Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kementerian Pendidikan Malaysia

PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017

Imej
PERMOHONAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017 Permohonan boleh dibuat melalui url berikut :  https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/index.cfm Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan boleh menggunakan kemudahan PMI.  Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah) Sek. Berasrama Penuh (SBP) / Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sekolah Menengah Teknik (SMT) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina/Tamil(SJKC/T) Sekolah Berprestasi Tinggi. Cara Permohonan. Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepda kaunselor/guru yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan atau pelajar boleh membeli sendiri nombor PIN di BSN.     Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja).

KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Imej
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015   Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015; bertarikh 29 Disember 2014. Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira; a. Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan b. keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.   KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan dianggap sebagai cuti. Tem

HARI GANTI PERSEKOLAHAN BAGI CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI TAHUN 2015 DITETAPKAN

Imej
HARI GANTI PERSEKOLAHAN BAGI CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI TAHUN 2015 DITETAPKAN SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 10 TAHUN 2015 - CUTI BERGANTI SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI TAHUN 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyelaras dan menetapkan hari ganti pada 10 Oktober 2015 (Sabtu) bersempena dengan Hari Sukan Negara. Keterangan lanjut dan muat turun dokumen layari  http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001266.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017

Imej
PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017 Sukacita dimaklumkan bahawa PERMOHANAN KE PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI 2016/2017 telah dibuka mulai 1 Julai 2015 sehingga 10 Oktober 2015. Sebarang maklumat lanjut sila ke ruangan menu aplikasi berkala atau klik di pautan berikut :   https://matrikulasi.moe.gov.my/permohonan/ Terima kasih. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015 - SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 8 TAHUN 2015

Imej
CUTI BERGANTI SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2015 - SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 8 TAHUN 2015 Kementerian bersetuju untuk memberikan kemudahan cuti berganti pada 15 Julai 2015 (Rabu). Pengetua / Guru Besar perlu mengemukakan permohonan kepada Pendaftar untuk kelulusan. Muaturun surat siaran di sini -  http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001263.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

KURSUS I-THINK SECARA LUAR TALIAN 2015

Imej
KURSUS I-THINK SECARA LUAR TALIAN 2015 Bahan kursus luar talian bagi i-THINK 2015 boleh dimuat turun mulai 16 Jun 2015. Pengguna harus juga mempunyai pelayan web IE versi 10 dan ke atas apabila menggunakan bahan ini. Sila klik di pautan ini : http://www.moe.gov.my/v/ithink Pilih Kursus i-THINK Versi Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris Muat turun semua 13 fail termasuk File Joiner (fjoiner.exe) ke dalam folder PC atau Laptop anda Lancarkan File Joiner (fjoiner.exe)  Masukkan fail yang dimuat turun menggunakan butang ADD FILES Pastikan semua 13 fail disusun bermula dari atas fail _01(13), _02(13), _03(13) dan seterusnya. Klik pada butang APPEND FILES Klik butang JOIN Setelah proses penggabungan tamat, fail (saiz 646 MB) yang telah digabung akan berada dalam folder  Klik fail tersebut untuk melancarkan Kursus i-THINK 

Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK)

Imej
Portal i-Sayang - Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) Portal Pusat Maklumat Setempat Pendidikan Khas (PMSPK) atau lebih dikenali sebagai Portal i-Sayang menyediakan pelbagai maklumat berkaitan orang kurang upaya (OKU) yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi merangkumi kesihatan, kebajikan, pendidikan, kerjaya dan khidmat sokongan dari peringkat bayi sehingga dewasa. Semua maklumat ini diselaraskan oleh KPM yang bertindak sebagai lead agency dan melibatkan kerjasama enam (6) Kementerian lain iaitu : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Kesihatan Malaysia; Kementerian Sumber Manusia; Kementerian Belia dan Sukan; Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia; dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah  Portal i-Sayang juga menyediakan kemudahan bagi membolehkan OKU untuk mengakses portal ini. Setiap laman boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan individu yang mempunyai kategori ketidakupayaan yang be

TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) TAHUN 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
TAWARAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) TAHUN 2015, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Program Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS) merupakan satu program yang ditawarkan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Separuh Masa. Pegawai yang mengikuti program ini tidak bercuti belajar dan masih menjalankan tugas di sekolah/jabatan/bahagian/kementerian seperti biasa. Pegawai layak untuk menerima Yuran Pengajian, Elaun Buku serta Elaun Tesis. Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi. HLPS Peringkat Kedoktoran : 1. HLPS Am Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswaza

PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Imej
PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 1 TAHUN 2015 PELAKSANAAN PENGGUNAAN PELANTAR PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MAYA 1BESTARINET KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) boleh di muaturun melalui url :  http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2015/circularfile_file_001201.pdf Sekolah hendaklah memastikan penggunaan optimum melalui langkah-langkah berikut : memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga menyediakan latihan dalaman pada semua guru memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan mencatatkannya dalam Rekod Persediaan Mengajar menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE menggalakkan guru membina dan menggunakan laman pembelajaran VLE bagi tujuan PdP menggalakkan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE Mulakan Sesi Persekolahan 2015 anda dengan bantuan tekn

'LIVE STREAMING' MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2015 KPM

Imej
'LIVE STREAMING' MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2015 KPM Tonton 'live streaming' Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan Malaysia pada 16 Januari 2015, Jumaat jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari melalui portal rasmi KPM di www.moe.gov.my Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

SENARAI JUDUL BUKU TEKS TERBITAN BAHARU SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEGUNAAN TAHUN 2015

Imej
SENARAI JUDUL BUKU TEKS TERBITAN BAHARU SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KEGUNAAN TAHUN 2015 Sila rujuk lampiran di url berikut :  http://moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2015/articlefile_file_003738.pdf **Foto dikongsi dari  http://www.omaq.org/ Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

TAWARAN SKIM BIASISWA MYBRAINSC TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2015/2016

Imej
TAWARAN SKIM BIASISWA MYBRAINSC TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI AKADEMIK 2015/2016 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan bagi penajaan Biasiswa MyBrainSc (Sains Tulen) di Peringkat Ijazah Pertama dan Pasca Siswazah yang akan dibuka pada 31 Disember 2014 hingga 28 Februari 2015. Sila klik url berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut :  https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/ A. PENGENALAN PROGRAM Biasiswa MyBrainSc ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang atau akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Ijazah Khas secara sepenuh masa dalam bidang sains tulen iaitu Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPTA) dan universiti terkemuka dunia atau bertaraf Ivy League. Program ini merupakan salah satu agenda Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencapai matlamat Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan menghasilkan saintis-saintis muda yang berjiwa be

OPERASI PASCA-BANJIR KPM MELIBATKAN 50,000 SUKARELAWAN

Imej
OPERASI PASCA-BANJIR KPM MELIBATKAN 50,000 SUKARELAWAN Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat perancangan untuk operasi membantu mangsa pasca-banjir melibatkan 50,000 sukarelawan siswa dan staf institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. Menurut Dato' Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan II, "Operasi ini merupakan usaha yang bersejarah kerana kepakaran dan sumber tenaga yang sedia ada di IPT akan digerakkan secara besar-besaran untuk membantu mangsa banjir". Menteri Pendidikan II juga mengatakan bahawa KPM mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu mangsa banjir. Operasi ini akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 1 Jan 2015 untuk tempoh selama sebulan selari dengan cuti semester pertama sesi 2014/15 bagi kebanyakan IPT. Selain itu, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), warga Politeknik dan Kolej Komuniti turut terlibat dan memberi bantuan dan sokongan kepada Operasi ini. Tumpuan utama Operasi ialah pembersihan sekolah dan

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2015

Imej
MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) 2015 Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Jumaat, 16 Januari 2015 8.00 pagi - 12.00 tengahari Semua warga KPM dijemput hadir Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 24 TAHUN 2014 : PENANGGUHAN TARIKH MULA SESI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015

Imej
SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 24 TAHUN 2014 : PENANGGUHAN TARIKH MULA SESI PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 Berikut dilampirkan pautan ke surat siaran berkaitan : http://moe.gov.my/cms/upload_files/circularfile/2014/circularfile_file_001197.pdf Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PENUTUPAN SEMENTARA CAPAIAN KE APLIKASI-APLIKASI BERKAITAN PANGKALAN DATA EMIS, APDM DAN SMG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
PENUTUPAN SEMENTARA CAPAIAN KE APLIKASI-APLIKASI BERKAITAN PANGKALAN DATA EMIS, APDM DAN SMG KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Adalah dimaklumkan pihak KPM akan melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan ke atas sistem-sistem berkaitan pangkalan data EMIS, APDM dan SMG. Oleh yang demikian, capaian ke atas sistem-sistem berkaitan akan ditutup selama 2 hari iaitu bermula pada 30 Disember 2014 sehingga 31 Disember 2014 . Sistem-sistem berkaitan akan boleh dicapai semula pada 1 Januari 2015 . Segala kesulitan amat dikesali. Via Blogger PC Edisen Enjoice...Sharing is power!!!

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2014 KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Imej
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN 2014 KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan masyarakat umum yang telah memberikan pelbagai respon mengenai keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan pada 22 Disember 2014. Sehubungan itu, KPM ingin menjelaskan sekali lagi bahawa keputusan melaksanakan PT3 untuk menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dibuat setelah mendapat pandangan rakyat daripada pelbagai peringkat yang pada ketika itu rata-rata mahukan sistem pendidikan negara tidak terlalu bertumpu dan mementingkan peperiksaan semata-mata yang mengekang percambahan berfikir. Sebaliknya negara kita mesti melahirkan pelajar berkualiti yang mempunyai kemahiran berfikir yang lebih kritis, kreatif dan mendorong pelajar untuk berfikir di luar kotak. Justeru itu, setelah meneliti dan membuat kajian terperinci, PT3 yang mengantikan PMR telah diperkenalkan pada tahun ini, ditambah ba