior dia la ni. Teruskan membaca untuk melihat kegatalan kecik depan kamera. Pantang panggil nama mula la nal menggatal. Yang unik pada kecik ni bawah tengkok dia ada tanda putih. Buat-buat tido balik. Dah start balik dah.. Cewahhh... Ni pulak nama dia teleng pasai dia memang teleng. Kalau p