Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2018 : Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam oleh Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia


Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2018 : Pelaksanaan Pemakaian Kasut dan Stoking Berwarna Hitam oleh Murid di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Surat pekeliling ikhtisas bertarikh 30 November 2018 ini dikeluarkan bagi tujuan memaklumkan berkenaan penguatkuasaan pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking hitam oleh murid sekolah. Surat ini boleh dimuat turun melalui url berikut : https://www.moe.gov.my/images/KPM/ZOOupload/SPI%20Bil%2010%202018.pdf.

Antara lain, KPM telah memutuskan bahawa semua murid hendaklah memakai kasut dan stoking berwarna hitam bermula sesi persekolahan tahun 2021. Dengan ini, peruntukan perkara 2.6 (Kasut); Surat pekeliling Ikhtisas Bil.3/1983 pakaian Seragam Murid-murid Sekolah dipinda seperti ketetapan berikut : Kasut bagi murid sekolah rendah dan menengah adalah kasut berwarna hitam yang diperbuat daripada kanvas atau daripada bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S). Murid sekolah juga hendaklah memakai stoking dan stoking hendaklah berwarna hitam.

Pelaksanaan

Pemakaian dilaksanakan secara beransur-ansur bermula sesi persekolahan tahun 2019 dan diperluaskan pada tahun 2020. Dalam tempoh transisi tersebut, murid-murid masih dibenarkan untuk memakai kasut dan stoking berwarna putih. Pihak sekolah diminta untuk tidak mengadakan peraturan atau memaksa murid-murid untuk memakai kasut berwarna hitam dalam tempoh transisi ini. Penguatkuasaan pemakaian kasut dan stoking berwarna hitam sepenuhnya akan bermula pada tahun 2021.

Surat pekeliling ikhtisas ini berkuatkuasa mulai hari pertama sesi persekolahan tahun 2019.


---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied