Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel bunga api

Ada apa dengan letupan bunga api ni?

Imej
Malam tadi memang terkejut gak memulanya. Sapa tak terkejut dengar bunyi letupan kan. Memula sekali dua. Sapa lak tembak menembak ni. Pastu berlanjutan lagi. Jam masa tu kul 9 malam. Ish.. ni mesti ada orang main bunga api ni. Terus aku buka pintu. Betul. Kat luar langit Gelang Patah memang dah cerah dengan letupan bunga api. Pergghhh.. Iqa lari keluar. Nenek dia lari keluar. Cantik la nek.. Tapi iqa takut. Macam perang dah bunyinya. Geak gempita bunyi dia. Sian kat adik sebenarnya. Baru dapat tido kejap. Bunga api ni berterusan sampai dah dekat dekat jam 12 malam. Ingatkan dah berenti la. Sekali... seiringan dengan mulanya nightline kat TV3, bunyi yang lagi menggila kedengaran. Peerrgghhh.. Ada apa ni.. Borak nyer borak dengan rakan-rakan maya, rupanya malam ni malam kesembilan. Hari penting jugak yang dinamakan Hari menyembah Maharaja Jed. Wow.. kira sembah maharaja syurga la ni. Kalau baca citer journey to the west mesti tahu maharaja jed ni. Selain dari itu, hari ni jugak hari tahu

Bunga api Tahun Baru Cina 2010

Semalam tepat jam 12 tengah malam ada pertunjukan bunga api kat pekan lama gelang patah. Aktiviti biasa setiap tahun kata ucu. Si iqa dari jam 9 malam lagi dah sibuk nak pergi. Aku memang tak larat langsung untuk pergi.. Ni video ni semua atuk iqa yang ambik pakai henpon dia. Yang paling best iqa menyorok tak ingat lepas bunga api yang pertama dilancarkan. Macam perang kata dia.. :: Klik untuk cerita penuh ::

Berpesta bunga api di malam raya

Imej
All photos taken by mknace using Nikon D70s, video on youtube compiled using Sony Vegas Malam ni semua dah target raya esok dah pun sebenarnya. Yang paling best radio johor siap dah cakap malam ni malam last lepas bacaan al-Quran. Wahlaoweiii.. Memang kali ni la yang paling gila sekali bagi aku. Pasal tak tengok anak bulan lagi pun dah tau esok raya. Iqa ngan adik suka hati pasal Is, jiran sebelah; dah cakap awal-awal lagi, tengah malam ni nak bakar bunga api besor. Malam yang masih muda dihabiskan dengan bermain bunga api yang kecik-kecik dulu. Sesambil tu nengok-nengok bunga api jiran-jiran bako. Bersahut-sahutan. Macam malam merdeka la pulak. Memang best. Pastu masuk dalam rumah sesambil mengambik gambo ruang tamu yang baru dicat dan langsir baru mama. Sedor-sedor dah pagi. Sempat aku tertido. Hampes tus. Iqa la dok sibuk citer kehebatan bunga api Is jam 12 tengah malam tadi. Huhuhuhu.. Sapa suruh tido kan. So... tengok jer ler gambo yang sesikit ni ajer aku hambik.. Video