Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel balik kampung

Jom balik Kedah

Imej
Tarikh : 7 September 2010 Masa : 6.00 pagi Tempat : Rumah den Mood : Balik kampung Pagi ni dah nak balik kampung. Lepas jer sahur, terus bersiap. Lepas semayang subuh semua dah ready lam keter. Iqa, inaz dan ziqri memang tak mandi. Masuk keter, yang dah dimodified jadi cam hotel mana ni (bak kata paksu dia), terus guling-guling. Tido.. Aku sorang jer bawak keter kat depan. Mama pun dok belakang jugak.. Klik untuk cerita penuh Sibuk nak membaca lagi tu, tidur ajela Ziqri masih tidur.. adik inaz dah siap buat peace Iqa dah berenti membaca doraemonnya Jom babai atuk nenek Babai atuk, babai nenek Dah boleh gerak dah Jumpa di kedah jom Enjoice...Sharing is power!!!

Dari kampung ke kampung

Imej
  Kejap jer masa berjalan. Sedar tak sedar dah sampai haul dah. Hari ni dah tiba masa untuk mula bergerak pulang ke Gelang Patah. Tapi tak jalan straight jugak la. Malam ni kami akan bermalam sekali lagi di Bangi. So, apa tunggu lagi, ayuh kita bergerak. Perjalanan hari lancar. OK jer. Sepanjang perjalanan mendung berarak jer. Berenti jap kat gerai jagung kat sempadan Baling. Jagung dia best sikit. Tapau untuk makan dengan mak yang sekali nanti. Pastu dah tak berenti kat mana-mana lagi. Straight jer terus ke Hulu Bernam untuk makan. Memula ingat nak makan kat Bukit Merah, tapi tak jadi sebab Iqa suka makan soto jer. Kat sini tak best sangat. Kena masuk kawasan jawa jugak untuk makan soto yang best sikit. Kat sini cam biasa makan kat warung pak tam. aku ambik yang lain sikit. Nama dia Nasi Lambaian Ayam. Kelako.. Nasi kandar rupanya. Tengah promosi. RM4.50. Lantak jer ler. Iqa ngan Inaz cam biasa. Soto. Yang best siap pau aiskrim lagi. Hahahaha.. Pastu terus straight ke rumah mak yang k

2 Syawal | Satu hari di lebuh raya

All videos taken by mknace using SE750i, edited using Sony Vegas and uploaded to youtube.com Macam lagu M. Nasir la pulak tajuk kali ni. Tukau sikit-sikit jer. Memang makan 12 jam jugak, 4 kali berenti dan 2 kali isi minyak. Alhamdulillah perjalanan lancar cuma dah dekat-dekat nak sampai baru jam. Enjoice..

Offline 4 hari

Imej
Photos taken by mknace using Nikon D70s Tak sangka tul aku akan offline 4 hari. Macam-macam aktiviti buat kat kampung. Apa-apapun tunggguuuu...

Back to Nature - Journey ends

Imej
Hari ni hari last untuk Back to nature series. Petang ni dah nak balik ke JB. Tapi sebelum balik tunggu atuk kedah sampai Bangi dulu. Apa yang berlaku. Kengkonon pagi nak jengjalan jap kat Putrajaya. Tapi semua bantai tido. Penat weh ronda zoo dengan KLCC semalam. Lam kul 4 petang atuk kedah sampai. Siap bawa moktan lagi. Sebakul. Haiii.. Penuh balik la bonet aku. Lebih kurang jam 5.30 petang baru bertolak balik ke JB. Bawak enjoy jer. Lam kul 9.00 malam aku tiba ke JB. Maka tamatla edisi Back to Nature ini. Chiaoooo... _________________________________________________________________________ Mohamad Khairul Nizam | 07-5101621 | 0163176350 | 0136042404 | mknace@gmail.com

Back to Nature - Day 3

Imej
Dari pagi lagi orang dah ramai kat rumah atuk kedah. Ada yang potong bawang, masak nasi, dan memacam lagi la. Suhu agak dah agak stabil. Suam-suam kuku sikit la. Tak kisah la. Bawa iqa ngan adik gi ninjau dan tolong-tolong apa yang patut. Pakcik dok sibuk kat kawasan belakang ni. Kawasan mari memasak nasi. Iqa ngan adik pun join sekaki gak. Walaupun lepak kat dangau jer kan. Kira boleh la. Pastu bawak diaorang gi belakang pulak. Kawasan goreng-goreng. Lam kul 11, semua dah siap. Kenduri mula jam 12 tengahari. So sekarang kita prepare untuk serve la pulak. Pastu kenduri kesyukuran pun bermula. Memula baca yasin, pastu diikuti dengan bacaan doa selamat. Boleh tahan gak ramainya tetamu yang hadir. Iqa sibuk ngan kengkawan masa ni. Memacam dia ajak diaorang main, dari uno sampaila ke saidina. Main la iqa. Yang adik lak sibuk tido.. Kini tiba la saat aku bertolak ke Bangi, rumah Mak Yang. Nenek kedah risau gak ngan keadaan aku ni, masih suam-suam kuku. Tak kisah la. Boleh jalan slow

Back to Nature - Day 2

Imej
Awal pagi lagi mama dan nenek kuar ikut atuk kedah gi Pasar Tani. Bukan senang nak sampai sini. Banyak gak yang dibelanja. Pas habis jer program kat pasar tani, mama terus gi Wah Seah pulak. Memang sakan berbelanja. Maklumlah, bukan selalu turun baling kan. Sementara tu pakcik dan atuk sibuk berbelanja untuk kenduri kesyukuran pakcik esok. Lupa nak cakap. Pakcik mengajar kat Lahad Datu, Sabah sana. Maknanya lengkapla seluruh keluarga kami kat serata pelusuk Malaysia. Aku kat Johor, Mak Yang kat Selangor, Paksu kat Kedah, Mak Ngah kat Sarawak dan Pakcik kat Sabah. Badan aku dah mula rasa tak sedap masa amik mama tadi kat pekan. Tapi aku wat gaya-gaya bolayan jer. Takde apa ahh. Iqa dan adik memang dok terbaring jer. Panas badan diaorang. Sebelah petang, mak tak puas hati; dia pegang gak badan aku. Sah. Aku pun demam jugak. Mak terus paksa aku gi klinik dengan pakcik nanti. Takpe la tunggu pakcik balik dari sungai petani dulu la. Sementara tu mama dengan paksu sibuk dok ambik moktan kat