Negaraku Sehati Sejiwa


Negaraku SehatiSejiwa telah dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan 2017. Ini di umumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di Putrajaya pada 20 Julai 2017

Tema tersebut dipilih bertujuan untuk menunjukkan betapa pentingnya rakyat Malaysia mempunyai semangat berbilang kaum dan bersatu padu.

Menurut Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak, "Kita mahu memberi penekanan kepada rakyat Malaysia mengenai bukan mudahnya untuk mencapai kemerdekaan dan kita perlu pastikan semangat bersatu padu dan muafakat terus dicapai bagi memastikan negara lebih gemilang."

"Kita harus berkorban untuk negara walaupun terdapat perbezaan pandangan politik dan pendekatan, namun soal negara, kita harus bersatu padu agar Malaysia terus mengecapi kejayaan dan kemajuan,"

Katanya, sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula sambutan Hari Kemerdekaan pada 1957.

“Sambutan Kemerdekaan kali ini akan diadakan di Dataran Merdeka namun, kita akan membawa konsep Stadium Merdeka di situ untuk mengembalikan semula nostalgia sambutan kemerdekaan pada 1957. Malah, setiap susun atur kedudukan juga akan dibuat sama seperti di stadium termasuk skrin gergasi yang akan diletakkan disekeliling Dataran Merdeka sepanjang 200 meter,” katanya.

12 acara utama dilaksanakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017:

  • Merdeka@Komuniti (April-Oktober 2017) diseluruh negara
  • NBOS@Merdeka (sepanjang bulan Ogos) diseluruh negara
  • Pelancaran Negaraku Sehati Sejiwa (Tarikh akan dimaklumkan) di Batu Pahat, Johor
  • Kayuhan Merdeka (6 Ogos) Di Dataran DBKL, Kuala Lumpur
  • Doa Untuk Malaysia (12 Ogos) di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya
  • Merdeka My Buddies Run (20 Ogos) di MAEPS, Serdang, Selangor
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyampaikan Amanat Merdeka pada 4 petang di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 30 Ogos.
  • Sambutan Ambang Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 30 Ogos. Sambutan Ambang Merdeka tahun ini terdapat sedikit perbezaan, ia akan diadakan selepas majlis penutupan Sukan SEA.
  • Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos
  • Merdeka Quran Hour (31 Ogos) di Dataran Merdeka
  • Karnival Hari Malaysia (15-17 Sept)
  • Hari Malaysia di Kota Kinabalu pada 16 Sept.

---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #J3‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kitab Digital Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor

SPM 2018 Result : Analisa & Ranking SBP

KAEDAH PEMBERHENTIAN SUMBANGAN YaPEIM MELALUI POTONGAN GAJI BULANAN