Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel 2017

Poliklinik Rozikin : Iqi sakit tekak

Imej
Poliklinik Rozikin : Iqi sakit tekak. 17 mei lepas. Hari yang a bit sibuk bagi aku. Balik agak lewat. Tapi iqi tetap kena dibawa ke klinik. Dah dua hari merengek sakit tekak. Alhamdulillah. Semua OK. Sempat ngepau mainan dengan mama dia. Layan aje la.

Program Membudayakan Al-Quran : Majlis Tahlil Perdana Siri 2

Imej
Program Membudayakan Al-Quran : Majlis Tahlil Perdana Siri 2. Pagi tadi kami beramai-ramai ke surau untuk siri 2 Majlis Tahlil untuk kakitangan JPN ni. Terbaeekkk!!!! Selesai aje terus ustaz Najib bagi taklimat berkenaan kaedah penentuan bulan Ramadan dan Syawal. Banyak yang kami dapat hari ni. Memang bagus tul ilmu falak ni. Baru faham kenapa boleh nampak atau tidak ni. Tak lupa ada sedikit pindaan bagi awal muharram tahun depan sebab dua syarat tak patuh. Tunggu surat siaran aje la. Seterusnya majlis pelancaran program ihya' ramadan dan misi kemboja mengambil tempat. Paling best masa nak keluar siap dapat nasi arab. Mantop. Hehehe.

Selamat Bersara Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Hamdan

Imej
Selamat bersara Tuan Haji Abdul Rahman Bin Haji Hamdan. Tadi Haji Rahman sempat buat ziarah ringkas di SPMICT bersama team dia. Seronok borak-borak jap. Hilang seorang lagi kawan. Semoga Haji Rahman diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa dirahmati Allah. Mohon ribuan kemaafan atas apa juga kesilapan dan keterlanjuran. Selamat bersara dan menunaikan ibadah puasa.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) : Taklimat @JPN Johor

Imej
Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) : Taklimat @JPN Johor. Pagi tadi kami beramai-ramai lagi duduk di Dewan Seminar. Kali ni bersama barisan kepimpinan sekolah bagi taklimat PIPPK ni. Lima bab. Semua selesai. Terbaeekkk!!!! Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. KPM telah membangunkan Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) iaitu dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK menyediakan garis panduan kepada PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan menjadi kerjaya pilihan utama. PIPPK ialah dokumen rujuk

Perhimpunan Bulanan Bil.5/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Imej
Perhimpunan Bulanan Bil.5/2017 Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Pagi ni sepagi dalam dewan seminar. 4 dalam 1 program perhimpunan kali ni. Dalamnya perhimpunan ada sambutan hari pekerja. Dalamnya juga ada sambutan hari guru. Dalamnya juga ada majlis anugerah perkhidmatan cemerlang. Marbeles. Lain dari lain. Cara masuk. Cara emcee ditukar. Hehehe. Adha tak cakap apa apa pun. Terus kena tukar aje. Dari team cikgu, jadi team kebudak pra u katanya. Sebab hari guru. Hehehe. team pengarah masuk sebagai pilot bersama tppj, ks skpp sebagai pramugari. Memang kelas ler. Hehehe. Yang lain pun leh tahan komitmennya. Memacam stail pekerjaan boleh ditengok. Selepas ucapan aluan pengarah. Terus disambung dengan ikrar dan nyanyian lagu hari guru. Selesai aje terus anugerah perkhidmatan cemerlang didahului oleh tppj sebagai penerima. Disambung dengan anugerah pada warga SBP. Baru aku tau sebab ni lah majlis pertama anugerah perkhidmatan cemerlang yang aku ikut kot. Hahaha. First time aku ikut tu sep

Sekolah Tun Fatimah : 20170519 Lawatan Hujung Minggu

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170519 Lawatan Hujung Minggu. Lawatan biasa biasa aje. Makan makan. Iqa bagi kad hari ibu custom made pada mama.

Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017

Imej
Majlis Pelancaran Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Program Motivasi Super Success SK Taman Nusa Perintis 2017. Pagi tadi ke SK Taman Nusa Perintis. Ada program motivasi untuk pelajar tahun 5 dan 6. Sebelum tu. Gi makan dulu kat nusantara. Dekat dua bulan aku tak pakai jam. Pagi ni baru pakai semula. Lain macam pulak rasanya. Kaki. Toksah cerita. Berdenyut semacam ni. Seminggu punya penangan. Jalan sana sini. Cuma kali ni effect dia lewat sikit. Dah habih semua baru mula nak terasa. Nampak macam minggu depan aku stay ofis aje la gini. Ni pun dah rasa lain macam sangat dah ni. Jalan dah makin mula perlahan dah. K. Berbalik pada program ni. Baru ja duduk lam dewan tetiba pengumuman dibuat. Ibu bapa ke bilik muzik. Anak di dewan. Hokaloh. Malas tul aku nak gerak. Tetambah dalam keadaan gini. Tak pe la. Gagahkan jugak merayap ke bilik muzik. Ada perkongsian antara YDP SK Medini berkenaan KSIB di sekolahnya. Selesai aje terus dilancarkan laman web KSIB SK Taman Nusa Perintis. Aku sem

Majlis Konvokesyen 2016 Sijil Darjah Khas Agama Zon 3 dan 4 daerah Johor Bahru

Imej
Majlis Konvokesyen 2016 Sijil Darjah Khas Agama Zon 3 dan 4 daerah Johor Bahru. Ni cerita yang a bit dah lama. Majlis Konvo Sekolah Darjah Khas Iqa. Buat pada 13 Mei yang lepas. Sama dengan mulanya larian muafakat guru itu hari. So. Hari tu memang aku tak join kumpulan hari guru. Cuma aku ikut perasmian Menteri Pendidikan kat Angsana aje sebelah petangnya. So. Pagi tu awal kami gerak. Singgah kat perling nak sarap. Satu kedai pun tak bukak lagi. Last last makan nasi lemak tepi jalan ngan air milo dari kedai mesra petronas. Takpe la. Janji perut berisi. On the way memang nampak ramai yang berbaju KrMJ. Dah laluan dan tempat hampir sama kan. Cuma aku lajak terus ke Pusat Islam. Sampai sana. Pergghhh... Kaku jap. Sudah. Daftar kena dengan cikgu sekolah agama dia. Poning beb. Iqa ni ngajinya kat sekolah lain. Ambik periksa kat sekolah lain. Result semua kat sekolah diambil periksa. Mana la dia nak cam sangat geng geng dia. Kekeke. Terpaksa la tanya setiap ustaz ustazah setiap barisan ma

Taklimat Pelaksanaan Projek ICT JPN Johor 2017

Imej
Taklimat Pelaksanaan Projek ICT JPN Johor 2017. Sebelah petang lepak dalam bilik mesyuarat utama. Ada taklimat daripada BPM. Kusangka ada 3. Rupanya 4 vendor. Mulanya dengan Prestariang untuk Microsoft. A bit tak best sebab Power BI dia tak cover sebab PADU dah registered katanya. Lepas tu dengan Telekom Malaysia on GovNET. Next come Novalis kalau tak silap berkaitan dengan anti virus baharu. Dan diakhiri dengan novalis jugak berkaitan PM untuk server. Tu yang ingatkan 3 aje tu. Pasal novalis aje ada dua representative. Last BPM buat rumusan sebelum taklimat ditutup. Jam 6.00 petang jugak baru setel. Perghhh!

Small eat eat SPMICT Hari Guru 2017

Imej
Small eat eat SPMICT Hari Guru 2017. Setel bab pengarah, KS tanya nak makan apa. Wahahahaha. Ketawa jahat tu. Dok mikio jap. Kita tepon aje Nasi Ayam Penyet Jakarta. Siap ngantor sampai ke opis. Terbaeekkk!!!! Makan makan hari guru. Tinggal takde sukaneka ngan nyanyi nyanyi aje. Takpe. Tahun depan mus ngan adi asah lidah. Boleh buat persembahan. Kekeke. Shima dari kurus keding dah boleh nak celen fizal dah body dia. Makan aje.

Sepagi bersama pengarah

Imej
Sepagi bersama pengarah. Actually. Dari semalam aku dok mikir nak buat something dari pengarah untuk semua cikgu-cikgu Johor. Sekali pagi tadi, baru ja aku duduk kat meja tetiba yati call. Bos nak jumpa jam 8.15 pagi. Wah. Dalam kepala  dah mula dok mikir sebab apa. Terus prepare dokumen EKMLTK pasal tu yang paling dekat nak kena setel. Jumpa bos. Memang. First dia tanya pasal EKMLTK. Selesai. Bab dua keluar. Saya nak bagi ucapan terima kasih saya khas pada semua. OK. Terus gi prepare. Tepon fizal. Kamera mana nak pakai yer. Last last aku teringat kamera galaxy aku memang aku letak lam laci semalam. Memang macam Tuhan dah lorongkan aje. Biasanya aku memang simpan dalam laci di rumah. Bila ada benda atau majlis baru aku bawak. Fizal dah ready. Tempat dah setting. Aku karang sikit. Timbalan pun bantu semak. Suruh mus semak. Siap tambah pantun gitu. TQVM mus. Tengah dok nengok sekolah pun sempat lagi nak nolong. Rakam. TQVM pada Fizal. Dari awal sampai la gabung dan edit. Setel. Mustak

Perayaan Hari Guru Kali Ke-46 2017 Johor : From My Point Of View

Imej
Perayaan Hari Guru Kali Ke-46 2017 Johor : From My Point Of View. Yang pasti. Hari ni penat. Sampai kat situ awal. 7.15 pagi dah sampai kat stadium. Parking. Terperasan seseorang yang aku rasa sangat aku kenal. Yup. Member lama. Gi borak borak jap. Sambil berjalan baru aku tahu yang dia la ni dah jadi pegawai khas KPPM. Tak sangka noo... Hahaha. Ronda jap around tempat pendaftaran. Ronda masuk. Sekali en. Baba panggil. Dua isu. Azhar BTPN dan Pegawai Media Pejabat PM. Hmmm... Setelkan jap. Ronda luar jap. Sempat selfie ngan artis hari ini. Terbaeekkk!!!! Kalau korang perasan pun. Aku memang lebih banyak bergambar dengan rakan-rakan lama daripada VIP. Memang habit dari dulu kot. Orang belakang tabir. Kecuali deme datang, kena la entertain kan. Masuk dalam. Cari tempat paling strategik mengikut amalan aku, Wakakaka. Memang aku pun dah tak larat nak jalan or berdiri lagi dah pun sebenarnya. Terus aku lepak aje kat situ sampai la majlis habis. Sempat borak ngan cikgu Aziz. Dah jadi peng

Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YB Menteri Pendidikan

Imej
Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YB Menteri Pendidikan boleh dimuaturun melalui pautan berikut :  http://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2017/05_May/TEKS_PERUTUSAN_BOS_HARI_GURU_2017.pdf TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA TEMA: “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik yang dikasihi sekalian, Pendahuluan 1. Setiap tahun, 16 Mei merupakan tarikh keramat yang disambut sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan terhadap jasa dan sumbangan warga pendidik di seluruh negara. Saya bersyukur kerana sudah hampir lima dekad rakyat Malaysia menyambut dan merayakan Hari Guru; iaitu buat kali yang ke-46 pada tahun ini. Penghormatan kepada para guru amat layak diterima atas kegigihan mereka mencurahkan segala ilmu, khidmat bakti dan tunjuk ajar demi mendidik anak watan menjadi insan cemerlang yang berpe

Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YBhg. Tan Sri KPPM

Imej
Teks Perutusan Hari Guru Tahun 2017 Oleh YBhg. Tan Sri KPPM boleh dimuaturun melalui pautan berikut :  http://moe.gov.my/images/KPM/UKK/2017/05_May/TEKS_PERUTUSAN_KPPM_HARI_GURU_2017.pdf TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA TEMA: “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian, Pendahuluan 1. Saya bersyukur kerana 16 Mei muncul lagi sebagai satu hari yang amat istimewa bagi semua warga pendidik. Pada hari ini, saya mengucapkan “Selamat Hari Guru” dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, pengorbanan dan perjuangan para guru menyampaikan ilmu kepada anak-anak kita. Untuk kali yang ke-46 ini, kita bersama-sama meraikan hari guru sebagai tanda penghormatan dan pengiktirafan tertinggi masyarakat terhadap sumbangan besar dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru

Jom Jenjalan : Haircut with Iqi @Ravi's

Imej
Jom Jenjalan : Haircut with Iqi @Ravi's. Sempat berenti isi minyak dulu. Ngam ngam ho. Hahaha. On the way nak gi Ravi's jumpa eksiden kat simpang empat nusa perintis tiga. Trafik light agak pelik sejak kebelakangan ni. Aku pun kekadang malas nak lalu sebab jalan dari sekolah biasanya lampunya tetap merah sampai bila bila. Singgah ravi. Ramai pulak orang. Layan nunggu la. On the way back. Sempat layan anjing tulang besi urat dawai. Eksen tul baring tengah jalan. Pepagi pun sama. Memang anjing ni super duper kerek nih. Hehehe.

Sekolah Tun Fatimah : 20170501 Lawatan Cuti Pekerja

Imej
Sekolah Tun Fatimah : 20170501 Lawatan Cuti Pekerja. Lawatan paling cukup korum. Memang manfaat habis masa cuti hari pekerja ni. Suka la iqa. Hehehe. Good luck dengan peperiksaan minggu ni. Do the best!

Yok Jenjalan : Plaza Angsana 20170501

Imej
Yok Jenjalan : Plaza Angsana 20170501. Pagi ni ada sikit masa. Sesambil dok nunggu fail upload dan donlod, sempat la proses gambo dan masuk dalam blog. Ni cerita cuti hari pekerja yang lepas. LEpas ja jenjalan ke FESKO UTM tu singgah Angsana jap. Nak makan tengahari je sambil tapau sikit food untuk Iqa. Naik ke Atrium ada majlis. Pau belon dua untuk iqi dan ici. Terus gerak ke STF.

Aku Negaraku

Imej
Aku Negaraku. Lagu ini merupakan lagu patriotik terbaru bagi negara kita Malaysia sebagaimana yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Untuk Hari Guru 2017 juga lagu ni akan dimainkan. Lirik Aku Negaraku Ku sedar Tanah Air Aku Bertuah Di sini Tempatku Berjasa Ku Sedar Sempurna Hidupku Disini Malaysia Ku Terhutang Budi **chorus Aku Negaraku Aku Negaraku Sememangnya Negaraku Maju Negaraku Tanah Tumpah Darahku Aku Negaraku Di hatiku Negaraku Selamanya Aku Negaraku Satu Negaraku Tanah Tumpah Darahku ** Kita Bersama Membina Masa Depan Semangat Setinggi Angkasa Kita Bersama Bersyukur Pada Tuhan KepadaNya kita Berserah *Chorus Ku laungkan Namamu Keseluruh dunia Malaysia Aku Bahagia Ulang *Chorus Aku Negaraku

Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 Johor Darul Ta'zim

Imej
Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 Johor Darul Ta'zim. Semakin dekat semakin terasa bahang kemeriahannya. Jom ramai-ramai ke Johor. Pelbagai acara menarik menanti anda. Selamat Hari Guru. Jangan lupa sertai kami secara maya menerusi portal rasmi Hari Guru Kebangsaan gg.gg/hariguru2017 dan channel telegram t.me/hgk2017 #NegarakuHariGuru2017 #MuafakatGuru #TerimaKasihCikgu --- #terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Yok Jenjalan : Billboard Promosi Hari Guru Kebangsaan Kali Ke-46 2017 Johor

Imej
Yok Jenjalan : Billboard Promosi Hari Guru Kebangsaan Kali Ke-46 2017 Johor. Meronda seketika seiring sejalan sepanjang laluan. Terima kasih pada Mr. Ng, NYDP SETA atas tajaan dan pemasangan billboard ini dilaluan Skudai - Johor Bahru ni. Bagi yang belum tahu lagi, tahun ni Johor jadi tuan rumah untuk sambutan Hari Guru Kebangsaan. Yok. Join kami. Sertai kami secara maya menerusi portal rasmi Hari Guru Kebangsaan gg.gg/hariguru2017 dan channel telegram t.me/hgk2017. Bukan tu sahaja. Kami juga ada facebook, instagram dan twitter. Moh reramai moh! #NegarakuHariGuru2017 #MuafakatGuru #TerimaKasihCikgu