Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel baru

Taklimat Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Imej
Slot 2 Dasar dan peraturan baru perkhidmatan SBPA ^_^ Terbaeekkk!!!! by mknace Posted via Blogaway

Sistem baru lagi..!

Imej
Sistem semakan penempatan la pulak naik Hari ni naik lagi satu sistem. Kali ni sistem semakan penempatan pelajar ke sekolah kluster / kawalan segala tu la, secara online jugak. Tapi masih belum ada isi lagi ya. Kang ada pulak yang duk menerai key-in data kat sini. Ni enjin dulu aku siapkan dan dah up pun. Yang ada cuma dua data testing. Esok insyaAllah semua data sebenar akan naik. Tungguuuu.. Sistem ni boleh dicapai di url http://jbdat.ppdjb.edu.my/semakrk khusus dibangunkan untuk menyemak penempatan ke sekolah sekolah Kluster Kecemerlangan Pendidikan, Sekolah Kawalan, KRK dan KAA di daerah Johor Bahru sahaja noo.. Lain daerah, lain negeri.. kena tanya PPD masing masing lah ye.. Semoga dengan adanya sistem ni, penyemakan penempatan menjadi semakin mudah. Enjoice...Sharing is power!!!

Kelaku baru En.Ziqri

Imej
Tarikh : 5 November 2010 Masa : 10.40 pagi Tempat : Rumah den Mood : Kelakar Si ziqri ni dah makin banyak bertambah kelaku dia. Bunyi cam kucing miang ada, batuk bohong, panggil abah, yang paling baru pejam mata sambil tarik napas kuat-kuat. Bila kitaorang ketawa ramai-ramai, marah lak dia. Apa apa la en ziqri sorang nih. Mama dia cakap buat muka. hehehe Klik untuk cerita penuh Siap ketap bibir lagi tu Tangan berkepak tak hingat Habis semua goyang Ni gaya nak jadi otromen taro tau Enjoice...Sharing is power!!!

Kadar kompaun baru saman trafik???

Imej
Tarikh : 14 September 2010 Masa : 10.00 malam Tempat : Depan PC Mood : Borak borak dengan rasa apa kes nih.. Pagi tadi adik aku hampir nak kena saman. Kesnya, potong dabel line kat kota tinggi. Padan muka dia. Sapa suruh potong jugak kan. Nak jadi citer. Polis tu tanya dia, nak setel sini ka nak setel balai. Dia pun apa lagi, setel situ jugak la. Apa ada lam dompet semua dia kasi. Sekeping not RM10 dengan sekeping not Singapore dollar 5. Hai.. murahnya harga polis sekarang. Bukan gaji baru naik ka. Bukannya aku nak sokong perbuatan adik aku tu. Tapi bagi aku better kena saman dari bagi duit bebodoh jer kat polis tu. Walaupun aku tak tau duit aku akan diaorang buat apa, sekurang-kurangnya aku bayar kepada kerajaan, atas kesalahan aku sendiri kan.. Lagi kita dok bagi, lagi tu la gejala ni akan berterusan, dan sampai bila bila pun kita akan bersikap acuh tak acuh dengan peraturan. Aku pastu teringat satu emel yang aku dapat awal bulan ni tak silap aku. Tu yang aku tempek kat ata

Bangunan baru Jabatan Pelajaran Negeri Johor

Imej
Setiap hari lalu sebelah bangunan nih. Hari ni sesaja ja ambikkan gambo dia. Sekeping ja. Bukan apa sebagai kenangan. Tapi yang tak best sangat sebab tak berapa nak sama dengan gambaran pelukis. Yelah, sebelum buat lagi semua wallpaper, banner malah buku rekod mengajar pun pakai gambar bangunan ni. Dalam gambar tu lebih kepada full cermin, tu yang macam dah terbiasa dengan imej yang tu. Sekali dah nak siap.. nampak lebih batu dari cermin.. Tak kisah la.. Cuma gambaran asal tu memang payah nak hilang.. Enjoice...Sharing is power!!!