PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2019/2020


PELAWAAN PENAJAAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) SESI PENGAJIAN 2019/2020. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang berminat untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2019/2020 bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (Ph.D) di dalam dan luar negara dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-undang dan Kewangan Islam.

Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan biasiswa tersebut tertakluk kepada kebenaran dan kelulusan Ketua Jabatan serta memenuhi syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh pihak JPA. Pemohon perlu memastikan data yang dikemukakan adalah tepat. Para pemohon juga diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang dikemukakan adalah palsu dan tindakan boleh diambil mengikut peraturan/undang-undang sedia ada. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui portal http://esilav2.jpa.gov.my.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan dengan disertakan dokumen-dokumen berikut:

i. Borang JPA(L)LDP 1A/96 (disediakan oleh BPSM, KPM);
ii. Borang Perakuan Ketua Jabatan;
iii. Borang KPKK 11;
iv. Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Malaysia untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara;
v. Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip) yang telah diakui sah; dan
vi. Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip) yang telah diakui sah.
   
Hanya permohonan yang lengkap akan diproses dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 4 Mac 2018 (Isnin) pukul 5.00 petang kepada:

Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru

Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Latihan dan Kompetensi
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Encik Azalan bin Afendi

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, hubungi Puan Wan Nazzatu Nur Hazzin binti Wan Azaham/Puan Paridah binti Ali (03-88721514/03-88847947) dan Encik Azalan bin Afendi (03-8884 1242) sekiranya memerlukan penjelasan lanjut. 

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN