Sabtu, 31 Disember 2016

Sekolah Tun Fatimah 20161231 : Pendaftaran 2017


Sekolah Tun Fatimah 20161231 : Pendaftaran 2017. Tapi. Awal pagi lagi kami dah sampai ke STF. Surat dah tulis 8 pagi sampai 5 petang. So. Kita rebut yang first. Kekeke. Dah biasa kot. Sampai STF around 8.07 pagi. Slow ja aku naik dan pusing. Eh. Bonda pun ada depan pejabat warden. Konon nak singgah koperasi dulu. Tapi. Sebab masih tutup. So. Naik la ke Zeti. Nak daftar. Sekali. Pun takde orang lagi. Parent dah ramai. Takpe. Pusing sekali lagi. Turun ke asrama iqa. Ngantor beg beg dia yang selori tu dulu. Kita buat mana yang boleh dulu. Siap punggah segala kargo. Yok naik semula. Ehh.. Takde orang lagi. Park depan zeti. Lepak kat situ dengan beberapa orang parent. Memasing dah mula mengeluh. Jaga bertugas pun lalu. Alamak. Dia kata dia pun lum dapat info. Tapi dia gi cari katanya. Beberapa detik kemudian dia datang semula. Kat dewan cik. OK. TQVM. Menapak aje ler ke dewan. Sesambil tu apa lagi. Snap snap. Ekekeke.

Sampai dewan. Masih tutup. Alamek. Gi dataran dulu. Ada kaunter. PIBG. Bayar aje dulu. Tak nak aku pening pening macam tahun lepas. Yang pening nak bayar ke bank lah. Nak send resit lah. Sudahnya. Sampai ke hujung tahun baru setel. Sib baik aku snap resit tu. Whatsapp je ke cikgu iqa. Kali ni bayar aje ler dulu. Pasal aku pun dah masuk lam bajet tu. Pastu ada satu lagi yang parent ngeluh sini. Dobi pulak. Ish ish ish. Aku KIV dulu. Yang tahun lepas pun langsung tak guna. Lagi pun memang setiap minggu aku sampai sini. Sesambil tanya pasal baju korporat design baharu yang tergantung kat belakang tu.

Setel situ kami gerak ke dewan semula. Adess.. Tutup lagi. Aku ajak mama gi koperasi. Tak nak katanya. Dia nak tunggu jugak kat situ. OK. Aku jalan aje ke koperasi. Beratur jap. Pastu panggil iqa suruh setelkan. Beli yang wajib aje. Naik semula. Mama dah beratur dah. Dah sampai giliran pun. Bila aku sampai ke kaunter. Rupanya cikgu sarina yang jaga. Tak nak panjang lebar negur. Bising pulak yang beratur panjang kat belakang. Tanya sikit ja pasal iPad. Tu jer. Setel. Terus turun semula ke asrama untuk sesi mengemas. Around 10 pagi, selesai semua urusan kami. Next! Mau makan.












---
#terbaeekkk ‎#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬ ‎#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬ ‎#‎SJCAM‬ ‎#SJ4000‬ #‎Asus‬ #‎Zen4‬ ‎#Samsung‬ ‎#GalaxyCamera ‎#altek ‬#‎cubic‬ #love‬ ‎#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience #‎mknaceunlimited,‬ #‎mknace‬, ‎#blogger,‬ #‎photography,‬ #‎photoblog,‬ #‎MyExperience‬,

0 komen: