Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bila Iqa dan Inaz berkaraoke

Roti Canai for the birthday girl

Imej
Pagi ni merayap ke luar jap, ziqri suka tul nengok luar cenggini Hari ni spesel sikit, selain cuti sempena Maulidur Rasul, hari ni merupakan besday iqa yang ke lapan. So, malam ni memang la nak buat mari potong kek untuk dia. Dan banyak lagi la. siap nak kuar gi beli jajan nak belanja memember kelas dia esok. Sementara nak nunggu kuar gi amik kek dan beli jajan tu, iqa ajak makan roti canai kat luar. Si iqa ni memang suka makan kat gerai. Makan kat umah tak best katanya. Kat sana leh order. memang la. Dah nama pun kat gerai kan. Semua ada. Apa pun dia sorang ja yang makan pasal aku tapau untuk aku dan yang lain. Biarla dia spesel sikit. Besday girl la katakan>>>> haaa.. apa lagi.. order la sempat amik gambo aku. sian katanya.. asik takdak gambar ja encik ziqri yang bulat matanya tapi sepet dah sampai dah air teh ais dia siap tumpah ke baju tuh ok.. masa untuk makan motor yang mata ziqri tak lepas memandang dari tadi sedap iqa? slow tul

Aktiviti sebelum tidur cuti sekolah

Imej
Setiap malam, ni ler kerja dua beradik nih. Layan popeye lah. layan cup cake making la, layan princess la, yang paling tak tahan tu, layan upik abu dan laura. Takpe la.. lagi pun semua dah ikut jadual yang mama dah buat kan. Tu sib baik dah dok elok layan movie kat lappy.. Sebelum tu siap dok bergaduh rebut beg la apa kebenda, kes nak bawak balik kedah nanti.. Dapat susu, dedua dah senyap ja layan movie.. Enjoice...Sharing is power!!!

En. Ziqri pun nak nyanyi jugak

Imej
Tarikh : 4 Disember 2010 Masa : 2.30 petang Tempat : Depan TV Mood : Sesaja nengokkan si ziqri ngan kakak kaka dia Mama dia baru ja dengar lagu lagu tribute to P.Ramlee. Ala.. yang astro buat tu.. Memang cam serabai bila bebudak tu nyanyi balik. Aku pun suka yang memula tu jer. Lagu Di mana kan ku cari ganti.. tu pun berapa ramai yang nyanyi cam haremm ja.. Mama suruh iqa nyanyi balik lagu lagu yang dinyanyi diaorang tu. Mama kata nak wat tribute sendiri, nanti haplod ke youtube. Si ziqri nengokkan ja semua. Pastu dia pun dok nak tarik tarik kabel mic dengan kabel vcam tu. Maybe dia kata dia pun leh nyanyi la.. Last last main ja la dengan bola tangkis, bulu tangkis yang dimodified untuk bebudak nih.. Jadi la Ni dah gaya amy search dah ni.. nak makan bola ka apa nih Tu baru sikit ja tau abah.. nanti ziqri kasi lagi power punya Baru nak kasi lagi power lagu dah abis daaa Enjoice...Sharing is power!!!

Lagu yang nak nyanyi?? Kat Kedah?!?

Imej
Tarikh : 4 Disember 2010 Masa : 2.00 petang Tempat : Lam rumah Mood : Pergghhh.. siap ada list tu Tadi terperasan satu plastik hitam atas kabinet depan. Apa la pulak letak plastik sepah sana sini nih. Sekali tengok dekat dekat.. ternampak printing senarai lagu.. Banyak tu.. So, si iqa ni dah ready nak nyanyi nanti masa kat kedah nanti nih, sempena kenduri kahwin pakcik dia. Bukak dalam dah tersusun cd cd dari senarai lagu yang dia dah taip dan print tu. Mama dia kata dia dok training setiap hari untuk majlis kat kedah sana nu nanti. Iqa boleh!! Tengok la senarai nih.. banyak tu lagu dia nak bawak nanti tu Tengok cd yang berterabur nih ha.. layannnzzz!!! Enjoice...Sharing is power!!!

Kebudak kerol part 3

Imej
Tarikh : 4 Disember 2010 Masa : Tengahari nak bawak ke petang Tempat : Rumah den Mood : Aduhaii!! Tengok la kebudak ni semua. Ni baru kisah nak gi kenduri tu. Dah siap melawa mengalahkan orang tua. Siap nak lipstik la, eye shadow la. Dah tu.. lengkap ngan aksesori lagi tu. Payung la. Beg duit la.. Memacam la dedua nih. Ziqri yang tak tau apa apa pun terbabit secara tak langsung bila kakak kakak dia ni dah tarik masuk nak amik gambar sekali. Kan dah sedih dia. Huhuhuhu.. saya tak bersalah.. Bila ajak borak, tak lain.. Bila nak balik kedah. Baper hari lagi nak balik rumah atuk kedah.. Hihihi.. dah tak sesabo dah nak balik kampung. Mana taknya.. sepupu lain semua dah bising.. Asik dok berbalas call jer dari semalam.. Sib baik aku nyer phone pakai yang free ke talian tetap.. Sibuk berposing sakan ngan aksesori segala Saya tak nak terlibat kata ziqri Enjoice...Sharing is power!!!

Back to school shopping

Imej
Tarikh : 28 November 2010 Masa : Starting 10.00 am Tempat : Plaza Angsana, JB Mood : Penat seiiihh!!! Pagi ni bermula la operasi baru kitaorang. Ya.. Apalagi kalau bukan persediaan untuk ke sekolah tahun 2011. Misi.. bukan misi yang kat klinik tu, tapi tujuan utama; baju sekolah iqa fullset, kasut iqa 2 pasang, kasut adik.. pun masuk jugak ka, termos ziqri, ganti yang pecah itu hari, baju putih aku untuk presentation kat klang nanti, seluar hitam mama.. Dan jangan lupa buku kerja iqa dan adik.. OK dah.. Jom kita mula berbelanja.. Memula menuju ke UO la. Pasal aku memang beli baju sekolah kat sini. Jenama biasa aje.. Bek bek?? Tapi kualiti dia OK jugak, setanding harga dia la kan.. Belasah ajer la.. Kira punya kira RM200++ jugak.. Dah setel tu mula la misi(??!?) cari baju putih untuk aku. Mana la aku suka pakai baju putih. Aku suka kaler kelabu. Sampai ramai yang kata aku suka pakai baju sama berhari-hari.. Hakikat dia.. Baju kelabu aku memang hampir sama, setiap pasang pulak