PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Sebahagian Dari Iman


PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS : Malu Sebahagian Dari Iman

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ

Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang, dan malu adalah sebahagian daripada iman".(HR Bukhari No: 8) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Iman memiliki lehih 60 cabang. Sifat Malu adalah sebahagian daripada keimanan seseorang.

2.  Satu daripada sifat orang beriman ialah memiliki perasaan malu untuk melakukan maksiat dan malu jika tidak melaksanakan perintah Allah dan Rasul.

3.  Malu itu menurut Kitab Mukhtashar Jaami’ Al-‘Uluum Wa Al-Hikam ada dua jenis:

a.  Malu yang bersumber dari tabiat dan fitrah sejak lahir, ia merupakan diantara akhlak paling mulia yang dikurniakan Allah kepada seorang hamba.

b.  Malu yang terhasil dari  usaha dan latihan, yang merupakan pengaruh positif dari mengenal Allah dan keagungan-Nya. Ia merupakan salah satu bahagian darjat keimanan. Rasa malu ini, menjadi penghias dirinya dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang hina.

Ayuh bersifat MALU yang menjadi satu cabang daripada bukti keimanan kita.

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

20hb Januari  2018
03hb Jamadil Awal 1439H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram

Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa English? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied