Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Jenjalan Cari Makan

Jenjalan Cari Makan : Durian Ulu Pulai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Durian Ulu Pulai. Balik dari Pekan Nenas kami singgah kedai pakcik ni. Gerai pertama selepas korang masuk dari simpang pekan nenas ulu pulai tu. Kalau diikutkan memang sepanjang jalan tu penuh dengan gerai menjual durian. Dulu boleh kata kami berenti setiap gerai dan gerai pakcik ni yang bagi best price. Semalam tanya pun range dari RM10 ke RM20 untuk sekilo. Durian yang terbaik dia pun dia jual RM30 sekilo. Terus duduk dan makan dengan gembira terutama si iqi. Kami amik setiap range harga tu dan ambil sebiji yang terbaik. Makcik tu memang super ramah la. Aku kira dia sangat suka nengok orang makan. Selesai semua dia kira pukul rata aje RM20 untuk durian yang kami makan. Sangat tak berkira. Ambil sekali rambutan sebab dedua lelaki tu sibuk pulak nak makan rambutan. Kekeke. Untung la sapa yang ada dusun kat JB ni kan.

Jenjalan Cari Makan : Ikan Celup Tepung Pantai Penyabung, Mersing

Imej
Jenjalan Cari Makan : Ikan Celup Tepung Pantai Penyabung, Mersing. Lewat petang 30 November tu Abang Halil wak jenjalan. Sampai Pantai Penyabung kami jenjalan. Layan sungguh. Line? Pikir sendiri la. Hahaha. Semua kaput. Boleh tahan tempatnya. Aku tak makan sebarang haiwan laut kat sini. Kasi can la yang lelain makan. Pisang goreng aje le. Kekeke. Sakan nengok deme yang lain makan. Tempatnya nyaman. Terbaeekkk!!!!

Jenjalan Cari Makan : Durian Gelang Patah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Durian Gelang Patah. Semalam. Balik je dari mydin. Mata a bit meliar jugak cari derian ni. Sekali nengok kat pekan lama tu, kedai seberang jalan depan shell; port biasa singaporean beli derian, nampak penuh jugak dengan kereta. Tawaf sekali pekan lama. Dapat berenti depan kedai dia. D24. Sekilo RM25. Ambik la dua bijik buat lepas kempunan kan. Dekat RM60 jugak. Setel ja makan. Calculate balik lebih kurang seulas RM5 jugak. Pergghhh. Ni yang semua orang dok bising la ni tu. Derian macam emas kot. Hahaha.

Jenjalan Cari Makan : Cenderawasih Corner, Larkin

Imej
Jenjalan Cari Makan : Cenderawasih Corner, Larkin. 23 Oktober lepas. Paginya gi full rehearsal kat EC. Selesai aje langsung balik opis. Sekali masa lunch, KS ajak makan cendol. Hua hua hua. Aku pun tak perasan sapa yang kasi idea kat cenderawasih ni. Tapi quite ok la tempatnya. First time aku singgah dan masuk. Selama ni aku lalu je. Banyak gerai-gerai menarik ada kat sini. At last. Aku try mee wantan larkin legend. Siap masuk dapur pilih bahan. Yang tak berkaitan aku tak kasi masuk. Hahaha. Belasah aje. Quite OK la. Siap tambah cili hijau dan telur dari rojak asma gitu. Belasah aje ler. Layan...

Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Bestmart, Taman Nusa Bestari

Imej
Jenjalan Cari Makan : Medan Selera Bestmart, Taman Nusa Bestari. Dari Sutera Mall kita gerak ke Bestmart. Ni port makan dedolu. Jaman aku ngan mama masih ngajar kat Tun Aminah ler kan. Pusing kiri kanan. Aku nak mihun celup. Sekali semua yang fishball aku suap ke mulut si Inaz. Kekeke. Cili dia memang pedas tahap dewa beb. Mama amik nasi ayam biasa, makan dengan ici dan inaz amik nasi ayam black pepper. Iqi makan mee goreng mamak dan iqa makan nasi sama tomyam campur. Cari pisang goreng tak jumpa. Rupanya baru nak setting tempat. Haisshhh. Meronda jap kat dalam sambil aku melepak nunggu dalam kereta. Panas boleh tahan hari ni.

Jenjalan Cari Makan : Usop Kerabu, Ulu Pulai

Imej
Jenjalan Cari Makan : Usop Kerabu, Ulu Pulai. Kalau nak cerita nasi kerabu. Ni la tempat paling best untuk kami. Kat Gelang Patah la. Selalu kami sampai lewat sikit biasanya dah habis. Pagi ni rezeki ada untuk kami. Dua nasi kerabu. Satu nasi lemak. Tu pun dah last kopek. Alhamdulillah. Kenyang perut suka hati pagi ni. Iqi dengan ici sibuk dok makan seri muka. Pastu dok main sinki yang kebetulan sebelah belakang kami aje. Balik. Sempat singgah RZ Food yang berdepan aje dengan jalan ke Usop Kerabu ni. Beli kerepek ubi kari pulak. Nak test nengok camner rasa dia. Hari tu mama beli kerepek ubi cheese. Boleh la nak nelan. Tapi kurang pedas. Jadi muak pulak.

Jenjalan Cari Makan : Restoran Zam Zam Corner, Perling

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoran Zam Zam Corner, Perling. Punya la lama kami dok cari piala yang paling sesuai semalam untuk EKSA. Lajak habis jugak ni. Alhamdulillah. Jumpa juga yang bos berkenan kan. Setel aje, baru sedar perut dah minta diisi. Layan mihun soto kat restoran ni. Boleh la.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Tepian Tebrau

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Tepian Tebrau. Hari ni kerja kami tengok data aje. Pinau mata. Hahaha. Lunch kita gi jauh sikit. Kebetulan mus nak nengok adik dia kat HSA, singgah la tepian tebrau memandangkan cakoi mahmoodiah tu tutup. OK la. Nak kata best sangat pun idak. Nak kata tak best pun idak. Yang penting. Perut berisi kan.

Jenjalan Cari Makan : Selera Johor

Imej
Jenjalan Cari Makan : Selera Johor. Kami memilih Selera Johor sebagai tempat untuk late lunch hari ni. Layan aje ler kan. Mama amik mee rebus. Aku mihun soto. Alhamdulillah. Suka tul ici. Dua dua dia makan. Bak kata mama. Datang jejauh sini, kalau setakat nak makan nasi ayam Talip, baik makan kat Gelang Patah aje. Hahaha. Eksen tul orang gelang patah ni.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Penyet Jakarta. Tadi call delivery Nasi Ayam Penyet Jakarta. Terus kita buat small makan makan. Hehehe. Masa lunch kita makan nasi ayam penyet hari ni. Biasa lah. Sapa tak kenal nasi ayam penyet Jakarta kan. Tak perlu ulas panjang-panjang. Memang terbaeekkk!!!! Yang tak tahan. Nak bukak ikatan sup dan sambal dia lah. Hahaha. Selamat makan semua.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib Taman Nusantara

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Talib Taman Nusantara. Waktu lunch tadi. Alang alang kat Gelang Patah. Singgah Nasi Ayam Talib jap. Saja bagi Mus ngan Lan tau pasal lokasi sebenar restoran di Taman Nusantara ni. Layan.

Jenjalan Cari Makan : Laksa Warung Mak Ram

Imej
Jenjalan Cari Makan : Laksa Warung Mak Ram. Ni ler kerja si Mus ni. Abis aku punya puasa hari ni. Dia bawak pisang goreng dan laksa dari warung Mak Ram. Rumusan aku bagi laksa. Bagi aku yang dari kecik hantu laksa : Boleh la. Tapi biasa biasa aje. Pisang dia memang marbeles. Apa pun. TQVM Mus. Tak pepasal aku hirup kuah laksa yang aku dok terliur secara tetiba petang semalam.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Medan Selera BBU

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ayam Medan Selera BBU. Masa lunch gi merayap BBU dengan Mus. Cari Tac untuk tampal poster EKSA kat Sudut EKSA Zon 7. Langsung dah kat sini, layan Nasi Ayam kat sini aje la. Perghhh. Memang marbeles. Lama tak pekena kan. Tengok sos dia yang tok leh blah tu. Kalau esok sakit, tau la sebab apa kan. Kekeke.

Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Taman Ungku Tun Aminah

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Azinur, Taman Ungku Tun Aminah. Sibuk jugak hari ni. Mana nak tengok data rasminya. Mana nak tengok EKSA nya. Mana nak tengok t-shirt EKSA nya. Tengahari ni sibuk dok layan T-Shirt ngan pembekal aje. Katanya around 2 dia sampai. Ambil masa jap untuk layan perut jap masa lunch. Sampai Azinur tu. Hahaha. Alhamdulillah.

Jenjalan Cari Makan : Kafeteria JPNJ

Imej
Jenjalan Cari Makan : Kafeteria JPNJ. Pergghhh! Pagi ni punya presentation ubi dia. Mengiurkan. Kalau dulu. Kalau dulu la kan. Aku ratah gitu aje ikan bilis ngan ikan masin ni. Haisshhh. Pepagi dah buat aku terliur. Amik nasi goreng cina pagi ni sama ayam. Selak selak. Ngan fish cake. Ngan kacang hijau. Hmmm. Ayam aje ler aku ratah buat sarapan. Sedih sedih. Nak buat camner kan.

Jenjalan Cari Makan : Warung Mak Ram, Kampung Pasir

Imej
Jenjalan Cari Makan : Warung Mak Ram, Kampung Pasir. Hari ni lunch ke Kampung Pasir. Macam biasa. Kami tinggalkan si Adi lagi. Hehehe. Ramai pulak orang hari ni. Alhamdulillah. Dapat dua seat kosong. Si Mus makan nasi botok-botok. Nampak cam best aje kan. Yang paling aku suka sebenarnya adalah variety of kuih muih yang dia ada. Marbeles. Balik. Singgah jap pusat koko. Nak tanya pasal kaki untuk sepanduk. Sib baik en adi ada masa tu. Rehat rehat sibuk nak nyinggah. Keluar si kucen tu tido. Dah balik opis pun si kucen masih tido. Teruk tul tido ko kucen.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mak Ana Pedas Berapi

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mak Ana Pedas Berapi. Singgah jap kat gerai mak ana ni. Sebelah Petronas UDA. Tanya mus apasal tak gi mat corner aje. Saja nak cari kelainan katanya. OK ler tu. Nampak dia punya memang lengkap semua as nasi ambeng berbanding mat corner. Ada mee, ada begedil gitu. Siap taruk sambal belacan. Tambah kuah lagi. Pergghhh. Ni memang pedas berapi ni. Aku puasa hari ni so nengok aje ler. Tanya mus. Dia kata so so aje. Ye lah. Lain orang lain citarasa kan. Tengok orang boleh tahan jugak ramai kat sini.

Jenjalan Cari Makan : Restoren Sirr D' Rina

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Sirr D' Rina. Lunch tadi mus ajak gi sini ngan fadzli. Layankan aje ler walau aku la ni dah start tak makan lunch. Minum pun ok aje kan. Nengok si mus makan kaki ayam. Pergghhhh!!! Aku snap snap aje picas kat sini dan on the way back. Masalah besar mula timbul bila aku dah layan SJCam semula nih. Kekeke.

Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda

Imej
Jenjalan Cari Makan : Nasi Ambeng Mat Corner, Bandar Baru Uda. Tengah hari tadi kena cari tempat yang paling cepat dan sedap. Mana lagi kalau bukan kat Mat Corner kan. Perghhh.. Hari ni makan sambil disulami alunan muzik yang klasikal gesekan biola pakcik kat penjuru masuk ke medan selera. Aku dengan nasi ayam manakala mus amik nasi spesel, ayam dan daging. Yummy!

Jenjalan Cari Makan : Restoren Sirr D' Rina

Imej
Jenjalan Cari Makan : Restoren Sirr D' Rina. Semalam penuh dengan perbincangan demi perbincangan di sebelah pagi. Dengan mustakim, dengan adi, dengan bos, dengan ustaz azman dan last sekali dengan en. Rosli. Sedo sedo dam lepas lam 1 tengah hari. Wau. Cepat tul masa berlalu hari ni. Mus kata yok kita makan steamboat sambil dapat jelingan manja bos. Kekeke. Takde benda lain dah ke korang nak makan ni. Tu la. Orang ajak makan kat luar la. Mende la si mus ni. Kekeke. So. Kami pun pakat keluar la cari makan. Target awal. Selera Johor. Tapi target harus la penuh pasal masa lunch memang semua pakat tertumpu kat situ dan ya, kawasan baru dia yang serba cantik tu menyebabkan kurangnya tempat kita boleh makan pada waktu puncak gini. At last, kita pilih restoren Sirr D' Rina la. Belakang dia aje. Depan YPJ. Sini meja makan bertaburan. Makanan pun OK. Harga pun lebih murah. Lepak situ. Pilih makanan cam biasa. 3 orang makan RM24. OK ler tu jaman gini tengah bandar. Bagi aku ler. Setel.