PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN 2018


PENGAMBILAN MURID TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA AMBILAN 2018

SOALAN-SOALAN LAZIM

PERMOHONAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)

1. Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP? 
Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang www.moe.gov.my

2. Siapakah yang boleh memohon?  
Tingkatan 1 2018 - Murid Tahun Enam 2017 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) atau Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja.
Tingkatan 4 2018 - Murid Tingkatan Tiga 2017 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. 

3. Bolehkah murid Tingkatan Dua, Empat dan Lima memohon?  
SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja. 

4. Bilakah permohonan mula dibuka? 


Permohonan ke Tingkatan 1 SBP

16 Oktober 2017 hingga 19 November 2017


Permohonan ke Tingkatan 4 SBP

13 November 2017 hingga 24 Disember 2017
 
5. Apakah syarat minimum kelayakan untuk memohon SBP? 
Tiada kelayakan minimum untuk permohonan ke SBP. Pemilihan murid adalah berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk masuk ke SBP.

6. Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan? 
Permohonan boleh dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan

7. Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan? 
Murid hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem.

8. Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan? 
Murid perlu merujuk kepada pihak BPSBPSK jika akses disekat dan membuat semakan di pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.   

9. Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

Pemilihan Murid Tingkatan 1: 
 Murid mestilah  warganegara Malaysia. 
 Murid Sekolah Kebangsaan (SK) 
 Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
 Murid cemerlang akademik
 Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4: 
 Murid mestilah warganegara Malaysia. 
 Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
 Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurangkurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain). 
 Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
 Murid aktif dalam kokurikulum.
 
10. a)  Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA - Tahfiz Model Ulul Albab)?  
Murid masih perlu mengisi permohonan secara dalam talian.
 
      b) Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)? 
Murid yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Murid yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.

11. Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan? 
Murid masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.

12. Adakah murid perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum? 
Murid tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (UKSBP)

13. Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)? 
UKSBP adalah satu ujian saringan yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk belajar di SBP dan dilaksanakan kepada murid yang membuat permohonan secara dalam talian sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

14. Apakah kelayakan minimum untuk murid menduduki UKSBP? 
Semua murid yang membuat permohonan dalam talian kemasukan ke SBP layak untuk menduduki UKSBP.

15. Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP? 
Murid yang berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk ke SBP.

16. Dimanakah UKSBP akan dijalankan dan bagaimana untuk menyemak keputusan pusat UKSBP? 
UKSBP akan dijalankan di 155 pusat di seluruh negara. Murid boleh menyemak keputusan pusat ujian melalui laman sesawang www.moe.gov.my mulai 30 November hingga 15 Disember 2017. Tarikh ujian adalah seperti berikut:

Bil
Tarikh Ujian
Catatan
1
11 – 14 Disember 2017
Semua negeri kecuali Selangor
2
12 – 15 Disember 2017
Selangor sahaja
 
17. Berapa lamakah jangkamasa UKSBP dijalankan dan berapakah bilangan soalan UKSBP yang perlu dijawab oleh murid? 
Jangkamasa ujian adalah 90 minit. Murid akan menjawab 50 soalan objektif yang meliputi 5 domain dalam masa yang ditetapkan.

18. Bagaimanakah perjalanan UKSBP di pusat ujian yang telah ditetapkan? 
UKSBP akan dijalankan dalam 3 sesi setiap hari di pusat ujian. Bilangan murid untuk setiap sesi sudah ditentukan oleh pihak BPSBPSK dan Pentadbir Pusat Ujian. Murid boleh dapatkan tarikh dan sesi ujian ketika menyemak keputusan pusat ujian melalui laman sesawang www.moe.gov.my mulai 30 November 2017. Sesi dan masa ujian adalah seperti berikut:

Sesi
Masa Ujian
1
8.30 pagi – 10.00 pagi
2
11.00 pagi – 12.30 tengahari
3
2.30 petang – 4.00 petang

19. Jika murid berada di luar kawasan ketika tarikh UKSBP berlangsung, bagaimanakah caranya untuk murid mengambil ujian tersebut? 
a) Dalam negara
Murid boleh menduduki UKSBP di pusat yang berdekatan jika berada di dalam negara. Murid hanya perlu membawa bersama slip menduduki peperiksaan yang telah dicetak.

b) Luar negara
Murid diberi peluang untuk ambil ujian dalam mana-mana sesi sepanjang ujian berlangsung. Jika masih di luar negara pada tarikh tersebut, murid berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya.

20. Adakah murid yang tidak berjaya/tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP? 
Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.


KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN KE SBP 

21. Bilakah keputusan pemilihan dan penempatan ke SBP dapat diketahui? 
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Satu SBP diumumkan selewatlewatnya 29 Disember 2017.
Keputusan pemilihan dan penempatan ke Tingkatan Empat SBP diumumkan selewatlewatnya 19 Januari 2018.


E-RAYUAN DAN PERMOHONAN BARU KE SBP 

22. Adakah murid yang tidak memohon pada tarikh yang ditetapkan masih berpeluang ke SBP? 
- Murid yang tidak membuat permohonan secara dalam talian dan terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
- Murid boleh membuat permohonan baru apabila e-Rayuan dibuka.

23. Bilakah e-Rayuan dibuka? 
e-Rayuan mula dibuka pada tarikh pengumuman keputusan ke SBP ambilan pertama.

24. Bagaimanakah mengisi permohonan e-Rayuan secara online dan cara menyemak e-Rayuan? 
Murid yang telah membuat permohonan dalam talian tetapi Tidak Berjaya dan murid yang tidak pernah membuat permohonan dalam talian tetapi ingin memohon:
- Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
- Klik semakan ke SBP Tingkatan 1 atau Tingkatan 4.
- Masukkan angka giliran UPSR/PT3.
- Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
- Klik pada e-rayuan.
- Hantar. 
 
25. Bolehkah murid yang gagal mendapat tempat menukar SBP pilihan apabila membuat e-Rayuan? 
Boleh. Walaubagaimanapun, penawaran bergantung kepada kekosongan tempat.
 

SEMAKAN TAWARAN KEPUTUSAN KEMASUKAN KE SBP 

26. Bagaimanakah semakan keputusan ke SBP boleh dibuat?  
Semakan boleh dibuat melalui : 
- Laman sesawang KPM: www.moe.gov.my
- Kaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, KPM 
- Talian hotline BPSBPSK : 03-8321 7400
- Kaunter JPN/PPD yang berhampiran.
- Semakan melalui SMS

27. Apabila semakan status keputusan permohonan ke SBP dilakukan, mesej yang tertera menyatakan rekod permohonan tiada dalam sistem. Mengapakah perkara ini berlaku?  
- Setiap permohonan perlu ‘Klik’ Sah & Hantar supaya dapat disimpan di dalam sistem. Cetakan perlu dibuat sebagai rujukan pemohon. 




PERMOHONAN YANG BERJAYA KE SBP 

28. Apa yang perlu dibuat sekiranya murid berjaya mendapat tempat di SBP? 
Murid yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan. Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak sekolah semasa hari pendaftaran. Sekiranya maklumat tidak lengkap/tidak benar, pihak sekolah berhak untuk tidak mendaftarkan/menolak pendaftaran tersebut. 

29. Bilakah tarikh pendaftaran ke SBP? 
Murid perlu mendaftar dalam masa 7 hari dari tarikh yang dinyatakan dalam surat tawaran. Tawaran akan terbatal sekiranya murid tidak mendaftar dalam masa yang ditetapkan. 

30. Adakah pertukaran murid antara SBP dibenarkan?  
Tawaran ini adalah muktamad. Sebarang permohonan untuk bertukar ke Sekolah Berasrama Penuh lain tidak akan dipertimbangkan.
 
31. Bolehkah murid menukar aliran? 
Sebarang pertukaran aliran mata pelajaran yang ditawarkan tidak akan dipertimbangkan.
 

SBP DAN MRSM 

32. Sekiranya telah membuat permohonan ke SBP, bagaimana untuk membatalkannya kerana ingin memohon ke MRSM? 
Murid boleh memaklumkan kepada pihak Bahagian melalui surat rasmi menyatakan pembatalan permohonan ke SBP. Jika tawaran telah dibuat, murid boleh menolaknya dan mencetak surat pelepasan ke MRSM. Walaubagaimanapun, jika penolakan telah dibuat, murid tidak akan ditawarkan lagi kemasukan ke SBP dan permohonan rayuan tidak akan dilayan.

33. Benarkah seorang murid hanya ditawarkan satu tempat sahaja sama ada SBP atau MRSM?  
Ya.  Setiap murid akan menerima hanya satu tawaran permohonan sahaja sama ada dari KPM atau MARA. Namun begitu, murid masih berpeluang ditawarkan ke MRSM jika menolak tawaran dari SBP.

34. Apakah pakej mata pelajaran dan aliran yang ditawarkan di SBP? 
a. Mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Satu SBP adalah seperti berikut:

SAINS
AGAMA
KBT (TMUA)
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Sejarah
·         Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
·         Matematik
·         Sains
·         Geografi
·         Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
·         Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea
·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Bahasa Arab
·         Sejarah
·         Pendidikan Islam
·         Matematik
·         Sains
·         Geografi
·         Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
·         Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea

·         Bahasa Melayu
·         Bahasa Inggeris
·         Bahasa Arab
·         Sejarah
·         Pendidikan Islam
·         Matematik
·         Sains
·         Geografi
·         Asas Sains Komputer / Rekabentuk Teknologi
·         Hifz Al-Quran
·         Maharat Al-Quran
·         Bahasa Antarabangsa: (*Pilihan: Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi / Bahasa Korea

b. Pakej aliran mata pelajaran yang ditawarkan kepada murid Tingkatan Empat SBP adalah seperti berikut : 

SAINS TULEN
SAINS TULEN AGAMA
SAINS TEKNIKAL
AGAMA IKHTISAS
SAINS SOSIAL
·         B. Melayu
·         B. Inggeris
·         Sejarah
·         Pend. Islam / Pend. Moral
·         Matematik
·         Matematik Tambahan
·         Fizik
·         Kimia
·         Biologi
·         B. Melayu
·         B. Inggeris
·         Sejarah
·         Matematik
·         B. Arab
·         Pend. AlQuran dan Sunnah
·         Pend. Syariah Islamiah
·         Matematik Tambahan
·         Fizik
·         Kimia
·         Biologi
·         B. Melayu
·         B. Inggeris
·         Sejarah
·         Pend. Islam / Pend. Moral
·         Matematik
·         Grafik Komunikasi Teknikal
·         Asas Kelestarian
·         Matematik Tambahan
·         Fizik
·         Kimia
·         B. Melayu
·         B. Inggeris
·         Sejarah
·         Matematik
·         Sains
·         B. Arab
·         Pend. AlQuran dan Sunnah
·         Pend. Syariah Islamiah
·         Prinsip Perakaunan
·         Ekonomi
·         Matematik Tambahan
·         B. Melayu
·         B. Inggeris
·         Sejarah
·         Pend. Islam
·         Matematik
·         Sains
·         Prinsip Perakaunan
·         Ekonomi
·         Matematik Tambahan

35. Sebarang pertanyaan dan urusan berkaitan kemasukan murid ke SBP, sila hubungi:

Bil
Nama
No. Telefon
1
Talian Umum
03-8321 7400
2
Talian Faksimili
03-8321 7401
3

En. Khairul Anuar bin Aris anuar.aris@moe.gov.my
03-8321 7452

4

Pn. Nurul Diyana binti Mohd Nor nurul.diyana@moe.gov.my
03-8321 7449

5
Pn. Noor Arina bin Mohamed Bakri arina.bakri@moe.gov.my
03-8321 7450

6

En. Mohd Taufik bin Mohd Tasrip taufik.mohd@moe.gov.my
03-8321 7453

7

En. Zunnasri bin Muhammad Nasir zunnasri.nasir@moe.gov.my
03-8321 7531

8
Cik Mardiana binti Sahril Mardiana.sahril@moe.gov.my
03-8321 7532

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jelly Beans

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

Acustop Cataplasma Applied