The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Perumpamaan Mukmin Dalam Kapal


The Colours of Life - PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Perumpamaan Mukmin Dalam Kapal

حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ قَالَ سَمِعْتُ عَامِرًا يَقُولُ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنْ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا

Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim telah menceritakan kepada kami Zakariyya' berkata, aku mendengar 'Amir berkata, aku mendengar An-Nu'man bin Basyir ٌdari Nabi ٍSAW bersabda: "Perumpamaan orang yang mematuhi dan melanggar batas-batas hukum Allah adalah seperti suatu kaum yang mengundi untuk menentukan kedudukan masing-masing yang belayar di dalam sebuah kapal. Sebahagian mereka mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila mereka yang berada di bahagian bawah ingin mendapatkan air, mereka melalui tempat orang yang berada di bahagian atas. Lalu mereka berkata sesama mereka: "Jika kita melubangi tempat kita, nescaya kita tidak akan mengganggu orang yang berada di atas. Sekiranya orang yang berada di atas membiarkan saja apa yang dilakukan orang yang di bawah itu maka mereka semua akan binasa. Namun jika mereka mencegah dengan tangan mereka maka mereka akan selamat semuanya".

(HR Bukhari No: 2313) 
Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Perumpamaan hidup bermasyarakat seperti berada dalam satu kapal yang sedang belayar.

2. Mungkar yang dilakukan oleh individu dalam masyarakat akan memberi saham yang mengugat keselamatan seluruh masyarakat tersebut.

3. Jika dibiarkan orang yang berada ditingkat bawah menebuk lubang hanya kerana ingin mudah mendapat air, mudaratnya akan ditanggung oleh seluruh penghuni isi kapal.

4. Sebagai anggota masyarakat, setiap kita bertanggungjawab  mencegah maksiat dan mungkar mengikut kemampuan masing-masing, agar azab Allah tidak menimpa kepada semua (termasuk atas orang yang baik). 

Berusahalah mencegah kemungkaran mengikut kemampuan dan kapasiti yang kita ada jika berlaku sebarang kemungkaran di dalam KAPAL yang sedang kita naiki. Kapal kita mungkin keluarga, organisasi, masyarakat juga negara.

Firman Allah:

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan (Taubah: 71)

Jangan biarkan orang menebuk kapal yang kita naiki (melakukan mungkar) tanpa usaha mencegah dari kita. Apabila mungkar berleluasa, musibah yang diturunkan tidak mengenal orang baik mahupun jahat.

#TeguhBersama
#KeluargaUtuh
#MasyarakatProgresif
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

25hb Sept  2022
28hb Safar 1444H
https://youtube.com/shorts/gv1Ktn4FH5I?feature=share
--- 
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk ‎#kipidap ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP