PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2020/ 2021


PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2020/ 2021. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa semua warganegara Malaysia yang layak untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2020/2021 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam.

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (online) melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 10 Februari 2020 (Isnin) sehingga tarikh tutup permohonan pada 6 Mac 2020 (Jumaat). Tarikh akhir bagi mengemukakan borang permohonan yang lengkap secara serahan tangan atau pos ialah pada 6 Mac 2020 (Jumaat).

Sebarang maklumat lanjut mengenai penawaran ini, sila layari portal http://esilav2.jpa.gov.my atau hubungi talian 03 - 8885 3371/ 3879/ 3438/ 3569 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel pada penawaranldp@jpa.gov.my.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#Fujifilm ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied