The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tuntutan Menghubungkan Silaturrahim


The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Tuntutan Menghubungkan Silaturrahim

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنَّ الْوَاصِلَ الَّذِي إِذَا انْقَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا

Daripada ‘Abdullah bin 'Amru RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seseorang itu digelar al-Wasil (penyambung silaturrahim) apabila dia bersifat al-Mukafi`i (orang yang menyambung silaturrahim jika saudaranya menyambungnya dan akan memutuskan apabila mereka memutuskannya), akan tetapi al-Wasil itu ialah seseorang yang apabila terputus silaturrahim, beliau segera menyambungkannya." 

(HR Bukhari No: 5991) 
Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran 

1.  Islam agama yang mementingkan hubungan persaudaraan. Hubungan silaturrahim yang baik dan bersifat al-Wasil akan mengukuhkan lagi hubungan sesama Islam. Al-Wasil (penyambung silaturrahim) itu bukanlah orang yang mengharapkan balasan daripada saudaranya (jika saudaranya bersilaturrahim maka diapun akan membalas dengan bersilaturahim) tetapi al-Wasil ialah orang yang segera menyambung silaturrahim jika silaturahim dengan saudaranya terputus.

2.  Antara silaturrahim yang disyariatkan adalah saling mengasihi, memuliakan, memberi maaf kepada orang yang berbuat zalim kepadanya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan sebagainya. Kesemua itu dilakukan hanyalah semata-mata kerana Allah SWT jua bukan bertujuan untuk mendapatkan pujian serta habuan dunia.

3.  Seseorang Muslim hendaklah terus menghubungkan silaturrahim terutama dengan kaum kerabat dan saudaranya yang lain meskipun mereka tidak menerima tindakannya itu dengan kebaikan. Islam mengajar bahawa setiap kejahatan yang dilakukan terhadap seseorang Muslim tidak boleh dijadikan penyebab terputus silaturrahim dan kebaikan.

4.  Imam al-Nawawi Rahimahullahu Taala menyatakan : “Menghubungkan silaturrahim bermaksud berlaku ehsan kepada kaum kerabatnya yang terdekat berdasarkan keadaan penyambung dan yang disambung ; boleh jadi ia berlaku dengan sebab harta, kadang-kadang berlaku dengan cara berkhidmat kepadanya, kadang-kadang dengan melakukan ziarah, memberi dan menjawab salam dan sebagainya” (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 2/201)

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

26hb Sept  2022
29hb Safar 1444H

--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP